Memaparkan catatan dengan label tun razak dalam kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tun razak dalam kenangan. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Januari 2016

Contohi Tun Razak ~ Tun Razak Tak Selesa Pegang Jawatan Menteri Kewangan..!


Tun Razak tidak selesa pegang jawatan PM, Menteri Kewangan serentak

Tun Razak tidak pernah selesa menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam pada masa yang sama kerana beliau percaya ia bertentangan dengan prinsip sekat dan imbang.
Bercakap di Majlis Memperingati Tun Abdul Razak, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Lin See Yan berkata Perdana Menteri yang kedua itu memberitahu kakitangan Bank Negara bahawa beliau tidak berasa aman memegang portfolio kewangan.
Tun Razak menjelaskan kerana tindakan itu mencabuli prinsip sekat dan imbang.
“Beliau keberatan mengambil-alih portfolio itu selepas menteri Tan Siew Sin meletak jawatan.”
See berkata Tun Razak melepaskan amanah itu kepada Tun Hussein seberapa segera yang mungkin.
“Hari ini, orang ramai mengambil mudah apabila Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan. Itu salah,” katanya.
See turut memuji sikap Tun Razak yang rendah hati dan mendukung prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.
“Beliau sama-sekali tidak akan bertolak-ansur dengan penyelewengan.”
See menambah Tun Razak menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin dan bukan seorang ahli politik kerana ahli politik sering bertolak-ansur.
See menambah Tun Razak tidak suka dikelilingi “yes men” dan kumpulan teras menteri beliau tidak pernah gentar menegur kesalahan beliau.
Beliau menambah Tun Razak mengambil-berat pandangan kumpulan teras itu kerana mereka merupakan pakar dalam bidang masing-masing, dan ketika merumuskan dasar beliau akan mengimbangi pandangan mereka dengan apa yang berlaku di lapangan.
Hari ini merupakan ulangtahuan pemergian Tun Razak yang ke-40.
Boleh ke ikut jejak Tun Razak???
Lu Fikir La Sendiri!!!

Contohi Lah Tun Razak..!


Al Fatihah kepada Allahyarham Tun Razak yang telah 40 tahun meninggalkan kita semua. Banyak jasa yang beliau tinggalkan. Tinggi pengorbanan yang beliau lakukan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar menceritakan bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ketika menjadi perdana menteri kedua negara tegas membenteras kegiatan perjudian.
Malah katanya, beliau juga mengarahkan supaya polis membuat tangkapan terhadap aktiviti perjudian yang berlaku di istana.
"Beliau arahkan supaya aktiviti perjudian di istana dihentikan malah mengarahkan menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu.
"Apabila sultan datang dan berkata mahu meneruskan aktiviti perjudian, beliau tidak bersetuju," kata Hanif semasa Seminar Khas Memperingati Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga memuji perdana menteri itu sebagai seorang yang berjimat-cermat dalam berbelanja.
Katanya, Razak juga tidak boros berbelanja untuk isterinya, Tun Rahah Omar.
Menceritakan peristiwa semasa beliau menjadi setiausaha sulit kepada Abdul Razak, Hanif berkata perdana menteri kedua itu pernah membatalkan hasratnya untuk membelikan cenderahati kepada Rahah semasa di Mesir.
"Beliau sangat berhati-hati tentang wang.
Beliau mahu membeli replika berlian (paste diamond) yang murah tetapi orang membawanya ke kedai berlian yang asli dan beliau beritahu orang itu (yang membawa ke kedai tersebut) beliau tidak mampu membelinya kerana tidak sekaya mereka," katanya.
Sementara itu, anak perempuan kepada kawan Razak, Tan Sri Taib Andak - Datin Kalsom Taib pula menceritakan disebabkan sifat berjimat cermatnya, perdana menteri kedua itu pernah meminta supaya Rahah membayar tiket penerbangan sehala kerana mengikutnya dalam urusan rasmi kerajaan.
"Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah," kata Kalsom.
Malah, Kalsom turut menceritakan satu peristiwa apabila Razak tidak membenarkan isterinya untuk menyertai lawatan rasmi yang dihadirinya kerana tidak mahu membazir wang rakyat.
"Beliau juga tidak mengizinkan Rahah ikut ke Kelantan dan menyuruhnya beli tiket sendiri kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat.
"Perkara sama juga berlaku semasa lawatan rasmi ke Burma (Myanmar) apabila Razak menyuruh Rahah membeli tiket penerbangannya sendiri," kata Kalsom.
Jangan pulak bernostalgia semata..!
Tun Razak dan Tun Rahah tiada galang ganti..! One and only..! 

Yang baik diikut..! Boleh?
Lu Fikir La Sendiri!!!