Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sarawak. Papar semua catatan

Isnin, 11 Julai 2016

Tak Menghasut Ke Ni..?


Apa nak jadi negara ni?

Henti anggap Sarawak sebagai negeri - SUPP

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem digesa untuk menghentikan semua rujukan kepada Sarawak sebagai sebuah daripada 13 negeri di Malaysia.
Presiden Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Han berkata ini perlu, jika Sarawak mahu dianggap sebagai rakan kongsi yang sama dalam persekutuan, dan untuk mendapatkan semula autonomi daripada Putrajaya.
"Jika kita serius tentang usaha kita untuk menuntut semula apa milik kita dari Putrajaya, maka kita perlu berhenti memperkecilkan diri sendiri dengan memanggil Sarawak sebagai sebuah negeri lain di Malaysia.
"Sarawak harus dikenali sebagai Sarawak, bukan salah satu daripada 13 negeri dalam pembentukan Malaysia," kata Sim yang dipetik oleh The Malay Mail Online.
Menteri Tempatan Sarawak itu mendakwa Adenan tidak mempunyai sebarang bantahan apabila beliau membangkitkan perkara tersebut.
"Beliau tidak memarahi saya, tetapi sebaliknya hanya tersenyum. Itu kepada saya bermakna bahawa beliau tidak mempunyai bantahan."
Zaman najib ni macam macam berlaku..! apa nak jadi dengan pemimpin politik hari ini? Ini lah bahananya apabila kepala negara rosak dan tidak dihormati..! ikan busuk bermula di kepala..!
Faham?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 18 April 2011

Hadi Harap Milo Dan Biskut Akan Diterima Akhirnya...

Presiden hamPAS Hj Hadi berkata..'“Tentunya masih banyak yang perlu ditambah baik oleh kita semua supaya pendekatan kita akan menjadi lebih efektif, dan mampu untuk merobohkan tembok besar yang masih berlegar dalam ruang pemikiran pengundi yang ada di depan kita. "

“Apapun, sekali-kali setiap anggota jentera parti tidak seharusnya merasa lemah dan kecewa dengan keputusan pilihan raya yang sama-sama kita ketahui itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Lipat gandakan usaha ngok pas tu.. Jangan tunggu hari kempen baru terhegeh hegeh bawa milo dan biskut, tadi diberitakan ada penyokong PAS di Pusa DUN Beting Maro telah menelefon pemimpin PBB bahawa mereka menyokong PAS tempohari kerana terpedaya dwngan janji manis..kesannya hanya penat dan masam muka sesama ahli keluarga dan masyarakat.

Mereka minta nyawa la maknanya..

Lu Fikir La Sendiri
Published with Blogger-droid v1.6.8