Memaparkan catatan dengan label tun m dunia 1mdb skandal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tun m dunia 1mdb skandal. Papar semua catatan

Jumaat, 22 April 2016

Bantuan Dunia Perlu Demi Menyelamatkan Malaysia ~ Tun M..!


Semalam seakan mendapat wahyu baru apabila berita yang kononnya Tun M mahukan campurtangan asing ke atas hak dan kedaulatan negara..! Bergema seluruh negara memperkatakannya..! (macai ler)

Soalnya semasa pemerintahan Tun M la dunia belajar dan mengakui bahawa Malaysia merupakan negara Merdeka lagi berdaulat dalam mempertahankan hak dan kebebasan..! 

Malaysia sebagai negara merdeka dan berdaulat semasa menambat ringgit dari terus dikerjakan oleh zionis Soros dalam serangan matawang dunia..! Malaysia sebagai negara Merdeka dan berdaulat dalam mempertikai segala tindak tanduk salah barat ke atas dunia ketiga, Palestin serta seluruh umat Islam dalam dunia..!

Zaman Tun M la Malaysia disegani oleh kawan dan lawan..! Malaysia negara membangun contoh..! negara Islam contoh..! Malah Tun M diangkat sebagai pemimpin dunia contoh..!

Tun M tak perlukan Paul Stadland sebagai punahsihat..! Tun M tak perlukan APCO sebagai pembangun imej..! Tun M tak perlu main golf ketika rakyat dan negara menerima musibah banjir..! Tun M tak perlu tandatangan TPPA untuk menjadi paksi Amerika dalam perniagaan..! Tun M tak perlu tunduk kepada penjajahan barat..! Itu semua tertulis didalam lipatan sejarah dunia..! 

Dalam negara pula, Tun M tak perlu hapus Kementerian Pembangunan Usahawan untuk mengampu cina malah Tun M tak pernah bawa Sy atau Jackie Chan untuk menarik sokongan pengundi cina..!

Apa yang Tun M katakan ialah Malaysia perlukan sokongan dan bantuan dunia bagi mengembalikan kegemilangan dan kedaulatan yang telah terhakis dan hilang didalam kemelut skandal yang amat buruk dalam sejarah Malaysia Moden..! Itu persoalannya asasnya..!

Mahathir rayu penyiasat antarabangsa dedah isu 1MDB

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat rayuan kepada penyiasat antarabangsa untuk mendedahkan kepada orang ramai berhubung penemuan dalam siasatan mereka ke atas 1MDB.
Akhbar The National yang beribu pejabat di Emiriah Arab Bersatu memetik Mahathir yang berada di Dubai bagi menghadiri Persidangan Antarabangsa Kepimpinan, Inovasi dan Keusahawanan, semalam sebagai berkata gejala rasuah di Malaysia kini mencapai tahap yang tidak pernah disaksikan.
"Semua siasatan hendaklah akhirnya didedahkan kepada umum kerana soalan yang dirahsiakan adalah tidak berguna kepada sesiapa. Akhirnya kebenaran perlu didedahkan.
"Menjaga diplomasi tidak akan membantu Malaysia atau sesiapa. Mereka perlu mengenal pasti tindakan yang perlu diambil dan apa yang mesti dilakukan," beliau dipetik sebagai berkata.
Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh sekurang-kurangnya lima buah negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan UAE.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah menolak cadangan Bank Negara untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap skandal 1MDB sementara siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula buntu kerana Apandi enggan memohon bantuan undang-undang bersama (MLA) yang akan membolehkannya mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa luar negara.
Siasatan SPRM berhubung wang berbilion ringgit yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak juga ditolak oleh Apandi yang membersihkan perdana menteri daripada sebarang salah laku atas alasan wang berkenaan adalah "derma" yang telah dikembalikan.
Apandi juga membebaskan Najib daripada sebarang pertuduhan berhubung jutaan ringgit wang SRC International milik negara yang berada di akaun banknya atas alasan bahawa perdana menteri tidak tahu mengenai perkara itu.
Najib menafikan wang yang diterimanya mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB dan bahawa beliau tidak pernah mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dalam laporannya mengenai siasatan 1MDB mendapati kedudukan wang berbilion ringgit tidak dapat dipastikan. Polis sejak itu telah memulakan siasatan.
Minggu lalu, didedahkan bahawa 1MDB memindahkan AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar kepada anak syarikat, International Petroleum Investment Syarikat (IPIC), Aabar Investment PJS, tetapi disalurkan kepada sebuah syarikat yang mempunyai mempunyai nama yang hampir sama tetapi tidak ada kena mengena dengan firma Abu Dhabi itu.
The Wall Street Journal mendakwa bahawa sebahagian wang daripada syarikat palsu itu kemudiannya berakhir di Tanore Finance Corp yang juga berpangkalan di Kepulauan British Virgin, entiti sama yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun bank peribadi Najib.
Pegawai Najib menegaskan bahawa cubaan untuk menghubungkan wang berbilion di akaun bank Najib dengan 1MDB adalah rekaan oleh Mahathir.
IPIC sejak itu membatalkan perjanjian pertukaran hutang-aset dengan 1MDB, meletakkan pelan rasionalisasi firma dana negara menjadi terumbang ambing.
Jangan menyorok dan bersembunyi dibelakang kuasa..! Keluar dan berani membuktikan kebenaran..! Kalau betul berada didalam KEBENARAN..!
Akal ada ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!