Ahad, 22 November 2020

Dua Tu Haram ~ Tapi Yang Ni Anak Haram..!

 

Apa yang nak di pertikai lagi..! Isunya jelas bahawa kedua duanya haram..! harami..!

Patriot persoal mana lebih buruk, minum arak atau rasuah?

Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) akhirnya bersuara apabila kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyentuh isu arak bukan hal berkaitan menangani atau membanteras rasuah.

Presidennya, Datuk Mohamed Arshad Raji mempersoalkan adakah arak lebih buruk dari rasuah sehingga kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan membuat keputusan menghentikan lesen penjualan minuman keras itu mulai Oktober tahun depan?

Beliau turut menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary yang menyatakan kemungkinan kerajaan akan memperluaskan larangan penjualan arak di kedai runcit dan serbaneka di seluruh negara sebagai tidak masuk akal.

“Cuba beritahu kami mana lebih buruk, minum arak atau rasuah? Mana yang lebih merosakkan masyarakat dan negara kita? Keburukan mana yang paling menarik orang Melayu?

“Beritahu kami antara dua keburukan ini, mana harus diambil tindakan terlebih dulu, menentang larangan minuman keras atau menghapuskan rasuah dalam kalangan masyarakat Melayu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Tan Sri Annuar Musa mengenai Garis Panduan Baharu Lesen Minuman Keras (LMK) di Wilayah Persekutuan yang berkuat kuasa 1 Oktober tahun depan tidak ada kena mengena dengan soal agama mahupun kaum.

Sebaliknya, Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, pengenalan garis panduan itu semata-mata untuk mengawal penjualan minuman keras secara terbuka.

Sementara itu di Kota Bharu, Ahmad Marzuk dilaporkan berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan memperluaskan pengharaman jualan arak di kedai serbaneka dan kedai runcit di negeri, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Kalau makcik makcik ni masih hidup mahu di tembak nya atok jilake ni..! Bodoh macam lembu..!

Katanya, kerajaan menerima komen positif dari masyarakat merentasi kaum berhubung langkah itu yang dijangka dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula Oktober tahun depan.

Menurut Mohamed Arshad, tindakan kerajaan PN itu seperti cubaan campur tangan dalam urusan orang bukan Islam.

Jelas beliau, orang ramai, terutama bukan Islam sedang memerhati apa yang dinyatakan oleh pemimpin Pas sebelum ini.

“Orang bukan Islam sering diberi jaminan tidak akan dikenakan peraturan berkaitan dengan Islam dan urusan agama, termasuk isu Hudud.

“Orang bukan Islam diberitahu mereka boleh mengambil makanan tidak halal selagi agama mereka mengizinkan,” katanya. –sumber

Bukan semua benda nak di politikkan..! Kalau pun tak suka dengan kerajaan yang ada, namun menegakkan hukum dan membenteras kemungkaran kan antara amalan umat Islam..!

Dah susah nak beza benda haram dengan anak haram la macam ni.

Siapa? Lu Fikir La Sendiri..!

2 ulasan:

  1. Minggu terakhir Pakatan Nasional. Countdown begin...!!

    Just Kiss and Say Goodbye

    Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan di Dewan Rakyat pada 26 November ini.

    Ahli Parlimen Gua Musang itu memaklumkan demikian dalam satu kenyataan berbahasa Inggeris:

    “As the legitimacy of the government has not been decided yet am bound by my conscience on the oath I have taken and, therefore cannot participate in the debate on the budget.”

    Keputusan Ahli Dewan Rakyat yang paling lama berkhidmat di Parlimen itu bermakna kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan hilang satu undi untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.

    Belanjawan 2021 sebelum ini dikatakan akan ditolak selepas Barisan Nasional (BN) dan pembangkang mengemukakan beberapa tuntutan sebagai sokongan bersyarat kepada Belanjawan 2021.

    Antara tuntutannya ialah membenarkan pengeluaran simpanan sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pelanjutan moratorium pinjaman institusi kewangan, selain mempertikaikan cadangan mengembalikan semula Jabatan Hal Ehwal Khas Jasa (JASA) dengan peruntukan besar.

    PAPAN KERANDA SUDAH DI TEMPAH
    KAIN KAPAN SUDAH PUN DI BENTANG
    HANYA MENUNGGU KETIBAAN JENAZAH
    TALKIN DIBACA DI HARI BERSIDANG

    Semoga almarhum aman disana di sana di sanaa..

    Aminn.

    BalasPadam
  2. mana yg lebih buruk minum arak atau rasuah? yang lebih buruk adalah presiden patriot, hanya orang Islam tolol saja yang menyatakan sekatan itu tak masuk akal. dia ni boleh digandingkan atau menjadi suami seorang peguam betina yang senada dengannya.

    BalasPadam