Katanya..1 orang bakal dapat RM100. Satu bas dapat RM7000. Duit kocek seratus setiap orang, duit sewa bas dan duit makan pergi balik..!
Semasa berkumpul makan dan minum akan diberi secara percuma..! Khabarnya lagi siap beli insuran takut takut kalau apa apa berlaku..!
Cerita dari yang ampunya diri berkata, bahagian dia dari Sabah menghantar 200 orang..! Kalau satu orang belanja sehingga RM2000-RM3000 kali 200 orang..dah berapa? tentu banyak Ketua Bahagian tu dapat..!
Kalau satu bas ketua kumpulan cuma dapat RM7000 tentu Ketua Bahagian dapat lebih beb..kata orang kuat UMNO bahagian ni..! mungkin satu bas sampai RM10,000..!
Dilaporkan ada bahagian yang hantar sampai 2000 orang peserta..! wow..! mesti banyak duit yang sudah disediakan untuk menjayakannya..!
Tapi rupanya...
Polis tidak akan membenarkan Perhimpunan Rakyat Bersatu' yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 16 September ini atas implikasi keselamatan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Noor Rashid berkata setakat ini pihak penganjur masih belum membuat sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan berkenaan yang dirancang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.
"Sekiranya perhimpunan ini diteruskan juga, polis akan mengawal dan memastikan mereka tidak mengganggu dan merosakkan harta benda atau orang yang menjalankan aktiviti harian mereka di tempat tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, di George Town, hari ini.
Kiranya dah jadi perhimpunan haram la yer..! nak lawan yang haram kena juga jadi haram..! baru harami..!
Apa pun mesti duit dah turun..paling tidak pun untuk sewa bas dan beli tiket serta tempahan bilik hotel..! Banyak duit tu..!
Apa nak heran..! duit derma kan banyak lagi..! kalau habis pun boleh minta derma lagi..! Tak gitu?
Lu FIkir La Sendiri!!!


