Memaparkan catatan dengan label poster najib prn sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label poster najib prn sarawak. Papar semua catatan

Ahad, 24 April 2016

PRN Sarawak ~ Poster Najib Pun Tak Boleh..!


Ini namanya langkah pencegahan..! Pencegahan bercabang..! 

Poster PM tak boleh guna untuk kempen PRN Sarawak

KUCHING: “Tidak ada poster atau banting mana-mana pemimpin yang boleh dipasang kecuali hanya calon yang bertanding dibenarkan untuk diletak di sekitar negeri ini”.
Demikian kata, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah apabila menetapkan peraturan asas untuk musim kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan bermula Isnin ini.
“Sebaik sahaja penamaan calon berakhir, barulah kempen rasmi boleh bermula,” katanya pada sidang media di pejabat SPR di sini hari ini.
“Jika ada yang meletakkan perkara-perkara pelik atau tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan calon atau parti, seperti meletakkan gambar seseorang individu tertentu bersama-sama dengan kapsyen negatif atau fitnah, maka kita akan ambil tindakan sewajarnya terhadap mereka,” katanya
Mohd Hashim berkata, hanya gambar-gambar calon dan manifesto parti sahaja yang boleh diletakkan sehingga hari membuang undi pada 7 Mei nanti.
“Jangan menghina orang lain. Jika anda tidak bersetuju dengan sesuatu dan memutuskan untuk meletakkan papan iklan negatif sebagai contoh, kita tidak akan membenarkan.
“Itu hanya mengambil kesempatan untuk memfitnah seseorang,” ujarnya.
Dalam pada itu beliau menjelaskan, menerusi peraturan tersebut ia bermakna gambar-gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atau mana-mana pemimpin politik semenanjung yang lain tidak boleh digunakan dalam tempoh dua minggu berkempen.
Satu sudut untuk mengelak fitnah..! Namun seperti mana yang rakyat maklum...isu 1MDB dan derma begitu hangat diperkatakan dikalangan rakyat, tidak terkecuali di Sarawak..! BN tahu jika isu 1MDB dan derma dijadikan senjata oleh pembangkang di Sarawak sedikit sebanyak ianya menggangu kempen BN disana..! Itu sebab CM mencabar pembangkang untuk membawa dan berhujah sekitar isu tempatan..! 1MDB bermasaalah..!
Maka tindakan SPR tu boleh di ditafsir sebagai langkah pencegahan untuk menyekat sebarang poster, kain rentang dan bahan kempen yang akan mengaitkan Najib dengan 1MDB dan derma..! SPR dah 'cover' dulu ler..!
Kalau senario ini diambil kira bagaimana agaknya BN mahu berdepan dengan rakyat dan pengundi dalam pilihanraya umum ke 14 nanti?
Jadi, untuk menyelamatkan keadaan..masaalah yang membelenggu perlu dihapuskan..! perlu dicantas..! Perlu dirawat dan di selamatkan..!
Bagaimana?
Lu Fikir La Sendiri!!!