Baca dan fahamkan apa yang dihujahkan oleh Nazir..! Utusan sebagai lidah Najib selama ini pun seronok menyiarkannya..!
KUALA LUMPUR 24 Sept. – Laporan negatif daripada media asing se- perti Wall Street Journal dan New York Times dilihat sebagai salah satu penyebab Malaysia dinilai lebih rendah di pasaran dunia berbanding prestasi sebenar.
Nazir Razak Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak yang juga adik bongsu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian sebagai mengulas posting beliau baru-baru ini dalam akaun media sosial, Instagram.
“Ini amat membimbangkan. Kedudukan Malaysia di pasaran adalah lebih negatif daripada agensi penarafan, jauh di bawah asas yang kita ada.
“Saya suspek ini adalah kerana laporan negatif daripada media asing seperti WSJ (Wall Street Journal), FT dan NYT (New York Times).
Boleh dikatakan semua orang berkepentingan dalam ekonomi membaca sekurang-kurangnya satu daripada ketiga-tiga media ini,” katanya.
Tambah beliau, kerajaan tidak boleh membiarkan laporan tidak sahih itu berterusan dan pandangan semasa tentang Malaysia itu mesti diubah dengan memberikan jawapan ataupun tindakan undang-undang harus diambil kepada media-media asing tersebut.
Faham tak apa maksud Nazir? ambil tindakan..! jawap segala tuduhan..! ATAU SAMAN mereka..!
Bukan buat buat bodoh..! Atau memang suka kelihatan bodoh..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
