Cacing kepanasan..! Dulu cukup lumat pembangkang membelasah dan memfitnah white hair..! apabila CM baru naik dan tegas terhadap pembalak..! mulalah anjing peliharaan tokey tokey balak ni menyalak menurut kehendak tuan mereka..!
KUCHING – Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang memasuki hari kedua ‘panas’ apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang membahaskan Rang Undang-Undang Hutan 2015.
Rang Undang-Undang Hutan 2015 telah dibentangkan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Kesemua ADUN BN menyokong penuh pindaan kepada Ordinan Hutan Sarawak, tetapi berbeza bagi ADUN PKR dan DAP yang menyuarakan beberapa kekurangan dan kelemahan dalam ordinan itu sambil menuntut ia diperbaiki.
Malah menurut ADUN Pending, Violet Yong mahu supaya menteri yang bertanggungjawab itu, Awang Tengah yang mengetuai pasukan bertindak membanteras pembalakan haram peringkat negeri diganti dengan ADUN Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg atau ADUN Asajaya, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, kedua-duanya wakil rakyat BN.
Berbeza dengan ADUN pembangkang, kesemua ADUN BN yang menyertai perbahasan itu memuji keberanian Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem memerangi gejala pembalakan haram di negeri ini.
Mereka rata-rata menyokong denda dan hukuman penjara yang lebih berat dikenakan terhadap pencuri balak yang juga sumber ekonomi penting bagi negeri Sarawak.
Terdahulu, semasa sesi soal jawab, Awang Tengah ketika menjawab pertanyaan daripada Hazland Abang Hipni (BN-Demak Laut), berkata sebanyak 46,216 meter padu kayu balak berjaya dirampas atas kesalahan pembalakan haram sepanjang 2014.
Kepada soalan Abdul Raman Junaidi (BN-Pantai Damai), Awang Tengah berkata terdapat 136 kes pembalakan haram disiasat sepanjang tahun lalu, manakala pada tahun ini setakat 10 April sebanyak 16 kes.
Katanya, sepanjang tempoh berkenaan seramai 137 suspek ditahan untuk diambil keterangan dan daripada jumlah itu seramai 75 orang dikenakan kompaun dengan jumlah RM2.3 juta.
Awang Tengah berkata, bagi menangani masalah pembalakan haram dalam jangka panjang kerajaan telah dan akan mengambil beberapa tindakan termasuk menggalak pelesenan untuk memperoleh persijilan hutan.
Tindakan itu antara lain menguatkuasakan 100 peratus ‘enumeration and tree tagging’, meminda Ordinan Hutan dengan meningkatkan kadar denda dan hukuman penjara sebagai langkah pencegahan dan peningkatan pemeriksaan.
Selain itu, kerajaan juga telah menubuhkan pasukan bertindak yang terdiri daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat dan pihak pelesen dalam membanteras pembalakan haram peringkat negeri.
Dasar pembangkang bangsat..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
