Khamis, 3 September 2009

Apabila Melayu Bermaruah & Merdeka Ditentang Melayu Baruah Yang Di Jajah...


Sebagai Orang Melayu Yang Bermaruah dan Merdeka, tentunya kita resah, gelisah dan marah dengan apa yang berlaku didalam negara mutakhir ini. Dengan perpecahan politik Melayu yang begitu membarah, kuasa melayu yang ditepi lurah, kebejatan toyol-toyol politik yang semakin biadap dan kurang ajar, semuanya cukup menyesakkan dada dan buat mata merah.

Orang Melayu sedang dihimpit dan didesak dengan begitu hebat mungkin sama hebat dengan suasana di tahun 1824 apabila Jatuhnya kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis. Tapi waktu itu kita hanya berdepan dengan musuh yang berada diluar dan musuh hampir berputus asa jika tidak dibantu oleh pengkhianat bangsa yang membuka pintu Melaka.

Hari ini suasana itu juga tidak jauh beza, malah ianya lebih dahsyat kerana wujudnya pengkhianat bangsa yang terang-terang ingin mencampakkan kuasa Melayu ke parit. Bersekongkol dengan mereka yang jelas iri dan dengki dengan kekuasaan melayu yang selama ini memberikan naungan nya memayungi hidup rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan, agama dan kepercayaan.

Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan hidup yang dikecapi dibawah naungan Raja dan kuasa Melayu selama ini seolah-olah tidak wujud sama sekali selepas mac 08. Pelbagai dakyah dan usaha jahat untuk menyesatkan pemikiran rakyat dilakukan dengan penuh biadap dan terancang.

Kuasa yang mereka miliki dalam PRU 12 yang lalu bukannya platform untuk membangunkan negara dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat malah merupakan tiket untuk meneruskan agenda rampasan kuasa atas nama demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan.

Institusi Raja dihina, Perlembagaan diketepikan, Undang-Undang di permainkan, Agama Islam diperlekehkan, Bahasa Melayu dinafikan, sikap biadap berleluasa, sensitiviti umat tidak dijaga, ini semua kerana politik! Yang lebih malang pengkhianat-pengkhianat bangsa dan pelacur agama ini secara terang dan begitu agresif melakarkan sejarah untuk tantapan dan kencingan anak cucu mereka kelak.

Hakikatnya cukup lah! Orang Melayu tidak perlukan ini semua! Kebangkitan Melayu perlu di Jana! Perpaduan bangsa mesti digerak! Orang Melayu jangan hanya tahu memotong bawang dirumah, Jadikan lah diri tukang pemotong daging atau pemotong kayu, Orang Melayu perlu berani menjadi penyabit rumput kalau pun tidak mampu menjadi pemburu rusa! siapkan diri! bukan untuk kita tapi demi anak cucu kerana mereka tidak pernah berdosa!

Melayu yang Bermaruah dan Merdeka tidak akan pernah mengenal sikap bacul dan putus asa! sediakan perahu! sediakan dayung! kerana hujan yang melanda kini tidak menampakkan yang ianya akan reda, takut-takut banjir kelak sekurang-kurang kita sudah bersedia....InsyaAllah.

Kepada Allah Berserah!

2 ulasan:

  1. HIDUP MELAYU!!..HIDUP MELAYU!..JAHANAM PENGKHIANAT!!..SI JEBAT MUSANG BEBULU KAMBING HARUS DI TENTANG!

    BalasPadam
  2. salam bro Jeffry,
    Hidup Melayu! Hidup Melayu Bermaruah! Hidup Melayu Merdeka!
    Penentangan kepada pengkhianat, Petualang dan Pelelong Agama tetap subur dulu, kini dan Selamanya!
    terima kasih bro!

    BalasPadam