Memaparkan catatan dengan label pengampu bodoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pengampu bodoh. Papar semua catatan

Jumaat, 17 April 2015

Akhirnya Siapa Yang Bodoh..!


Setelah buat kerja bodoh terus terbang ke Jepun ikut rombongan Menteri..!

Nampak tak Mad Lebai Sudin kat gambar atas tu bersama rombongan Menteri bergambar dengan wakil pelajar Malaysia selepas makan malam di Jepun.

Untung Mad..! Tapi tak mesti menguntungkan parti..!

UMNO ni parti keramat..! parti yang memerdekakan sebuah bangsa dan negara..! Ada caranya yang tersendiri dalam menyelesaikan sebarang kemelut..!

Mad orang lama dalam politik..! tapi lama berpolitik tidak bermakna tindakan Mad itu tepat dan cerdik..!

Rupanya kebodohan tidak terhenti disitu sahaja apabila Mad Lebai begitu lajak dari laju memberi kata dua kepada Mukhriz...!

Semalam ada pertemuan dikalangan Ketua sayap Badan Perhubungan UMNO Kedah dengan Mukhriz yang membuahkan sesuatu seperti berikut...



Sayap UMNO Kedah
Sayap Umno Kedah, Desak Mukhriz Jangan Keluar Kenyataan Sokong Najib


Alor Setar – Kepimpinan Sayap Umno Negeri mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir agar tidak membuat sebarang kenyataan berhubung konflik yang melanda antara Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir.

Ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dalam satu kenyataan bersama hari ini berkata tiada keperluan untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung konflik tersebut kerana ingin menjaga keharmonian politik di peringkat negeri.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri Umno Kedah, Datin Norashimah Md Nowar ketika dihubungi SuaraTV, satu perjumpaan tertutup telah diadakan bersama Mukhriz petang tadi.

“Semua pemimpin sayap telah mengadakan perjumpaan bersama YAB Menteri Besar sebentar tadi dan kami telah menyuarakan hasrat yang meminta agar Datuk Seri Muhkriz tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Kami turut tegaskan bahawa kepimpinan sayap di peringkat bahagian menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan di masa yang sama kami menghormati Tun Mahathir” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut perjumpaan bersama Mukhriz itu telah diadakan di pejabat perhubung Umno negeri pada pukul 3.30 petang.

“Dalam perjumpaan tersebut, MB berkata akan menilai permintaan yang dikemukakan oleh kami dan akan berbincang dengan kepimpinan yang lain.

“Datuk Seri Mukhriz juga tidak memberikan sebarang kata putus sama ada ingin meneruskan atau membatalkan kenyataan yang akan dikeluarkan pada 24 April ini” katanya lagi.

Norashimah turut menafikan wujud sebarang pergolakkan di peringkat negeri seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin sebelum ini berkata Umno Kedah mungkin berpecah sekiranya Mukhriz terus mengambil sikap berdiam diri dalam isu serangan Tun Mahathir terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Menurutnya sekiranya keadaan ini berterusan, kepimpinan Umno peringkat bahagian, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Kedah, mungkin akan mengadakan satu perjumpaan khas tanpa Mukhriz bagi membincangkan sokongan mereka kepada Najib.

Mukhriz dilaporkan akan bermesyuarat pada 24 April ini untuk mencapai kata putus berhubung isu terbabit.

“Kami bersetuju sesama kami, jangan ada apa-apa kenyataan (sebelum 24 April). Kami hendak satu kenyataan bersifat konsensus dalam kalangan semua anggota Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah.

“Nampaknya Ahmad agak ghairah sangat, dia keluarkan kenyataan sebelum kami keluarkan kenyataan rasmi,” ujarnya sebelum ini” ujarnya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan yang memintanya supaya meletak jawatan.

Kan dah jadi makin terbelit..! Usaha mengampu Mad lebai akhirnya makin menyusahkan Najib..! Ada kesan dari setiap tindakan..! Najib pun tak mahu pengampu sebegini..! Menyusahkan..!

Dalam masa yang sama desakan bodoh Mad pun dah dijawab oleh Mukhriz...

JITRA: Tiada alasan kukuh untuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Beliau berkata kedudukannya merupakan amanah yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya rasa tiada sebab untuk saya melepaskan jawatan ini.

"Tidak ada masalah besar yang memerlukan saya untuk berbuat demikian," katanya dalam satu program pertanian di Kerpan dekat sini.
Mukhriz mengulas khabar angin yang tersebar di Internet kononnya beliau akan meletak jawatan pada 24 April ini.

Mukhriz yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah didesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin untuk meletak jawatan sekiranya enggan menyatakan sokongan secara terbuka kepada Najib.
Beliau kemudiannya berkata Umno Kedah akan menyatakan pendiriannya terhadap kepimpinan Najib pada 24 April di Kuala Lumpur.
Najib diserang secara terbuka oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bapa Mukhriz.
Sebenarnya isu ini tidak melibatkan Ketua Ketua UMNO Bahagian dan Ketua Ketua sayap..! tapi apabila tindakan bodoh yang dibuat oleh Mad Lebai yang pernah digantung sebagai ahli parti kerana sabotaj parti didalam pilihanraya telah menyebabkan isu ini membarah ke peringkat negeri, sayap dan bahagian..!
Tindakan bangang Mad ni telah memaksa kepimpinan dibawah memihak..! Tak ke bodoh namanya ni..! Ini ke namanya membantu Najib?
Lu Fikir La Sendiri!!!