Rabu, 4 November 2009

Dr Asri! Apa Jalan Keluar???


Heboh 1Malaysia apabila Bekas Mufti Perlis ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Kata JAIS kerana tiada 'tauliah', tidak kira seseorang itu siapa sekali pun jika tiada tauliah dari JAIS maka Jabatan itu berhak untuk membuat tangkapan. Ok la bagi penulis itu hak JAIS kerana diberitakan bahawa sejak zaman BN memerintah lagi dah ada intipan dibuat oleh JAIS keatas Dr Asri. lamanya JAIS mengintip...macam intip couple beromen tu agaknya...sebab nak kan bukti!

Penulis tak nak ikut rentak ramai kawan-kawan dan kuda belang PAS, PKR malah DAP yang melihat isu ini dari sudut politik! cuma penulis rasa sudah sampai masa pihak kerajaan memberikan penterjemahan sebenar tentang kemelut wahabi yang 'panas' dan tak habis-habis dibicarakan sekarang.

Sebagai orang awam, penulis ingin sangat melihat kemelut ini dibicarakan, didebatkan dan disahihkan agar jemaah ummah yang lebih besar tahu, faham dan menghayati akan 'jalan keluar' kepada permasalahan yang melanda kini.

Bagi penulis yang berasal dari negeri Johor, dibesarkan dengan budaya membaca yassin dan bertahlil setiap malam jumaat yang digilirkan mengikut rumah-rumah kariah di kampung. Penulis tak nampak yang ianya salah malah ianya sesuatu yang baik kerana selain menghadiri majlis zikir ianya juga membina ukhwah silaturahim sesama jiran dan komuniti.

Bagitu jugalah dengan selawat didalam majlis maulidur rasul, pembacaan talkin, membaca doa qunut dll lagi yang penulis lihat ianya mungkin tidak diwajibkan didalam agama tapi ianya juga tidak diharamkan untuk dilaksanakan. Malah apa yang penulis lihat jika ianya dilakukan tentunya akan mendapat ganjaran baik berupa pahala dari Allah kerana berjaya menghidupkan syiar agama itu sendiri.

Kami dididik dan diajar oleh datuk nenek, ibu bapa dan guru-guru yang tentunya lebih bijaksana serta mempunyai asas dalam menjadikan perkara-perkara diatas budaya dalam perkembangan masyarakat di Johor terutama di kampong penulis.

Kesannya keharmonian sesama ahli masyarakat dapat dibentuk dan dengan sendiri segala permasalahan yang timbul dapat diatasi secara bersama kerana adanya bentuk pakatan sedemikian rupa dan ini menjadi amalan sejak dulu hingga kini.

Mungkin dalam konteks negeri Perlis ianya boleh dan dibenarkan, malah tidak membaca yassin, tidak bertahlil, tidak bermaulidur rasul, tidak membaca doa qunut dll seperti yang dibahaskan itu tidak la pula menjadikan seseorang itu kafir. Tidak pula menjadikan seseorang yang meninggalkan amalan itu sesat dan menggadai agama seperti mana orang PAS menggadai dan menjual agama.

Cuma, apa yang penulis khuatirkan ialah mutakhir ini wujud gerombolan yang mengambil mudah dalam beragama, maka menjadikan alasan itu untuk tidak mengamalkan pembacaan yassin umpamanya yang akhirnya bukan sahaja budaya itu hilang malah individu itu sendiri langsung tidak mampu untuk membaca yassin bagi diri nya sendiri.

Kesannya ialah yassin yang disifatkan sebagai hati Al Quran itu yang tentunya bersebab kenapa ia disifatkan hati dan jantung Quran seperti Surah Al Fatihah yang disifatkan sebagai ibu Quran yang menjadi rukun dalam sembahyang tentunya juga mempunyai kelebihan gagal dimanfaatkan malah langsung hilang dalam amalan generasi yang akan datang.

Sebagai seorang bapa, penulis bukan sahaja mahukan anak-anak penulis berjaya didunia malah menghayati dan mengamalkan segala tuntutan agama untuk berjaya di akhirat, penulis berdoa agar anak-anak penulis menjadi anak soleh dan solehah agar dapat 'mengirim' doa dan amalan baik untuk menjadi modal penulis apabila berada di alam barzah kelak.

Maka penulis berharap sangat agar 'kemelut wahabi' ini diperjelas, tentunya kita sekarang hanya berselisih di peringkat ranting dan cabang dan jangan ianya menjadikan ummah bersengketa dan berpecah, cukuplah PAS sahaja yang menjadi penyebab kepada perpecahan ummah dan menolak kepada perpaduan sesama Islam.

Diharap seramai mungkin alim ulama yang muktabar duduk bersama-sama Dr Asri mencari titik persamaan yang akan menguntungkan kita sesama kita, Jangan dicari kekurangan dan perbezaan kerana ianya banyak dan pasti merugikan sedangkan persamaan juga banyak dan perlu diusahakan demi kebaikan agama, bangsa dan tanah air...

sendiri mau ingat!

4 ulasan:

  1. SLM BRO..BTUL TU BRO..WAHABI NI DH TERANG2 AJARAN SONGSANG. TP AKU PECAYA ADE PIHAK2 YG SENGAJE NK MENJAHANAMKAN AKIDAH ORG ISLAM KT M'SIA NI.

    TP YG PALING TERANG2 SEKALI DH TERPESONG ADE LAH PARTI BULAN MENGAMBANG. APE TINDAKAN SETERUSNYA?? HMMM

    BalasPadam
  2. Salam Bro,
    Apa yang kita harapkan ialah adanya penghujahan terbuka, kerana setakat ini ramai alim ulama yang diberitakan tidak menggemari Dr Asri hanya bercakap dibelakang dan tidak pula mahu duduk bersama Dr Asri untuk mencari jalan penyelesaian,
    apa yang ditakuti ialah adanya puak dan golongan yang mengambil kesempatan untuk meninggalkan urusan agama yang sebenarnya amat-amat dituntut kalau tidak pun fardhu ain, mungkin ianya fardhu kifayah yang perlu terus disuburkan.

    PAS = Parti Ajaran Sesat jadi dah terang lagi bersuluh la yang parti ini mampu menyonsang akidah dan iktikad kuda belang taksub mereka

    terima kasih Bro Jeffry

    BalasPadam
  3. salam penulis blog,
    sudah 3 tahun lebih den dok kat perlis darus-sunnah ini.den menyokong kiranya tidak ada tokok tambah daripada apa yang dibuat/dilakukan oleh nabi kita ataupun apa yg dipanggil sebagai bida'ah.namun gitu, den tak rasa kemeriahan sebagai orang islam bila suasana hambar dan tidak diimarahkan.lepas solat jemaah di masjid,bacalah doa sendiri.itupun ada yang terus bingkas bangun lepas bg salam.sedangkan doa slps slt itu afdal dan sgt dituntut oleh islam. den x faham. diaorg bagi intro, tapi pengisian bagi menggantikan kekosongan tu xder.adalah ceramah agama. tapi kenapa ntah hatiku ini bagai merasa masjid yg besar itu seakan sepi dan kosong.bagi den, masjid bukan sekadar ceramah agama malam.

    BalasPadam
  4. salam demi masa,
    Jelas bahawa wahabi ialah satu aliran yang mengenepikan amalan ahli sunnah waljamaah, wahabi hanya merujuk kepada sunah dan al quran dan mengenepikan ijtimak ulamak.
    maka agama akan menjadi kosong dan sepi seperti suramnya masjid apabila tidak diamarahkan secara berjamaah dalam kita beribadah...
    terima kasih bro

    BalasPadam