Mulanya dari 2 orang tu...hujungnya pun pulang balik kepada 2 orang tu..!
Tak pasal pasal Hadi dibenarkan membawa usul untuk membentang pindaan Akta 355 Rang Undang Undang secara persendirian di dalam Dewan Rakyat minggu lepas..!
Bukan sahaja tak pernah berlaku dalam sejarah malah ianya boleh mengakibatkan cadangan agar Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) di BUBAR kan kerana GAGAL mencadangakannya kepada pihak kerajaan untuk dibawa ke dalam Parlimen..!
Itu sahaja sudah nampak putik putik mainan politik 2 pihak..!
Ianya hanya usul kebenaran untuk membawa cadangan pindaan Akta..! bukan usul untuk meminda Akta..! Usul untuk meminta kebenaran ahli dewan..! Kalau dibahas dan diluluskan maka Hadi boleh membawa usul untuk meminda Akta 355 tersebut..! Tapi bila boleh dibahas? mesyuarat yang akan datang..! Maknanya sekarang? tak berlaku la..! Jika tak berlaku buat apa bagi Hadi bawa usul tersebut?
Sekali lagi putik politik yang wujud sedia bertaut dengan erat untuk menjadikan kuda belang hamPAS dan ahli UMNO yang setia kembang setaman menghentak meja di kedai kopi bahawa Najib sudah berani..! Sudah bertelur untuk menggorak langkah menolak kaum kiasu..!
Kerana apa??? kerana Sungai Besar dan Kuala Kangsar perlukan tautan mesra dan kembang setaman orang Melayu dan umat Islam memberikan undi mereka kepada BN..!
Kenapa tidak PAS? kerana PAS hanya 'wayang'..! PAS hanya watak fatamorgana yang bakal memberikan sejumlah undi mereka kepada BN pada 18 Jun nanti..!
Itu sebab PAS pun terhegeh hegeh menghantar Dr Rani sebagai calon menentang Budiman di Sg Besar..! Sementara muslimahnya dihantar untuk berdepan wanita di Kuala..!
Kedua dua kuda belang hamPAS ialah orang mendatang..! bukan calon tempatan..! apakah tiada calon dikalangan pemimpin PAS setempat?
Begitu juga UMNO..! APabila Pak TOngko tidak terpilih sebagai calon maka jelas lah bahawa Ketua Bahagian yang menyokong dan mendokong Najib selama ini pun tidak mampu dipertaruhkan untuk dipilih oleh rakyat..!
Lebih lagi Ketua Bahagian seperti Pak Tongko yang telah dinobatkan berjaya mengumpulkan ribuan rakyat untuk memakai baju merah melangkah payah dari PWTC ke Padang Merbuk bagi mengimbangi berat sebelah yang sememangnya senget akibat perkumpulan baju kuning Bersih sebelum itu..!
Jika Ketua Bahagian pun tidak layak menjadi calon bermakna Ketua Bahagian yang berikrar menyatakan sokongan rakyat kepada Najib di setiap bahagian mereka sebelum ini adalah satu kepalsuan semata..!
Dengan sendiri membuktikan bahawa Najib disandiwara oleh Ketua Ketua Bahagian bahawa dia mendapat sokongan rakyat..! Bermakna Najib tidak mendapat sokongan penuh rakyat seperti mana yang dibuih dan dijuihkan oleh mulut mulut pengampu Ketua Ketua Bahagian sebelum ini..!!! Tak gitu???
Desas desus ketidakpuasan hati dikalangan ahli UMNO dan pemimpin tertentu di Sg Besar dan K.Kangsar juga sudah kedengaran..!
Kalau undi simpati dimainkan di Kuala, kenapa tak di Sg Besar? Apakah anak anak Noriah yang kehilangan ibu dan bapa mereka tidak memerlukan simpati?
Kalau kehilangan suami boleh menyumbang kemenangan pastinya kehilangan ibu dan bapa lebih mampu menyumbang kemenangan di Sg Besar?
Najib tahu keputusan tersebut bakal membawa 1001 lagi masaalah baru..! Itu sebab Najib terpaksa menggorak langkah baru dalam menambah baik hubungan mesranya bersama Hadi..!
Maka kalau disorot dari mula pembentangan usul hingga lah kepada pengumuman calon ianya hanya langkah politik bagi meneruskan talian hayat..! Ianya politik..! Ianya bukan kerana agama..! tapi kerana politik..!
Percayalah...selesai PRK ni, dengan kebangkitan penolakan MCA, Gerakan dan MIC di pihak BN yang sememangnya sedang menyelam dikalangan ahli mereka untuk menjadi hero zero..! ditambah dengan DAPig dan PKR serta PAN yang akan menangguk tentu usul ini akan ditolak dalam mesyuarat yang akan datang..!
Percayalah...selesai PRK ni, dengan kebangkitan penolakan MCA, Gerakan dan MIC di pihak BN yang sememangnya sedang menyelam dikalangan ahli mereka untuk menjadi hero zero..! ditambah dengan DAPig dan PKR serta PAN yang akan menangguk tentu usul ini akan ditolak dalam mesyuarat yang akan datang..!
Mainan politik oleh orang politik..! Khabarnya Hadi yang minat memancing pun sudah berjaya mengumpul pengalaman memancing lebih luas dan lebih jauh perjalanannya..! Dah minat la katakan..! Kos nya pun tinggi kan?
Akhirnya bagi UMNO atau PAS..! ianya tetap terpulang kepada Najib dan Hadi..! Ikut suka 2 orang ni la..!
Lantak kau ler..!
Teringat kata kata Tun M..! Bukan parti UMNO lagi..! tapi parti Najib..! Macam tu jugak hamPAS..!!!
Rakyat berpolitik untuk Agama, Bangsa dan Negara..! bukannya demi dua orang tu..!
Makanya...? Cukup cukup la..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Makanya...? Cukup cukup la..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
