Jeling jeling karang boleh juling beb..! cuma bila cerita Suhaimi Ibrahim semalam keluar maka riuh ler Riverside dan Seri Pacific bercerita akan hal tersebut. Mungkin cerita yang sama juga 'hot' dimana mana semalam...
Seorang ahli politik terkemuka ditahan untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyalahgunakan dana satu program kebajikan kerajaan.
Sumber berkata pada Selasa, lelaki itu yang juga bergelar Datuk dan bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) serta bekas setiausaha politik kepada seorang menteri disoal siasat pada Isnin di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.
Sebuah portal berita melaporkan lelaki itu ditahan untuk membantu siasatan oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana itu.
Laporan itu turut menyebut SPRM turut merampas 10 kereta mewah kepunyaan lelaki tersebut.
Dulu isu lembu NFC terkait dengan suami dan anak anak Shahrizat..kini isu program 1Azam yang dikatakan diseleweng pun terkait dengan Shahrizat apabila bekas Setpolnya sendiri disiasat. Belum ada tuduhan beb tapi 10 biji kenderaan mewah dikatakan kepunyaan Suhaimi turut dirampas.
Isu isu begini ler yang menyebabkan rakyat mencemik kepada para pemimpin kerajaan dan UMNO. Kalau benar ada penyelewengan dan Suhaimi terlibat maka pihak SPRM perlu mengheret beliau kemuka pengadilan, kalau tidak sila buktikan dan cari siapa sebenarnya yang melakukan penyelewengan agar rakyat terbanyak faham akan duduk perkara. Tiada dakwa dakwi, tiada fitnah!
Secara dokumennya Suhaimi tidak lagi didakwa dan belum didapati bersalah, cuma roh, semangat dan moralnya Suhaimi sudah terpalit dengan lumpur yang dibawa..mungkin Suhaimi juga boleh membela diri dengan tuduhan yang mengatakan 10 biji kenderaan mewah yang ditahan itu adalah benar kepunyaanya kerana...! kerana Suhaimi menabung sejak kecil..!!! apa salahnya..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
![]() |
| apa jeling jeling? |

