Ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar
tidak meninggalkan Umno sebagaimana dilapor akhbar berbahasa Tamil dan
beberapa blog.
Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
Perkata ini disahkan oleh Adun Tahan Ahmad Jaafar yang juga naib ketua Umno bahagian Jerantut ketika dihubungi hari ini.
“Saya telah mengesahkan perkara ini dengan orang kuatnya. Datuk Seri Tengku tidak keluar parti, beliau hanya sertai Amanah.
“Tetapi beliau masih ahli parlimen Jerantut dan ketua Umno bahagian ini,” katanya lagi.
Ahmad juga menjelaskan, Tengku Azlan beberapa kali memberitahu tidak
berminat untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum ke 13.
Bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan itu dikatakan mahu terus menjadi ketua Umno bahagian Jerantut.
Tengku Azlan menjadi ahli parlimen dan ketua Umno Jerantut sejak tiga penggal lalu.
Hilang selera Anwar nak menyondol malam ni..hehehe
Lu Fikir La Sendiri!!!