Memaparkan catatan dengan label siasatan dunia 1mdb. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label siasatan dunia 1mdb. Papar semua catatan

Jumaat, 1 April 2016

1MDB ~ Siasatan Dunia Berbanding Siasatan Kita..!

Patut ler merah ajer mata tu..! mungkin tak lelap tidur kot..!

Pihak pendakwaan Luxembourg melancarkan inkuiri kehakiman terhadap dakwaan pengubahan wang haram, melibatkan ratusan juta dolar terhadap dana kekayaan negara 1MDB.
Pihak pendakwa berkata inkuiri itu susulan keterangan bahawa dana milik kerajaan Malaysia di akaun pesisir di Singapura, Switzerland dan Luxembourg disalah guna, lapor Reuters.
Siasatan bertujuan mengesan daripada masa asal empat pemindahan pada 2012 dan satu pada 2013, menurut kenyataannya, seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa itu.
Dakwaan-dakwaan mengambil kira jumlah dibayar ketika pengeluaran dua bon pada Mei dan Oktober 2012.
1MDB, yang lembaga penasihatnya dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sepanjang tahun lalu disiasat pihak berkuasa pelbagai negara susulan dakwaan salah urus kewangan dan rasuah.
1MDB menafikan dakwaan-dakwaan terhadapnya dan berkata akan bekerjasama dalam siasatan-siasatan berkaitan.
Ia bagaimanapun tidak menjawab e-mel bagi mendapatkan ulasan berhubung ikuiri Luxembourg, menurut Reuters lagi.
Sementara tu di Singapura dilaporkan..
Lembaga Kewangan Singapura (MAS) telah menyoal kira-kira 40 bank, termasuk dua bank terbesar di Australia dalam siasatannya berhubung dana berkaitan dengan 1MDB.
Menurut akhbar The Australian, pemindahan serendah AU$50,000 (kira-kira RM149,998) di bawah penelitian untuk melihat sama ada dana berkenaan dipecahkan supaya tidak dapat dikesan.
Lembaga Kewangan Singapura sebelum ini mengesahkan ia sedang menyiasat dana berkaitan 1MDB, manakala polis republik itu memberitahu Bank Negara Malaysia bahawa wang berjumlah AS$ 529 juta (kira-kira RM2.1 bilion) mengalir dari bank Switzerland, BSI kepada ahli perniagaan Jho Low.
The Australian berkata pihak berkuasa menyoal bank kenapa akaun khusus dibuka dan jenis urusniaga.
Menurut laporan itu, bentuk soalan sedemikian bertujuan memaksa bank-bank untuk memberi maklumat.
Malaysiakini telah menghubungi Lembaga Kewangan Singapura untuk mendapatkan ulasan mereka.
Ini susulan laporan oleh The Wall Street Journal dan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) yang mendedahkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima kira-kira AS$1 bilion (kira-kira RM3.9 bilion) daripada pelbagai sumber antara tahun 2011 dan 2011.
Najib dilaporkan membelanjakan dana berkenaan bukan sahaja bagi kempen politik tetapi juga bagi percutian, pembelian kereta mewah, barangan kemas dan membeli-belah di gedung-gedung fesyen terkemuka.
Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan jawapan.
PMO semalam berkata laporan ABC yang memaparkan surat daripada seorang putera Arab Saudi mengenai sumbangan itu membuktikan bahawa Najib bercakap benar.
Kementerian Luar, bagaimanapun, berkata laporan itu berat sebelah.
Pengkritik mengaitkan ‘derma’ ribuan juta ringgit yang disalurkan kepada 1MDB yang diilhamkan Najib, terutamanya selepas firma pelaburan negara itu menghadapi kesukaran membayar pinjamannya, tahun lalu.
Najib telah menafikan menggunakan wang rakyat untuk kegunaan peribadi, manakala 1MDB telah menjual aset utama bagi mengurangkan masalah masalah tunai.
Patut dunia belajar cara Malaysia..! pecat, buang, bubar, tukar dan yang sewaktu dengannya..! Lepas tu dunia perlu ada Pandi..! Pandi si penyuci..!
Tak gitu?
Lu Fikir La Sendiri!!!
mangsa banjir tunggu yer..!