Ahad, 27 September 2009
PRK Bagan Pinang...Rakyat Di Dahulukan...?
Semalam kawan berkesempatan turun ke Bagan Pinang bersama teman-teman bloggers. Mengikuti program sambutan hari raya UMNO Cawangan Bagan Pinang. Kehadiran lebih 1000 orang di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang jelas menampakkan muafakat dan silaturahim yang terjalin cukup akrab dan mesra.
Tetamu kehormat malam tadi ialah Tan Sri Isa Samad, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang serta 'calon pujaan' yang di mahukan oleh rata-rata orang ramai yang penulis temui di dalam majlis tersebut.
Lebih 2 minggu ni banyak sangat komen-komen yang sebenarnya mendedahkan keburukkan dan kelemahan parti. Apabila penduduk Bangan Pinang menyatakan sokongan kepada Tan Sri Isa sebagai calon maka timbul pula penolakan secara terang dan terbuka yang dipelopori oleh bekas PM yang mahukan calon lain diketengahkan. Apapun dilihat UMNO lebih gemar bersengketa sesama sendiri berbanding parti lawan yang diberitakan masih lagi 'kalut' untuk mencari calon yang mampu menggugat UMNO dan BN pada 11 November depan.
Pemimpin UMNO perlu fokus! PRK Bagan Pinang ini merupakan titik tolak kepada jatuh bangunnya UMNO dan BN dalam persada politik tanahair. Jangan dijadikan perkara titik bengik menjadi duri yang sentiasa mencucuk semangat dan perpaduan parti.
Benar bahawa faktor calon merupakan kayu ukur dalam setiap Pilihan raya seperti mana yang berlaku didalam PRk Permatang Pasir bulan lalu, namun isu yang lebih luas menjadikan UMNO dan BN ditolak dalam setiap PRK yang lepas juga perlu diberikan perhatian.
UMNO dan BN perlu 'cerdik dan pantas' menjawab dan memainkan isu...bukannya memberikan pembangkang modal untuk terus melacur isu yang UMNO dan BN sendiri cipta.
Apakah dengan mengenepikan Isa akan menambah peluang dan ruang untuk mempertahankan kerusi DUN Bangan Pinang? Kalau benar silakan...kerana diberitakan Mohamad Hassan sendiri mempertaruhkan jawatan nya sebagai MB jika BN kalah dalam PRK ini.
Tapi kalau benar bahawa Isa merupakan calon yang mampu untuk mempastikan UMNO dan BN mempertahankan kerusi tersebut, maka kepimpinan UMNO perlu berlaku adil dan berlapang dada menerimanya...Yang penting ialah Kemenangan UMNO dan BN!
Apapun dan siapapun calon UMNO dan BN nanti...yang jelas Pembangkang PAS, DAP dan PKR tetap akan menaburkan dakyah dan fitnah untuk menarik sokongan pengundi agar mengundi mereka. Itu kerja mereka dan UMNO dan BN tidak perlu terperangkap dengan slogan calon bersih yang dicanagkan oleh mereka sedangkan hakikatnya pemimpin pembangkang lah yang jelas ramai dan terbukti bahawa ada antara mereka yang pernah didakwa, dipenjara dan bergelar penjenayah. Apa nak heran!!!
Dalam pengamatan penulis semalam apabila berbual dengan pemandu-pemandu teksi yang begitu bersemangat mahukan Tan Sri Isa ditambah pula dengan laporan dari pegawai Kemas dan Penerangan jelas bahawa Isa antara calon yang bukan mudah untuk ditumbangkan oleh pembangkang. Kelebihannya ialah beliau bukan sahaja dikenali malah beliau mengenali pengundi-pengundi di Bagan Pinang...
Kepada kepimpinan UMNO dan BN, ada desakan dari pengundi-pengundi Marhaien yang mahukan agar Isa dicalonkan kerana bagi mereka ini ialah kehendak penyokong akar umbi parti dan majoriti rakyat dan pengundi...itu pun kalau benar-benar rakyat di dahulukan....!!!
Lu fikir La sendiri!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ini adalah mesej peribadi untuk Tuan, mohon jasa baik supaya mesej ini tidak diterbitkan dalam blog ini.
BalasPadam“Kita semua ingin melihat BN menang di Bagan Pinang sekaligus menyampaikan mesej bahawa PR boleh dikalahkan dan bukan kebal. Atas semangat itu, marilah kita memberikan sokongan dan tidak menghentam sesiapa sahaja yang akan diumumkan sebagai calon BN petang ini dan tidak mengkritik pemimpin atau parti sepanjang tempoh kempen pilihanraya Bagan Pinang.”
p/s Mohon saudara berikan emel kepada emel bicararakyat@gmail.com untuk memudahkan komunikasi dan penyaluran maklumat semasa tentang pilihanraya Bagan Pinang.
salam bicara rakyat
BalasPadamsetuju siapa jua yang menjadi calun maka semua ahli parti perlu menerimanya dengan hati terbuka terutama calon yang memang dimahukan oleh ahli, rakyat dan pengundi.
terima kasih
Salam PutraMerdeka,
BalasPadamghuper ghupernye ahli UMNO ader penyakit taksub jugak..taksub dengan Mahathir..mesti ikut ke cakap dier?..dia kenal ke orang BP? kadang2 kagum kdg2 kecewa dan kdg2 benci dengan mantan ni..dulu dia idola aku..tp aku tk leh terima cr dia layan Pak Lah cam sampah
Salam jiwamalaysia,
BalasPadamsetuju bahawa ketaksuban hanya akan menjadikan kita hilang kewarasan dalam menilai dan membuat perbandingan!!!
terima kasih
umno BN letaklah sapa pun rakyat x sokong dah,..org x sioman saja yang sokong bn
BalasPadamTidak yakin dengan kemampuan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Umno-BN cuba pula mengekang pegawai kerajaan dan tentera dari menyokong Pakatan Rakyat.
BalasPadamMenteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar semalam melarang pegawai kerajaan dari menyertai sebarang mesyuarat anjuran pembangkang.
Ketua Penerangan PAS Idris Hj. Ahmad berkata, tindakan Noh itu adalah cerminan sebenar tahap pemikiran menteri-menteri di Umno-BN.
"Umno kata punca Melayu mundur kerana PAS berpelukan DAP, sedangkan rakyat Malaysia sebenarnya dimundurkan dengan tindakan serta cara berfikir Menteri 1Malaysia seperti Noh,"jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Idris turut menasihatkan Noh agar bersikap lebih demokratik dan nasional; kerana Menteri ini sarjana perundangan.
Tambahnya lagi, Noh sepatutnya fokus pada urusan kementerian, bukannya terlalu berpolitik.
Dalam perkembangan berkaitan, N31 bakal menyaksikan Isa menentang calon Pakatan Rakyat daripada PAS, Zulkefly Mohamad Omar.
Dalam pada itu, pada 21 Januari lalu, akhbar The Star melaporkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sewaktu menjadi Menteri (Agama) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), pernah mengugut penjawat kerajaan dari menyertai Pakatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan ketika dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang menganggap politik ugutan sebagai politik lama Umno BN.
Tetapi, tanggapan sedemikian masih tidak kedengaran, biarpun Umno sekali lagi mengugut pengundi di sini, sejak semalam.
daricelahbukit.blogspot.com
salam anon9:11
BalasPadammana punya sifir ko pakai, kita tengok Bagan Pinang ni PAS dan pembangkang yang dah jadi cacing kepanasan. pergi kempen ke mana-mana rakyat tutup pintu, buat ceramah balik-balik kuda belang yang dibawa dari luar jer yang terhegih=hegih, takebeer sendiri la lu!
terima kasih
salam celah bukit,
BalasPadamapa yang ko takut sangat! UMNO tak payah buat kerja ugut mengugut ni, fitnah macam ni memang ko orang suka goreng la, rakyat dah tak termakan dengan modal ciput basi weii.
kalau menteri UMNO bagi ingatan kepada warga kementeriannya pun apa masaalah? dia ingatakan kepada warga kementeriannya supaya sedar diri yang dia orang bekerja dengan kerajaan BN! makan gaji untuk menyara anak isteri dari duit kerajaan BN! kerja biar ikhlas agar ada keberkatan dalam hidup!
kerja biar amanah agar hasil yang dimakan dari kerja yang dilakukan benar-benar membentuk diri dan keluarga ke arah yang lebih baik! bukannya cuma tahu memaki, menyalahkan orang serta memfitnah!
kerja dengan jujur supaya dasar kerajaan yang murni dapat disampaikan serta berjaya dilaksana bukannya jahat memboikot malah mensabotaj usaha membangun rakyat dan negara! itu kerja fasik! kalau buat dapat gaji haram! makan duit haram macam mana nak masuk syurga walaupun nik najis jamin nak bagi ko lot syurga! apa punya bongok kuda belang PAS ni!
terima kasih
putramerdeka sah murtad///
BalasPadamputra merdeka ko x yah cakap pasal syurga la...ko sedar x apa yang ko ckp takebeer,ko dah mempermainkan allahuakbar..allah maha besar,,,ni ke yang ko belajar dari umno? x tahu mana yang bolih sebut mana yg x bolih...kalau org yang menyokong perjuangan islam itu ko gelar kuda belang..abih org yang menyokong parti sekuler(umno) nak panggil apa..najis barat???///
BalasPadam