Memaparkan catatan dengan label setpol najib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label setpol najib. Papar semua catatan

Khamis, 15 Mei 2014

Kenali Jailani Setpol Najib Yang Macam Macam..!


Manusia ni diduga dengan pelbagai dugaan..! Dugaan semasa susah ramai yang mampu bersabar dan mengatasinya namun ketika senang, kaya dan berkuasa amat sedikit yang mampu mengharunginya..!

Kenali spesis yang paling popular minggu ini..!

Dah lama wa tak tulis, Sorry la der der sekalian wa busy mencari rezeki. Harini wa nak kongsi cerita menarik yang wa baru dapat. Baca la der...

Kesilapan Jailani Ngah sebagai setpol Pm


1. Isu perlantikan ustaz kazim elias

Jailani adalah orang yang consult PM serta memberi jaminan bahawa sudah bincang dan beritahu ustaz kazim tetapi sebaliknya tiada apa yg dibincangkan dgn ustaz kazim. Ini menyebabkan ustaz kazim yg diserang pembangkang menolak perlantikan itu.


2. Konsensus National antara PM dengan Anwar Ibrahim


Jailani tanpa usul periksa telah mengatur azwandin hamzah trojan horse anwar untuk berjumpa PM konon azwandin bersama Tun M ketika Tun declare nak jatuhkan PM. Sedangkan ketika dalam perjumpaan itu Tun hanya melayan keluhan NGO terhadap PM. Ekoran dari laporan Itulah Anwar Ibrahim telah dikawtimkan untuk hulur Konsensus National dan PM sambut sebagai signal pada Tun konon nya PM kuat.

3. Isu Mat Said letak jawatan


Ini semua kerja Jailani kerana beliau ingin menjadi MB trengganu penggal depan. Ahmad razif hanyalah puppet sementara pru 14 akan datang. Ini adalah percaturan Jailani dan Raja Arif Ketua Pengarah BTN. Harus diingat ramai dari kalangan bekas atau lebih tepat lagi penyokong Anwar ada dalam circle PM. 

Jailani sebenarnya Setpol kepada Penasihat PM Abdullah Mat Zin tetapi di sebabkan penasihat tiada peruntukkan untuk ada setpol oleh itu diparkingkan jawatannya Setpol kepada PM. Dari situ lah beliau mula mengorak langkah peribadi. Dan kini dia memberitahu semua orang yang dia adalah Ketua Setpol.


Ini dah mula tersebar, Kalau ikut asal... Jailani asalnya pegawai agama di Jakim gred S41 je, lepas tu terus dilantik jadi setpol Abdullah Mat Zin. Inilah kisah yang sebenarnya

Dari yang saya tau memang asalnya Jailani untuk Abdullah Mat Zin

Sumber sahih masa Dato Shahlan masih setpol PM

Selagi PM kita pakai punaisihat-punaisihat dan orang sekeliling macam ni selagi tulah tak aman negara der... Wa sedih macam ni. Buat apa nak simpan bangkai macam ni lagi der?

Kasi terajang keluar semua bangkai yang menyusahkan PM di PMO der. Masa sudah tiba PMO dibersihkan dari biawak dan bangkai hidup.


Baca jugak pendedahan theunspinners.disini

New Update di theunspinners.disini

Lu Fikir La Sendiri!!!