Memaparkan catatan dengan label prk permatang pauh calon bn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk permatang pauh calon bn. Papar semua catatan

Khamis, 23 April 2015

Muktamad..!


Nama sudah diumum..! Ketua Bahagian Cikgu Ziadi pun sudah menyatakan sokongan dan akan mempastikan jentera UMNO/BN Parlimen Permatang Pauh bergerak dan berkesan memenangi hati pengundi sehingga lah hari mengundi pada 7 Mei nanti..!

Masa bekerja..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 12 April 2015

Calon BN PRK Permatang Pauh Sudah Di Namakan..!


Sok sek sok sek pun kuat mengatakan bahawa Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Dato Zaidi atau lebih mesra dikenali dengan panggilan cikgu Zaidi akan diturunkan sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini..!

Walaupun kepimpinan bahagian menghantar 2 nama untuk dicalonkan oleh pucuk pimpinan namun nama cikgu Zaidi lebih kuat dan melekat meniti dibibir rakyat dan pengundi..! Ini mungkin kerana sikap beliau yang rajin menyelesaikan masaalah setempat disamping mudah didekati oleh seluruh lapisan masyarakat.

Terbaru dalam kejadian ribut yang menimpa sebuah rumah...dilihat cikgu Zaidi berserta kepimpinan UMNO bahagian segera bertemu dengan mangsa dan menyelesaikan masaalah yang mereka hadapi..!






Ketokohan cikgu Zaidi begitu disenangi oleh warga Permatang Pauh..! 

Jijah kipas dan sekutunya juga berkerut apabila disuakan nama cikgu Zaidi sebagai bakal calon BN dalam PRK Permatang Pauh kali ini..! Ini kerana seluruh jentera parti didalam UMNO dan Barisan Nasional Parlimen Permatang Pauh bersatu dan berikrar untuk mempastikan PRK kali ini akan menjadi titik tolak perubahan yang mereka dambakan selama ini..!

Mereka akan pastikan BN menang walau satu undi..! itu tekad padu, jitu dan bulat dari semua barisan  kepimpinan bahagian UMNO dan komponen di dalam BN..! Bagi mereka cikgu Zaidi adalah calon yang sesuai dan layak untuk dipertaruhkan bagi memenangi kerusi tersebut..!

Kepimpinan pusat tunggu apa lagi..! umum ajer ler..!

Lu Fikir La Sendiri!!!