Selasa, 18 Disember 2018
Jangan Kalut Zahid..!
Sabtu, 15 Disember 2018
Akar Umbi UMNO Perlu Bertindak..!
Khamis, 4 Februari 2016
Perjuangan Suci Memang Berliku..!
Layan...
Ahad, 1 November 2015
Apakah Jawapannya..!
Pertanyaan yang dikemukakan Umno Semporna hari ini adalah:
- Adakah bersuara demi kepentingan rakyat kini bukan lagi keutamaan kepada parti?
- Adakah syarikat 1MDB menjadi institusi yang lebih penting, berkuasa dan lebih besar pengaruhnya berbanding Umno?
- Adakah 1MDB ini milik Umno?
- Adakah dengan menyokong 1MDB ini dapat menguatkan parti Umno?
- Adakah melalui penyingkiran, pengantungan dan pemecatan pemimpin dan bekas pemimpin Umno dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti?
- Adakah pemimpin serta Setiausaha Agong Umno sedar majoriti ahli parti dan rakyat percaya bahawa pemimpin yang kononnya dikhabarkan sedang dipantau itu menyuarakan sesuatu isu yang sememangnya dekat dengan hati rakyat?
- Kuat sangatkah Umni pada hari ini hinggakan pemimpin atasan seolah-olah lupa bahawa asas perjuangan Umno adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan kepentingan pemimpin?
- Adakah desakan untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan dan penyelewangan itu selarin dengan kenyataan Najib sebagai Presiden Umno?
- Dalam konteks Sabah pula, apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat negeri itu jika Mohd Shafie disingkirkan kerana menyataan kebimbangan terhadap parti?
Jumaat, 30 Oktober 2015
Gantung..Pecat..! Gantung..Pecat..!
Selasa, 8 September 2015
Pecat Saipudin Bukan Muhyiddin..!
Khamis, 27 Ogos 2015
UMNO Memerlukan Muhyiddin & Shafie ~ Ketua Bahagian..!
Rabu, 6 Oktober 2010
Mahkamah Dah Membebaskan Suhaili...UMNO Bila Lagi?


Pada 27.9.2010 yang lalu Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah memutuskan bahawa Dato Suhaili Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Labuan telah dibebaskan dari tuduhan Akta Kebankrapan.
Secara mudahnya ialah beliau Tidak Bersalah!!! walaupun ada orang yang sangat mahukan beliau bersalah...itu sebab dari isu 2 kad pengenalan tak berjaya dicuba pula kes bankrup! hahaha itu cerita lain, posting lain kita kupas.. terutama cerita tangan tangan ghaib didalam UMNO!!!
Apa yang penulis nak bawa disini ialah UMNO yang begitu cekap dan cepat telah mengambil tindakan pantas menggantung beliau pada 8 Mei 2009 yang lalu hanya sehari selepas pendakwaan dibuat keatasnya. Maka kenapa pula UMNO dilihat terhegeh hegeh untuk membebaskan Ahlinya dari hukuman yang dilakukan setelah terbukti beliau bersih dan tidak bersalah!!!
Dato Suhaili merupakan Ketua UMNO Bahagian Labuan yang dipilih oleh ahli UMNO Bahagian pada 2008 yang lalu, dek kerana kes tersebut beliau telah digantung dari jawatan Ketua Bahagian, beliau akur dan redha menerima takdir walaupun cukup berat untuk digalas oleh sesetengah pemimpin, namun dengan keimanan, kematangan serta kualiti kepimpinan yang tinggi yang ada didalam dirinya maka beliau tabah menghadapi dugaan tanpa sebarang kontroversi dan dapat mengawal anak buahnya untuk waras menerima dugaan tersebut.
Yang hak tetap hak! yang bathil tetap bathil! Akhirnya kebenaran tetap mengatasi kemungkaran...hari ini Suhaili dibuktikan tidak bersalah! Seharusnya pemimpin dan ahli UMNO bersyukur kerana tuduhan yang dibuat kepada pemimpin UMNO ini telah dibuktikan meleset oleh Mahkamah.
Dalam hal ini Suhaili sebenarnya telah menyelamatkan maruah UMNO yang dilihat rosak atas fitnah yang dilemparkan, walaupun kepimpinan tertinggi UMNO tidak pernah peduli akan maruah dan integriti Suhaili yang telah dirosakkan oleh fitnah tersebut...
Rahim Tamby Chik pernah menghadapi isu yang sama, dan apabila kes selesai maka UMNO memulangkan semula jawatan beliau ketika itu...Maka wajarlah UMNO melalui mesyuarat pengurusan yang dijangka berlangsung petang ini mengambil tindakan yang sama keatas Suhaili...
Ini lah masa Pengurusan dan Kepimpinan tertinggi UMNO menunjukkan sikap membela ahlinya, Buatlah keputusan yang memberikan kebaikan kepada Institusi UMNO itu sendiri, Jangan ada agenda peribadi!!! UMNO perlu kuat! Kuat hanya datang apabila kita bersatu! Dengan mengembalikan jawatan Suhaili sebagai Ketua Bahagian tentunya ia menyatukan UMNO, terutama UMNO Labuan!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Selasa, 28 September 2010
Sekilas Mengenai Galas...UMNO/BN Menang, PAS Melepas!!!
Sebelum itu, takziah kepada keluarga Che Hashim, semoga rohnya akan ditempatkan disisi para solihin...amin, itu kan tuntuan agama dan itu jugalah yang dilakukan oleh orang orang UMNO apabila menerima berita kematian...tak kira siapa pun..!
Sekilas Mengenai Galas...
1986
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 7039
Jumlah Keluar Mengundi 4926
1. Zakaria Hassan ( BN ) 3420
2. Ibrahim Abdullah ( PAS ) 1281
Majoriti 2139 – BN
1990
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 8737
Jumlah Keluar Mengundi 6429
1. Hj Zakaria Hj Hassan ( BN ) 1760
2. Hj Omar Mohamed ( S46 ) 4465
Majoriti 2705 – S46
1995
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 11,231
Jumlah Keluar Mengundi 7953
1. Omar Mohamed ( S46 ) 4056
2. Zakaria Hassan ( BN ) 3163
3. Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205
Majoriti 893 – S46
1999
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 12,091
Jumlah Keluar Mengundi 8705
1. Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072
2. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336
Majoriti 2264 – BN
2004
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 8972
Jumlah Keluar Mengundi 6805
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184
2. Chek Hashi Sulaiman ( PAS ) 2455
Majoriti 1729 – BN
2008
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 10,330
Pecahan Pengundi
Melayu 65.81%
Cina 22.03%
India 1.81%
Lain lain 10.32%
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753
2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399
Majoriti 646 - PAS
Sementara 2 DUN lagi yang berada di dalam Parlimen Gua Musang ini mencatat keputusan pada PRU 12 yang lalu...
N.43 Nenggiri
1. Mat Yusoff Abdul Ghani ( BN ) 4543
2. Mohd Zuki Ibrahim ( PKR ) 2453
Majoriti 2090 – BN
N.44 Paloh
1. Datuk Nozula Mat Diah ( BN ) 5697
2. Rizal Abdul Rahim ( PKR ) 2864
Majoriti 2833 – BN
P.032 Gua Musang
1. Tengku Razaleigh Hamzah ( BN ) 14,063
2. Zulkefli Mohamed ( PAS ) 9669
Majoriti 4394 - BN
PAS dah goyang tu...InsyaAllah UMNO/BN akan merampas semula kerusi Galas...
Sendiri Mau Ingat...










