Memaparkan catatan dengan label pm mesir kabinet letak jawatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pm mesir kabinet letak jawatan. Papar semua catatan

Sabtu, 12 September 2015

HOT ~ Akhirnya PM & Anggota Kabinet Meletak Jawatan..!


Berani kerana benar..! mengaku apabila salah..! Itu prinsip orang bermaruah..!

KAHERAH - MESIR . Perdana Menteri Mesir, Ibrahim Mehleb dan barisan Kabinetnya meletakan jawatan beberapa hari selepas penangkapan Menteri Pertanian atas tuduhan rasuah. 

Pejabat Presiden Abdel- Fattah el - Sisi pada Sabtu berkata, beliau telah menerima peletakan jawatan itu tetapi menteri-menteri tersebut akan terus berkhidmat sehingga badan baru dilantik. 

"Menteri Petroleum Sherif Ismail ditugaskan untuk membentuk Kabinet baru dalam masa seminggu," dua pegawai dari pejabat presiden berkata. 

Memetik laporan AP, sebelum menyerahkan surat perletakan jawatan, Ibrahim memberikan laporan terperinci berkaitan prestasi kerajaan.  

Menteri Pertanian, Saleh el_din ditahan pada Isnin selepas meletakkan jawatan ketika sisatan dakwaan menteri itu bersama individu lain menerima rasuah lebih AS$1 juta. 

Sebelum ini, Ibrahim meninggalkan sidang media di Tunusia awal minggu lalu selepas ditanya mengenai dakwaan rasuah.

Ada berani???

Lu Fikir La Sendiri!!!