Memaparkan catatan dengan label pemilihan umno 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pemilihan umno 2013. Papar semua catatan

Ahad, 20 Oktober 2013

HOT - Mukhriz Minta Kira Semula..

Sepatutnya Tan Sri Tajul Rosli akan membuat sidang akhbar pada jam 1.15 pagi tadi, namun beliau telah didatangi oleh YAB Dato Seri Mukhriz Tun Mahathir dan diberitakan beliau hadir kerana tidak berpuashati dengan keputusan yang melihat Hisham menerima undi sebanyak 99 manakala Mukhriz 92.

Dikatakan ada keputusan di beberapa bahagian yang menimbulkan keraguan dan dikatakan beliau memohon untuk dilakukan kiraan undi semula.

Sehingga kini pihak JPU masih belum membuat sebarang kenyataan akhbar berkaitan perkara tersebut dan perundingan kedua dua pihak masih lagi sedang berjalan.

Lu Fikir La Sendiri!

Ahad, 13 Oktober 2013

Pemilihan UMNO - Berkepok, Tepok & Terus Bengkok..!!!


Sayap sudah selesai...maka yang tinggal hanya pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi. Tataetika pemilihan kali ini diubah dan digubal bertujuan untuk mengelakkan politik wang yang dikatakan berleluasa dikalangan wakil bahagian atau G7 pada pemilihan yang lalu.

Orang lain tak sebok memperkatakan politik wang..! yang sebok dan yang bising ialah puak puak yang kalah didalam pemilihan. Kalau dia menang mungkin tak timbul isu politik wang..! tapi bila wang habis, undi tak dapat maka berkokok la para pemimpin ini mengatakan bahawa UMNO dilanda politik wang..!!! Itu budaya orang UMNO..!!!

Maka berserulah kepada ahli UMNO bahawa tata etika dan cara pemilihan yang digubal kini merupakan satu cara untuk mengelak politik wang berleluasa. Takkan pemimpin dan mereka yang bertanding mampu menyuap perwakilan yang berjumlah 100 ribu lebih orang tu?

Tapi bila bergerak ke seluruh negara dan melihat trend perjumpaan yang dibuat dikalangan para calon atau agen mereka berkempen, rasanya budaya ini tidak juga hilang malah dilihat lebih agresif..! dilihat budaya ini sudah menggejala di peringkat cawangan pula.

Ada seorang calon tepok ponggong pada Khamis iaitu sehari sebelum majlis memperkenalkan calon di Perlis, Kedah dan Penang telah bertemu dangan perwakilan di Kelab Cinta Sayang dan menjalankan kerja tepuk ponggongnya. Habis ditepuk para perwakilan yang dijumpai oleh beliau. 

2 hari sebelum itu di Sabah calon tepuk ponggong juga bertemu dengan perwakilan di Sabah juga melakukan tepokkan yang sama..! Soalnya berapa banyak duit penepok ponggong ini ada? dan berapa ramai yang mampu ditepok nya?

Kalau begini la budaya nya, bermakna budaya kotor ini tidak juga berjaya dibenteras dan ianya dilihat semakin membarah. Kesannya bukan sahaja parti rosak malah diakhirnya nanti hanya mereka yang berkepok dan mampu menepok sahaja la yang bakal menerajui parti seluruh umat Melayu ini. Kesannya hanya yang kaya akan menjadi pemimpin sementara yang marhaien dan miskin hanya layak sebagai mereka yang dipimpin...!

Diperingkat Naib Presiden dikatakan lebih hebat lagi, kita akan dedahkan sedikit masa lagi..!!!

Itu ke demokrasi dan transformasi yang kita mahu?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 10 September 2013

Syarat Yang Perlu Ada Bagi Calon MT UMNO..


Ahli UMNO akar umbi mahukan sesuatu yang boleh dipegang agar nasib bangsa ini dapat terus berpaut kepada pemimpin yang sentiasa memahami aspirasi perjuangan bangsa yang menjadi teras perjuangan parti keramat UMNO selama ini.

Orang Melayu dan Bumiputera mahukan pemimpin yang sentiasa meletakkan keutamaan agama, bangsa dan negara utama dalam jiwa dan akal budi pemimpin. Berani berkata benar didepan kawan dan lawan.

Baca tulisan GAP yang memperinci tindakan yang perlu digembeling oleh pemimpin UMNO dalam mempastikan nasib bangsa ini boleh dipertaruhkan ditangan mereka...


cukup cukup lah kita kena selalu akur dengan tuntutan mereka yang tak menguntungkan bangsa melayu.

saat ini kita perlu faham , INI KERAJAAN MELAYU BUMIPUTRA.

laksanakanlah dasar yang lebih banyak menguntungkan mereka yang setia.

kumpulan NGO melayu dalam pelbagai sektor perlu segera diwujudkan untuk  mengimbangi kumpulan NGO pro cinabeng ini.

ada orang kata golongan cerdik pandai tak nak masuk umno pasal susah nak aktif dalam umno dek kerana cantasan.

ini masa kita engage dengan kumpulan profesional ini di luar kotak politik.

hanya dengan tindakan ini kita boleh menarik mereka untuk menyertai perjuangan kita.

umno perlu bersedia untuk tidak terlalu centric pada kumpulan cawangan dan bahagian sahaja

Baca lanjut di gerakan-anti-pkr.disini

Lu Fikir La Sendiri!!!