Memaparkan catatan dengan label selamat hari guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selamat hari guru. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Mei 2014

Video & Sketsa Hari Guru Yang Mesti Kita Baca & Tonton…!


Kita semua pernah atau sedang digelar pelajar..! kita digelar pelajar kerana ada yang mahu dan sanggup menjadi pengajar..! Penunjuk ajar merupakan mereka yang tabah dan kuat dengan keazaman yang tinggi mahu melihat kita (pelajar) benar benar terdidik @ terpelajar dan bukannya kurang ajar..!

Semoga Allah memberkati semua guru guru kita..amin..!

Sketsa hari guru..layan…!

TEACHER:   Maria, go to the map and find North America. 
MARIA:        Here it is. 
TEACHER:   Correct. Now class, who discovered America? 
CLASS:         Maria. 

TEACHER:  John, why are you doing your math multiplication on the floor? 
JOHN:          You told me to do it without using the tables.  

TEACHER:  Glenn, how do you spell 'crocodile?' 
GLENN:       K-R-O-K-O-D-I-A-L
TEACHER:  No, that's wrong 
GLENN:       Maybe it is wrong, but you asked me how I spell it.   
(I  Love this child) 

TEACHER:   Donald, what is the chemical formula for water? 
DONALD:     H I J K L M N O. 
TEACHER:   What are you talking about? 
DONALD:    Yesterday you said it's H to O.   

TEACHER:   Winnie, name one important thing we have today that we didn't have ten years ago. 
WINNIE:       Me! 

TEACHER:   Glen, why do you always get so dirty?          
GLEN:          Well, I'm a lot closer to the ground than you are.  

TEACHER:     Millie, give me a sentence starting with 'I' 
MILLIE:         I is... 
TEACHER:     No, Millie...... always say, 'I  am' 
MILLIE:         All right...  'I am the ninth letter of the alphabet'.    

TEACHER:    George Washington not only chopped down his father's cherry tree, but also admitted it. Now, Louie, do you know why his father didn't punish him? 
LOUIS:           Because George still had  the axe in his hand.

TEACHER:    Now, Simon , tell me frankly, do you say prayers before eating? 
SIMON:          No sir, I don't have to, my Mom is a good cook.   

TEACHER:    Clyde, your composition on 'My Dog' is exactly the same as your brother's.. Did you copy his? 
CLYDE   :       No sir, It's the same dog.     
(I want to adopt this kid!!!) 

TEACHER:    Harold, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested? 
HAROLD:       A teacher.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU...



Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

LU FIKIR LA SENDIRI...