Sabtu, 31 Oktober 2020

PANAS ~ Ustaz Ebit Liew Bertanding Parlimen..?

 


Nama beliau sudah tidak asing lagi di dalam masyarakat, malah boleh dikatakan beliau dan pasukannya merupakan pasukan kebajikan yang cekap dan berjaya dalam memberikan bantuan kepada pihak yang memerlukan pertolongan.

Kalau namanya mekar dan harum setelah Mac kerana pandemik covid-19 sebenarnya kerja kebajikan yang beliau lakukan jauh lebih awal lagi dari apa yang telah dan sedang di tonton oleh masyarakat hari ini.

Itu lah jiwa beliau, itu lah sikap dan watak cina muallaf yang bertekad untuk membantu sesiapa sahaja yang beliau ketahui bermasaalah insyaAllah pasti akan beliau kunjungi untuk di berikan bantuan sewajarnya.

Terbaru..

Di laporkan..

Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi.

Terbaharu, Ebit turut turun padang menyalurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menerusi hantarannya di Facebook (Fb) hari ini, Ebit memaklumkan beliau menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways untuk menghantar barangan perubatan ke negeri di bawah bayu itu.

"Doakan ya... risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah. 

"Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal (perubatan) ke Sabah," katanya.

Katanya, sumbangan disalurkan berbentuk barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut untuk kegunaan barisan hadapan.

"Saya sumbangkan barang set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah. 

"Doakan ya... insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat," katanya.

Hantaran Ebit itu mendapat pujian warganet dengan kebanyakannya menzahirkan penghargaan terima kasih kerana bertindak pantas membantu mereka yang memerlukan ketika berdepan kesukaran pandemik ini.

sumber

Beliau seorang pendakwah yang pemurah..! Beliau bukan ahli politik dan tak berminat pun untuk mempolitikkan kerja mulia yang beliau usahakan. Jauh sekali mahu mencari nama dan kesenangan. 

Apa yang jelas beliau mahu berkongsi suka duka dengan kelebihan yang beliau ada. Beliau tahu akan penderitaan dan kesengsaraan hidup. Beliau pernah menempuh hidup sukar dan kerananya beliau berusaha agar orang lain tidak menempuhi kesusahan hidup yang sangat beliau mengertikan. 

Manusia seperti Ustaz Ebit Liew ini lah watak, tokoh dan pemimpin yang negara perlukan..! 


Sesungguhnya rakyat jelak dan muak dengan kebanjiran politikus yang sebahagian besarnya berjuang untuk kepentingan peribadi mereka semata mata.

Sebenarnya juga rakyat dan negara sedang mencari alternatif dan penyelesaian kepada kemelut ahli politik masa kini.

Mungkin sebagai rakyat kita perlu menyediakan pilihan..! 

Mungkin gelombang ke3, third wave generation sedang terbentuk dengan sendirinya apabila lahirnya pemimpin pemimpin tulen seperti UEL sewaktu kita di duga dengan musibah pandemik dan juga musibah kerakusan pemimpin.

Kita percaya jika UEL tergerak bertanding di kerusi Parlimen, siapa agaknya yang berupaya mahu berdepan dengan beliau?

Percaya lah, kita sedang dihidangkan dengan pilihan. Setiap kesusahan pasti akan diiringi dengan kemanisan selepasnya..! InsyaAllah.

Sekarang pun hidup dengan New Norm. Tepuk dada...

Lu Fikir La Sendiri..!



Jumaat, 30 Oktober 2020

UMNO ~ Menurut Biar Berakal, Mengikut Biar Pintar..!

 


Di harap selepas riuh rendah, hingar bingar selama 2 minggu ini, keputusan MKT malam tadi cukup lah menyedarkan ahli terutama pemimpin tertinggi parti bahawa keutamaan hari ini ialah kesejateraan rakyat dan keselamatan pertiwi.

Cukup lah terutaman para macai meniupkan api sengketa, para pengadu domba yang mengambil untung setiap perbalahan yang melanda. 

UMNO tidak boleh di pandu oleh para pengamal media yang menyusup masuk di dalam group whatsap ahli MKT, Ketua Bahagian mahupun struktur organisasinya. 

Jauh dari itu UMNO tidak berhak di pandu oleh mereka yang bukan pemimpin dan pemikir parti tapi hanya di lihat berada di keliling pemimpin maka sebok fb, instag dan pelbagai medium mereka mempelopori hala tuju dan pergerakan parti.

Pemimpin dan ahli perlu menolak sebarang anasir pemecah dan penyebab kenapa UMNO dan BN akan terus di tolak oleh rakyat hanya kerana pengamal media yang mahu menjaga tembolok mereka..!

Mudah mudahan..apa yang di laporkan...

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini iaitu berpegang teguh kepada peri pentingnya gencatan politik dan rekonsiliasi nasional demi mendepani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam tadi.

Berikut kenyataan penuh:

1. UMNO terus kekal fokus dan konsisten dengan kenyataan yang sudah berkali-kali dikeluarkan tentang peri pentingnya Gencatan Politik dan Rekonsiliasi Nasional demi mendepani wabak Covid-19, menjaga kebajikan rakyat, keamanan negara dan kestabilan politik.

2. UMNO juga ingin mengulangi dengan jelas sekali lagi bahawa kami menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk terus memastikan pentadbiran negara diurus dengan baik berpandukan keluhuran undang-undang dan menghormati semangat yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara dan tidak membawa negara ke dalam darurat sebagaimana yang telah dicadangkan oleh pihak kerajaan.

3. UMNO memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk diangkat kepada Kerajaan termasuklah isu perlanjutan tempoh moratorium, bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Covid-19, bantuan kepada belia yang menganggur, bayaran khas kepada barisan hadapan (frontliners) dan beberapa inisiatif untuk meningkatkan pengembangan ekonomi negara. Lantaran itu, UMNO akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan.

4. Maka sebarang tindakan mana-mana pihak yang mempersoalkan keputusan UMNO dalam mendokong titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu adalah tidak bertanggungjawab dan amat dikesali. Sekiranya pendirian UMNO dalam perkara ini masih dipersoalkan, UMNO tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas demi untuk menjaga kedaulatan Raja-raja dan kepentingan rakyat.

5. UMNO adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat. Maka, semua anggota Kabinet yang mewakili UMNO terus kekal dalam Kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti.

6. UMNO memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi mengujudkan Kerajaan yang stabil dengan mengadakan Pilihan Raya Umum setelah Pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum. 

sumber

Para pemimpin terutamanya perlu mengotakan apa yang di kata dengan membawa ahli dan parti kembali di yakini dan menjadi pokok yang rendang bagi rakyat dan negara perlukan sebagai tempat berteduh.

Jangan di turut kata penghasut, jangan di ikut kata pengadu domba. UMNO perlu kembali kuat dan kalau ini sebagai permulaan maka ayuh gerakkan dengan penuh kesungguhan.

Ikut kata Dato Onn dahulu, bersatu lah kita seperti mana kita tak pernah bersatu sebelum ini.

Atur langkah sederap..!

Hidup biar cerdik. Siapa? Kita lah..! Siapa lagi??? 

Lu Fikir La Sendiri..!


Khamis, 29 Oktober 2020

Ramai MP Yang Bakal DiMakan Sumpah..!

 


Titah Tuanku seharusnya terjunjung di batu jemala semua rakyat Malaysia. Lebih lebih lagi apabila ianya khusus ditujukan kepada Ahli Ahli Parlimen. 

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati ahli-ahli Parlimen untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan pada 6 November ini demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, ia berikutan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa, khususnya petugas barisan hadapan untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha-usaha membendung dan menangani penularan wabak.

"Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru ahli-ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

"Seri Paduka mengingatkan Ahli-ahli Dewan Rakyat bahawa sengketa politik untuk kepentingan peribadi masing-masing akan merugikan negara dan seluruh rakyat akan menjadi mangsa pada ketika negara masih lagi bergelut menghadapi ancaman wabak Covid-19 ini," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

sumber

Sebagai Ahli Parlimen mereka semua telah mengangkat sumpah apabila dengan jelas berikrar akan menumpahkan taat setia kepada negara Malaysia yang tercinta serta dengan jujur akan melaksanakan kewajipan bagi memelihara, melindungi  dan mempertahankan Perlembagaannya.

Pelik kita sebagai rakyat apabila Agong sendiri terpaksa menitahkan ayat sebegitu rupa kepada wakil rakyat yang seharusnya malah wajib atas tugas mereka untuk melindungi rakyat dan negara.

Situasi begini memperlihatkan bahawa dari Raja Raja hingga lah ke pihak rakyat biasa sebenarnya sedang melihat dan menilai kualiti wakil rakyat kita. Setakat ini sebahagiannya masih lagi di lihat langsung tidak mengutamakan amanah dan tanggungjawab mereka. 

Cuba baca apa kata Permaisuri Agong dalam pantun Baginda..

Kalau tak terasa, jelas lah kita sudah salah memilih. 

Di sangka intan rupanya kaca, disangka permata rupanya besi berkarat yang tidak berharga.

Kenal pasti wakil wakil rakyat ni, dalam PRU yang akan datang cukup la. Rakyat perlu menoktahkan penglibatan mereka dalam kehidupan kita.

Rakyat muak, rakyat jelak.

Siapa? Lu Fikir La Sendiri..!


Selawat & Salam Ke Atas Junjungan Rasullullah SAW

 


Semoga kita semua tergolong sebagai umat yang mendapat syafaat dari Baginda InsyaAllah.

Berselawat la..

Lu Fikir La Sendiri..!

Rabu, 28 Oktober 2020

Kenapa Tan Sri Muhyiddin Senyum..?

 


Itu sebab kena faham..! politik ni halus dan memakan masa yang panjang..!


Politik bukannya emosi dan berkepentingan diri..! 

Tapi faham ke?

Lu Fikir La Sendiri..!


Tak Syok La Kantoi Sorang Sorang..!

 


Sebok macai mengatakan bahawa tuhan politik mereka licik apabila berjaya memecah belahkan PKR, Amanah dan DAPig..! Tang mana yang puak P*uckatan Hancur berpecah pun kita tak dengar jauh sekali nampak. Makin galak mereka mengambil untung dari politik khianat macai dan tokeynya adalah..!

Seperkara lagi menyembur nyembur air liur macai mengatakan bahawa tokey mereka bijaksana apabila berjaya menekan Midin untuk mendapatkan kerusi TPM kepada UMNO.

Kalau memang ada perubahan dalam kabinet nanti (kalau ada laa) dan UMNO bakal mengisi jawatan TPM tentu macai akan terus mematuk mengatakan usaha tokey mereka mencapai kejayaan. 


Namun jika tokey mereka tidak mendapat tempat atau meraih laba dari apa yang bakal diputuskan oleh Midin dalam susunan kabinetnya nanti (kalau berlaku la) pasti macai akan mengatakan bahawa tindakan Midin adalah usaha berterusan untuk menghancurkan UMNO.

Lagi satu perkara macai sebok menepuk nepuk meja sejak Sabtu bahawa isu yang berlegar adalah usaha untuk menyalahkan tokey mereka dan mengalih pandangan berkaitan isu sebenar penolakan Agong atas usul Kabinet berkaitan pembubaran.

Realitinya rakyat ok jer..! Rakyat rimas dengan laungan dan rengekan macai dan tokey mereka yang dari awal asyik memikirkan kedudukan diri mereka..! Sebok memikirkan keuntungan puak mereka. Soal rakyat dan negara peduli apa..!

Hakikatnya mainan politik khianat yang dimainkan oleh mereka telah terdedah dan bersepah..! Dah tak dapat nak di sembunyikan lagi..! Bau hancing sudah merebak keseluruh pelusuk bumi dan masuk ke benak ahli parti. Itu yang nak makan super ring pun tak berapa selera..!


Soalnya berani ke pemimpin tertinggi UMNO mengambil tindakan kepada mereka berdua?

Ada yang nak ulas persoalan yang di bangkitkan ini...?

Lembaga Disiplin UMNO seharusnya mengadakan mesyuarat tergempar untuk berbincang hukuman kepada Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan kerjasama bersyarat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mesyuarat parti itu pada Isnin.
Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, cadangan itu sekali gus membayangkan Pengerusi Penasihat Barisan Nasional (BN) itu sebelum ini mungkin menghantar surat menyokong Presiden PKR kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Kalau begini sikap pemimpin UMNO, saya ramalkan parti ini tidak akan lagi menjadi dominan pada masa hadapan. Kita lihat netizen juga sudah mula menghentam Najib di laman Facebooknya selepas cadangannya dalam isu Anwar semalam.
"Jika berterusan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menggantikan UMNO dan parti Melayu itu akan menjadi serpihan sahaja dalam landskap politik negara.
"Kalau Datuk Lokman Noor Adam satu masa dahulu dibuang dari jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, hari ini kenapa Najib boleh dilepaskan?" soalnya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.
sumber

Dunia maklum pendekatan cash is king akhirnya telah memakan diri. Lebih buruk apabila parti yang sebegini mulia turut sama hina dina di sebabkan oleh watak watak jahanam mereka.
Astro Awani pula mendedahkan isu panas berkaitan pertemuan bos para macai. Macam tahu ajer supaya tak lah tergolek sorang sorang. Tak gitu?
Suhu politik negara nampaknya belum menunjukkan keredaan selepas terbaharu satu pendedahan mengejutkan membabitkan isi kandungan surat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Yang di-Pertuan Agong, baru-baru ini.
Memetik portal MalaysiaNow, surat yang dipersembahkan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendedahan tersebut sekali gus dilihat bercanggah dengan penafian yang dibuat oleh UMNO sebelum ini berhubung surat yang tular di laman sosial, menafikan sokongan telah diberikan kepada Ketua Pembangkang itu."Surat bertarikh 11 Oktober itu, yang ditandatangani bersama bekas Presiden UMNO, Najib Razak dihantar menjelang panggilan menghadap Anwar ke Istana Negara pada 13 Oktober, di mana Presiden PKR itu perlu membuktikan dakwaannya mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
"Akan tetapi dua hari sebelum itu, Ahmad Zahid bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara.
"Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid memberikan komitmen sokongan UMNO kepada Perdana Menteri, selepas Anwar mengumumkan mempunyai “sokongan kukuh dan meyakinkan” untuk menumbangkan kerajaan Muhyiddin," demikian memetik laporan portal tersebut, hari ini.
Sumber dalaman memberitahu portal tersebut lagi, surat tersebut didakwa dihantar oleh Ahmad Zahid dan Najib selepas 48 jam pertemuan dibuat di kediaman Muhyiddin, menyatakan sokongan mereka untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri yang baharu.
Tambah sumber, surat berkenaan disediakan tanpa pengetahuan mana-mana ahli Majlis Tertinggi UMNO.
“Tiada seorang pun tahu mengenai surat itu, kecuali mereka berdua, Zahid dan Najib.”
Bagaimanapun, dua hari selepas surat berkenaan dihantar iaitu pada 15 Oktober, wakil dari Istana Negara menghubungi Muhyiddin untuk memberikan salinan surat Ahmad Zahid.
Susulan tersebut, Perdana Menteri kemudian memanggil semua menteri UMNO ke kediamannya sebelum mendedahkan kepada mereka mengenai surat sokongan kepada Anwar daripada Ahmad Zahid dan Najib, lapor MalaysiaNow lagi.
"Ketika itu menteri-menteri UMNO yang hadir terkejut dan mengatakan mereka tidak pernah menyokong Anwar.
"Mereka berjanji akan membawa perkara ini pada mesyuarat Majlis Tertinggi," kata sumber.
Selain itu, dalam pertemuan tersebut, menteri-menteri UMNO dilaporkan membangkitkan empat tuntutan kepada Muhyiddin, mengatakan mereka diberikan tekanan daripada akar umbi parti, termasuk mengatakan UMNO tidak diberikan kedudukan setimpal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ahmad Zahid tuntut jadi Timbalan Perdana Menteri
Lebih mengejutkan, portal tersebut mendakwa Ahmad Zahid turut menuntut agar sebahagian daripada pemimpin parti UMNO disingkirkan daripada Kabinet.
Malah, Ahmad Zahid didakwa turut menuntut dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum menyenaraikan nama pemimpin UMNO yang perlu digugurkan daripada Kabinet.
Antara senarai menteri yang didakwa mahu digugurkan adalah Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.
Tuntutan tersebut didakwa dibuat dalam pertemuan Perdana Menteri bersama dengan Ahmad Zahid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 17 Oktober.
Pertemuan tersebut pada awalnya dijadualkan bagi membincangkan tentang Muafakat Nasional (MN).
"Pada akhir perbincangan, Muhyiddin bertanyakan Ahmad Zahid mengenai surat sokongannya kepada Anwar yang dihantar ke Istana Negara.
"Seorang pegawai Muhyiddin kemudiannya menyerahkan surat itu kepada (Datuk Seri) Hamzah Zainuddin yang kemudiannya memberikannya kepada Presiden Pas. Abdul Hadi menunjukkan reaksi amat terperanjat," lapor portal tersebut.
Turut bersama dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Agong UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Setiausaha Agong Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Hamzah selaku Setiausaha Agong Bersatu.
Tuntutan yang dibuat Ahmad Zahid itu digambarkan telah "memanaskan" lagi pertemuan tersebut, sebelum Perdana Menteri dilaporkan bertanya apa sebetulnya yang dimahukan oleh Presiden UMNO itu.
“Ahmad Zahid jawab Perdana Menteri mungkir janji,” kata sumber dalaman itu.
“Muhyiddin kemudian berkata tidak pernah menjanjikan apa-apa. Ahmad Zahid kemudian berkata, apabila UMNO menyokong Bersatu untuk menubuhkan kerajaan, ia adalah untuk Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dan bukannya Muhyiddin.
“Muhyiddin tanya lagi apa lagi yang Ahmad Zahid tidak puas hati. Ahmad Zahid kata dia sebagai Presiden UMNO tidak dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri," lapor MalaysiaNow yang memetik sumber.
Perdana Menteri kemudian memberitahu Ahmad Zahid bahawa beliau tidak mencampuri urusan mahkamah.
"Namun sebagai rakan, Muhyiddin berkata dia mendoakan Zahid akan dibebaskan."
Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi yang diasaskan beliau.
sumber
Lu Fikir La Sendiri..!

BIADAP ~ Boikot Barangan Perancis..!

 


Umat Islam sedunia dilihat bersama sama bangkit menentang kebiadapan musuh Islam yang menghina Rasullullah SAW. Umat Islam Malaysia juga tidak terkecuali..!


Malaysia melalui Wisma Putra telah mengecam sekeras kerasnya tindakan biadap tersebut.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa diwujudkan gerakan boikot produk dan perkhidmatan jenama Perancis – susulan kenyataan Presiden, Emmanuel Macron yang sengaja mencetuskan Islamophobia.

Umat Islam di Perancis hidup dalam ketakutan berikutan kenyataan yang berbaur polisi pemisahan Macron baru-baru ini.

PPIM berkata, polisi berkenaan telah menyebabkan salah anggap yang mencetuskan sikap kebencian dan antimuslim serta gesaan untuk membakar masjid-masjid di seluruh Perancis.

“Sejak Presiden Macron mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2017, umat Islam telah mula merasa terancam dengan polisi-polisi anti-Islam yang dilancarkan secara halus dan secara terang-terangan.

“Malah, kenyataan beliau juga telah menimbulkan rasa resah di kalangan masyarakat Islam di sana,” kata persatuan itu dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, PPIM memaklumkan sedang meneliti insiden itu secara dekat dan menimbang untuk menganjurkan satu perhimpunan besar berikutan perkembangan ini dengan menghantar satu memorandum bantahan di kedutaan Perancis.

“Kami juga menggesa pihak kerajaan dan lain-lain pihak berkaitan menggantung semua urusan dengan konglomerat Perancis seperti Atos, Alstom, AXA, Total dan lain-lain.

“Boikot ini akan berkuat kuasa serta merta dan kami menyeru pengguna Islam seluruh Malaysia dan jaringan global kami untuk menggerakkan usaha yang sama sehingga kerajaan Perancis memberikan jaminan keselamatan dan keamanan supaya umat Islam Perancis boleh mengamalkan Islam di negara itu,” katanya.

Gesaan memboikot barangan buatan Perancis semakin memuncak di dunia Arab dan tempat lain selepas Macron mengkritik umat Islam serta berikrar mempertahankan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad ï·º.

Macron membuat kenyataan itu, Rabu lalu, sebagai mengulas insiden kepala seorang guru, Samuel Paty, dipenggal di luar sekolahnya yang terletak di pinggir kota luar Paris pada awal bulan ini.

Kejadian berlaku selepas mendiang Paty menunjukkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad ï·º ketika kelas berkaitan kebebasan bersuara.

sumber

So..kita ajar puak puak biadap yang selama ini memang memusuhi agama dan umat Islam..! Ayuh sama sama kita mulakan dengan berhenti  membeli barangan buatan Perancis.

Boleh? Lu Fikir La Sendiri..!


Selasa, 27 Oktober 2020

Anwar/Najib Terdesak & Tersedak..!

 


UMNO ni parti keramat...! Jangan buat kira demi mengaut kepentingan peribadi..! Tahniah dan terima kasih kepada ahli MKT yang tuntas dalam membuat keputusan menolak Anwar/DAPig..!


Namun begitu sejak malam tadi puak macai@penjilat tegar tetap mengatakan bos mereka tu betul lagi benar..! Ini lah bukti bahawa dedak cukup bernilai dan amat berpengaruh dalam menentukan hati, akal dan tindakan seseorang dalam menyempurnakan ketaksuban kepada tokey kotey mereka.

Bagi puak ni, mana ada istilah perjuangan suci demi parti. Yang pasti perjuangan peribadi demi kelansungan hidup mereka sendiri..!

Apa yang jelas, inilah punca kenapa Anwar begitu beriya iya menyembur nyembur air liur mengatakan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen. Masa tu senyap ajer kan mamat ni. 

Masih nak sokong? Rentikan lah...!

Lu Fikir La Sendiri..!

Rais Jangan Jadi Si Kitol Moden

 


Harus diingat, bahawa jawatan Speaker Dewan Negara tidak lah membolehkan Rais mempersoal keputusan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong. Rais tak perlu berlindung dengan mempersoalkan AG akan ketetapan Baginda menolak cadangan darurat yang di usulkan oleh Perdana Menteri serta kabinetnya Ahad petang yang lalu.

Jelas bahawa Agong mempunyai HAK dalam membuat ketetapan. Baca -

Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa mutlak dalam memperkenankan perisytiharan darurat. Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menyebut, Yang di-Pertuan Agong selepas berpuas hati keselamatan, kehidupan ekonomi rakyat dan ketenteraman awam tergugat, boleh membuat perisytiharan darurat. Namun, perisytiharan itu tidak semestinya mengikut nasihat Perdana Menteri. Baginda boleh menolaknya. Baca lanjut di sini.

“Kenapa peguam negara tidak menimbulkan (isu) bahawa peruntukan mandatori Perkara 40 telah diketepikan?

“Ini kan tonggak Raja Berperlembagaan?” kata bekas ketua Bersatu Negeri Sembilan itu.

Perkara 40 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah menteri kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan namun baginda berhak atas setiap maklumat.

sumber

Rais dan puak puak Bersatu yang kecewa tak perlu lah beri pendapat..! Rais dan sekutunya perlu kecewa dengan puak yang berada di sekeliling PM & Kabinet yang gagal menyelami keadaan sebenar sebelum mengusulkan perkara tersebut.

Agong telah bertitah..! Agong  telah membuat ketetapan..! Agong tak pernah memberikan pendapat. Walaupun kenyataan akhbar Perdana Menteri semalam di lihat biadap apabila menyatakan bahawa SPB Yang Di Pertuan Agong telah memberikan pendapat.

Siapa lah yang menulis dan memeriksa ayat kenyataan akhbar tu yer?

Lu Fikir La Sendiri..!

Isnin, 26 Oktober 2020

Bangsat Menonjolkan Diri..!

 


Selama ni mat kepit punya wayang tinggi production mungkin rakyat tak nampak, tapi Lama dah kita peratikan feel mamat sekor ni..! Demi kelansungan hidupnya maka diberitakan...

Sumber: Najib cadangkan BN beri sokongan pada Anwar


Pertemuan ahli-hali parlimen BN di Kuala Lumpur petang tadi dikejutkan dengan cadangan bekas perdana menteri, Najib Razak, agar parti itu menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Cadangan itu dibuat Najib dengan alasan perlunya keseimbangan dalam jawatan dalam kerajaan kini.

Bagaimanapun menurut sumber cadangan dibawa ahli parlimen Pekan itu tidak dapat diterima sebahagian besar tokoh yang hadir.

Seorang ahli parlimen BN yang enggan didedahkan identitinya berkata, cadangan Najib itu tidak dapat diterima akal kerana mereka berpendapat, menyokong Anwar bermakna menerima DAP sebagai kerajaan.

"Masakan cadangan yang seperti tidak masuk akal mampu untuk diterima oleh akar umbi Umno kerana ahli-ahli Umno diberitahu sebelum ini bahawa Umno menyokong penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu DAP menjadi sebahagian kerajaan.

"Takkanlah BN - terutama Umno - mahu untuk bersama dengan DAP dalam kerajaan, kerana bukan saja ideologi perjuangan kedua-dua parti berbeza, malah ahli-ahli antara kedua-dua parti akan bercelaru," katanya kepada Malaysiakini.

Jelas sumber itu lagi, pertemuan petang tadi hampir tergendala ekoran cadangan yang dikemukakan bekas pengerusi BN itu.

Mesyuarat ahli parlimen BN yang berlangsung hampir tiga jam bermula jam 1 petang tidak membuat sebarang keputusan sama ada Muhyiddin Yassin perlu mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Dewan parlimen dibubarkan atau tidak.

Sebaliknya, kata Najib, mesyuarat itu mendengar pelbagai pandangan daripada mereka yang hadir.

“Tak ada keputusan, macam-macam pandangan tapi pandangan ini tak boleh ambil kira, yang penting sekali keputusan.

“Kita cuma mendapatkan pandangan-pandangan daripada wakil rakyat BN tentang pendirian kita dan halatuju yang patut dijadikan ketetapan parti," kata Najib.

Sementara itu seorang lagi sumber BN berkata, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, kelihatan lebih tenang dan berpegang teguh atas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno sebelum ini yang menolak sebarang kerjasama dengan Anwar mahupun DAP.

"Zahid mendengar pelbagai pandangan dan cadangan termasuk daripada Najib dengan tenang kerana pastinya beliau mahu masa depan BN terutama Umno terus cerah dan lebih menyinar di mata rakyat," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, drama politik negara belum berakhir dan sebarang tindakan sama ada Muhyiddin mahu meletak jawatan atau membubarkan Dewan Rakyat, pastinya akan didorong oleh keputusan yang diambil oleh BN dan Umno selepas ini.

sumber

Bukannya menjunjung Titah Ucapan Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong yang mahukan Ahli parlimen berhenti berpolitiking. 

Lebih teruk lagi rela menjadi kuda tunggangan Aljub. Cukup lah UMNO/BN dilacurkan..!

Siapa?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Jalan Penyelesaiannya? Dah Terang Lagi Bersuluh..!

 

Lama dah dulu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menyindir dan mengajar kita semua akibat dari salah memangkah melalui satira filem masyurnya Ali Baba dengan 40 orang penyamun.

Namun begitu lah dalam kehidupan ni, kalau tak buat silap bagaimana mahu mengenali kesalahan lalu belajar dan memperbaiki diri.

Mahu tak mahu kita kena terima hakikat bahawa kekalahan UMNO/BN di dalam PRU14 yang lalu sebenarnya cukup mengajar rakyat terutama orang Melayu/Islam akan pentingnya memegang tampuk kekuasaan seterusnya mengerti dan memahami akan maksud perjuangan mempertahankan kuasa yang di genggam.


Terlepas kuasa, maka terburailah rahsia dan terhumban lah maruah bangsa. Selainnya akan tergadai menurut yang ampunya kuasa dan berlaku mengikut keadaan serta masa.

Itu sebab Allah bersumpah dengan masa. Masa sememangnya amat berharga dan pasti akan meninggalkan mereka yang terlopong dan terdongak dongak dek kemaruk bermain dengan kuasa.

TakdirNYA, kuasa kerajaan ini dipulangkan semula kepada majoriti bangsa Melayu yang mengaku beragama. Soalnya apakah kuasa Melayu/Islam yang di laung laungkan kembali meraja di Putrajaya benar benar meletakkan kepentingan Agama, Bangsa & Negara agenda utama mereka?


Nasib lah negara masih mempunyai benteng kuasa dibawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Raja, kalau tidak? dah lama agaknya orang kita tukar bangsa, lebih malang kalau sanggup menukar agama.

Raja Raja dah menetapkan keputusan. Raja Raja dah memberikan arah tuju perjalanan. Kini, kembali semula kepada para pemimpin yang semuanya kalau di tanya pasti berkata - demi Agama, Bangsa dan Negara, apakah sanggup mengotakannya?

Sanggup kah mereka berjabat tangan dan berhenti dari terus merosakkan negara? Sanggup kah mereka duduk semeja, dengan kepala sejuk dan berlapang dada?

Adakah masih ada lagi di antara mereka yang meletakkan sumpah setia dihadapan dalam setiap kata dan tindakan? Apakah mereka semua masih mentaati setiap titah Duli Yang Maha Mulia Raja Raja?

Pastinya bukan semua, hanya beberapa kerat yang menjadi pemain utama yang perlu bertenang dan bermuhasabah diri, apakah perlu dibawa keamanan negara dan kemakmuran hidup rakyat ke dalam kantung serakah politik peribadi yang tidak pernah bertepi.

Rakyat sedang melihat kerenah kamu semua. Rakyat sedang menilai akan watak yang sedang kamu mainkan. Apakah masih lagi salah India dan Cina, kalau yang memegang watak utama tetap yang bernama Melayu yang menggila menjatuhkan bangsanya? Melayu yang sudi menjadi alat dan pekakas orang lain untuk memijak dan menjarah bangsa dan watannya sendiri.

Berunding lah, walau untuk seketika..! Berdamailah walau hanya sehingga sampai tempoh pilihanraya..! 

Utamakan lah rakyat dan negara barang sekejap masa. Kerana kalau kamu rasa hari ini kamu berkuasa, janji tuhan pasti akan tiba. Selama mana pun yang di atas tetap akan turun ke bawah bila sampai tiba masanya..!

Bila? Lu Fikir La Sendiri..!