Memaparkan catatan dengan label pemberhentian pekerja mas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemberhentian pekerja mas. Papar semua catatan

Selasa, 2 Jun 2015

Pemimpin BN Faham Tak Kesan 6000 Orang Berhenti..!


Kemana 6000 orang ni nak pergi? bagaimana dengan nasib keluarga mereka? Kalau ada perikemanusiaan pasti ada jalan lain yang boleh diambil oleh pihak berwajib untuk meringankan bebanan hidup yang bakal menimpa 6000 orang tersebut..!

Tidak takut ke pemimpin Barisan Nasional akan kesan dari pemberhentian ini akan mengakibatkan undi BN didalam Pilihanraya akan datang merosot dan lebih buruk ianya mampu membawa kekalahan..!

Ada tak lagi pemimpin BN yang mempunyai hati perut yang mahu mengambil inisiatif untuk mempastikan isi perut 6000 orang ini berserta keluarga mereka akan terus terisi..! 

Perut kosong..! otak pun boleh turut kosong beb..! mana nak bayar rumah..! mana nak bayar kereta..! hutang itu...hutang ini..! Penyakit semua ni..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

SEPANG: Ketua Pegawai Eksekutif MAS NewCo Christoph Mueller hari ini mengesahkan bahawa seramai 6,000 petugas syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) tidak akan menerima surat tawaran bagi berkhidmat dengan syarikat baharu.

Daripada 20,000 surat pemberhentian tugas yang telah dikeluarkan, hanya 14,000 daripadanya yang akan menerima tawaran kerja di syarikat baharu di bawah nama MAS NewCo yang diterajui Mueller.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga Malaysia Airlines atas sokongan dan sumbangan mereka terhadap syarikat selama ini,” ujar Mueller yang mengakui sedih atas keputusan tersebut.

Mueller dalam sidang media pertamanya itu turut membentangkan pelan strategik merangkumi rangka pemulihan syarikat penerbangan kebanggan negara tersebut.

Bagi fasa pemulihan tahun 2015, MAS NewCo melihat faktor kapasiti iaitu penetapan jumlah kakitangan mengikut saiz operasi.

"Syarikat juga akan mengurangkan punca kerugian selain membuat rundingan dan pelarasan semula kontrak penting," ujar Mueller.


MAS NewCo
Suasana sewaktu sidang media pertama CEO MAS NewCo Christoph Mueller berkenaan pelan strategik pemulihan MAS di Bangunan Pengurusan MAS, Sepang hari ini. - Foto Astro AWANI/Shafizan Johari

Sementara itu bagi tahun 2016, MAS NewCo akan menjalankan transformasi untuk menjadi lebih berdaya saing dengan operasi lebih mapan.

"Ini termasuk melancarkan projek penambahbaikan dengan lebih daripada 40 projek telah dikenal pasti untuk distruktur semula.

"Semua projek ini memberi impak ke atas setiap aspek operasi syarikat," jelas Mueller.

Dalam tempoh seterusnya iaitu bagi tahun 2017 dan 2018, MAS NewCo dijangka muncul sebagai pendahulu di Asia Tenggara.

Antara yang disasarkan adalah dengan kembali mendapatkan pegangan dalam pasaran melalui beberapa langkah.

Ia dicapai melalui dasar kos yang kompetitif, membentuk jaringan terbaik, kecekapan pengurusan pendapatan serta operasi yang dipacu teknologi industri.

Sebelum ini terdapat khabar angin bahawa MAS akan diambil alih entiti luar negara namun pelan strategik yang diumumkan Mueller menafikan perkara tersebut.