Jumaat, 27 November 2020

Pecutan Pancutan..!


Kelulusan bajet 2021 di peringkat dasar sudah lulus, namun perjalanan untuk meluluskan bajet di peringkat Jawatankuasa yang bakal bermula pada Isnin 30 November sehingga 15 Disember 2020 selama 10 hari perbahasan merupakan jalan berliku yang belum tentu mudah dan kalau tidak di jalani dengan semangat kebersamaan di kalangan anggota PN mungkin ianya boleh membawa rebah.

Anwar sudah menetapkan sasaran, DAP menerusi Anthony Loke juga sudah menggambarkan perancangan, Ahli PKR yang lain juga di lihat tidak mahu ketinggalan. Ini kerja berjemaah yang bakal di lakukan untuk mempastikan bajet 2021 menemui kegagalan.


Semalam memang saat pemanas, sementara Isnin bermula untuk bergerak kemas. Sebagai contoh Kementerian Komunikasi & Multimedia yang menjaga JASA pasti akan ada undi belah bahagian untuk menolak bajet kementerian ini dari di luluskan.

Hakikatnya Anwar tidak mempunyai cukup bilang semalam. Kalau cukup pasti Anwar akan mengarahkan kuda belangnya bangun menentang. Sebagai contoh Abdullah Sani MP Kapar yang diawalnya berdiri ketika Mahfoz Bean mengusulkan belah bahagian kemudian duduk menyandar apabila diberikan arahan. Sebab apa? kerana sehingga semalam Anwar hanya mempunyai kekuatan 108. 

Kalau bangun melawan dan kalah maka terpaksa la Anwar  mengakui bahawa Muhyiddin mempunyai cukup bilang. Muhyiddin ada sokongan dan berhak ke atas kerajaan. Hilang la cerita kerajaan pintu belakang, ghaib la dongengan kerajaan tebuk lobang. Ini yang Anwar cuba elakkan.

Anwar dan kuda belang hanya memikirkan survival politik, tindakan tidak bangun untuk belah bahagian di kritik hebat oleh penyokong. Penentangan terhadap bejat mesti di usaha dan dilakukan. Bukan soal kepentingan rakyat, tahyul kalau kata demi negara, jauh sekali taat perintah Tuanku Al Sultan.


Makanya, jatuh bangun kerajaan PN ini atas kesatuan dan kerjasama erat antara parti gabungan. Kalau ada MP dari kalangan anggota PN yang hilang dari radar ianya merupakan titik hitam yang memungkinkan Muhyiddin padam dan PN jatuh tersembam.

Gua Musang dah menyatakan pendirian. Sementara Pekan masih lagi segan segan. 

Kalau di urut sekali imbas, semuanya berkaitan ketidakpuasan hati peribadi masing masing. Semuanya berkisar kepada sejauh mana masing masing boleh terus selamat dan berupaya untuk kembali duduk di singgahsana kuasa. 

Baik Anwar, Langkawi, Pekan mahu pun Gua Musang. Jauh dari itu ianya merupakan pecutan akhir masing masing untuk sampai ke puncak. Pecutan pancutan. Pecutan yang sama ada berair atau kering selama lamanya. Mereka lemas melihat Muhyiddin basah dan mendesah desah. Masakan Muhyiddin yang di bawah tiba tiba boleh terus memerintah?

Demi agama, bangsa dan negara???

Lu Fikir La Sendiri..!

7 ulasan:

  1. Paling penting belanjawan lulus. Hampir semua pembangkang telah menyokong belanjawan. Nak pinda peringkat jawatankuasa ke, nak potong ke, nak buang ke.. Tu semua tak penting bagi kerajaan PN. Kerajaan ni sah dan absah. Power.
    Tak timbul lagi selepas ni pembangkang dap pkr berucap kata kerajaan pintu belakang, tak sah tak dapat mandat.
    Sokongan ketua pmbngkang kpd kerajaan PN menunjukkan bahawa tindakan politik yg hebat dari tan sri muhyidin ,azmin adalah betul dibawah demokrasi. Azmin layak menerajui negara pd masa akan datang dengan seni politiknya. Tokoh ni mula mendapat sokongan kbali dari parti lamanya.

    BalasPadam
  2. Apa punya sial la. Menyosal undi PH. Jadi la pembangkang betul betul. Bukan pembangang. Dah sokong belanjawan sekarang masing masing pertahankan cakap tak sokong. Sekarang cakap apapun tak guno dah. Kasi la apa pun penjelasan. Cuma penyokong nak tahu satu:

    Berapa orang mp pembangkang yang tak sokong sebenarnya? Tolong ketua kasi jawab.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti anwar jawab dengan hanya dengar bunyi suara sahaja kami dah tahu berapa mp ph tak sokong. I got a numbers. Kahkahkahkah

      Padam
  3. BUKTI MAHATHIR KHIANAT PADA PH? LIHAT GERAKKERJANYA SELAMA 22 BULAN....

    1. Mula-mula PH menang langkah pertama Tun M bawa masuk musuh-musuh PH didalam Bersatu seperti Hamzah Zainudin, Mustafa Mohamad, Mas Ermiyati, Shabudin Yahaya dll, tanpa restu PH.
    2. Tun M membuat temu janji dengan pemimpin pemimpin musuh PH seperti Ustaz Hadi, Zahid Hamidi, Mohd Hasan dll beberapa kali.
    3. Membiarkan Azmin dan Hisamuddin membuat percaturan secara rahsia dengan MP-MP Pembangkang.
    4. Tun M juga menganjurkan perhimpunan denang pemimpin pembangkang kononnya atas semangat Maufakat Melayu di Universiti Malaya.
    5. Sebelum langkah Sheraton Tun M telah bertemu dengan semua pemimpin tertinggi PN.

    https://klbroadcastmedia.wordpress.com/2018/04/15/video-borang-ppbm-dilempar-281-bekas-ahli-sertai-umno/

    6. Tun M letak jawatan tanpa berbincang sepatah pun dengan Majlis President PH.
    Berdasar kepada 6 fakta itu bolehkah pemimpin² PH berbaik sangka lagi dg Tun M sedangkan PH telah pun memberi peluang dan ruang selama 22 bulan utk memimpin negara.

    https://klbroadcastmedia.wordpress.com/2018/04/12/video-tun-m-buat-tuduhan-palsu-gaum-lapor-polis/

    otai re4maC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegi mampos la atok ke 22 bulan ke.
      Akhirnya anuwar bekas banduan akur dan akui bahawa tindakan azmin mengangkat kerajaan PN dengan sokongan mp umno adalah utk mmerintah adalah betul. Akhirnya PH akur dan mengabsahkan kerajaan tsmy dan langkah sheraton bukan kerajaan pintu belakang. Malah PH sendiri turut sama membantu MN dan PN utk meneruskan kerajaan sehingga 2023. Sebab PH tak mampu sediakan belanjawan dibawah ketua pembangkang. Inilah hebatnya skill politik telus dsazmin. Bijak menjangkakan pkr akan pincang tanpa azmin dan kumpulannya. Hidup PN!

      Padam
    2. Tanpa atok, pkr dan ph tidak mampu menang pru. Tanpa dseri azmin pkr terus lumpuh hilang pedoman tak tau membawa arah parti. Anwar terpaksa patuh belanjawan dan bersama umno untuk bangkit.

      Padam
  4. Fitnah Jijik adalah Musuh No 1 Negara dan jangan jolok sarang tebuan. Siapa lebih hormat Raja Raja Melayu Tun atau Anwar..!?

    Ini Fakta Kisah prebet Adam dan prinsip "rules of law" di zaman Tun

    Terdapat juga fitnah-fitnah "rules of law" yang telah disuap kepada rakyat supaya dapat memberi justifikasi kepada tindakan Mahathir ketika itu.

    Contohnya kisah Prebet Adam yang memberi gambaran bahawa raja zalim harus ditentang.

    Kononnya Mahathir telah berkongsi satu peringatan kepada raja-raja bahawa mereka tidak akan terkecuali daripada pelaksanaan undang2 melalui blog bertajuk “rule of law” yang secara jelas, berat dengan ugutan terhadap raja-raja.

    Ayat gempak adalah makanan Tun bila dah ada kuasa suma kata kata jadi sampah semua. Ayat acah acah power menyebabkan walaun terkinja kinja.

    Kisah Prebet Adam Jaafar yang memberi gambaran raja zalim harus ditentang. Media melaporkan kononnya Prebet Adam mengamuk apabila mendapat tahu adiknya dibunuh Sultan Johor.

    Sedangkan Prebet Adam tiada adik lelaki dan hanya ada adik perempuan yang meninggal dunia dalam kebakaran rumah ketika berumur 2 tahun. Fitnah jijik link di bawah ini haah..

    https://lobakmerah.com/keluarga-prebet-adam-nafi-adik-dibunuh-almarhum-sultan-tak-mahu-tmj-terus-difitnah/

    Insiden ‘Prebet Adam’ kira-kira 30 tahun lalu untuk mengaibkan Sultan Johor ketika itu, Sultan Iskandar dan seterusnya menarik balik keistimewaan raja-raja Melayu.

    Hakikat sebenar telah dijelaskan sendiri oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan keluarga Adam yang tindakan tersebut tiada kaitan dengan kematian adik kepada Adam. (bukak bijik mato link bwh ni haahh.)

    https://m.facebook.com/GegarRakyat/posts/2132398220327902

    Di mana prinsip 'rule of law' si kuda kayu .!?

    Contohnya, di manakah prinsip ‘rule of law’ dalam kes rasuah Lim Guan Eng? Kes yang ternyata jelas wujud elemen salah laku telah digugurkan oleh Peguam Negara Tommy Thomas yang dipilih oleh Mahathir.

    Kes tersebut sepatutnya diteruskan agar Lim Guan Eng dapat bersihkan nama beliau jika tidak bersalah bukan diselamatkan dengan cara mudah melalui pengguguran kes.

    Di mana "rules of law" dan "separation of power" yang diucapkan Tun dalam Bajet 2020 minggu lepas.

    ICERD :

    Mahathir bagaikan tidak belajar daripada protes ICERD. "Malaysia meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)", kata Tun Dr Mahathir Mohamad semasa jadi PM kali ke 2.

    Akhirnya Malaysia menarik diri daripada meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas PH ditumbangkan.

    Selepas PH dihumban ke longkang Timbalan Menteri Luar Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, ia sekali gus kerajaan pimpinan "Perikatan Nasional" (PN) mengekalkan keputusan terbaru iaitu menarik diri meratifikasi Statut Rom ICC yang dibuat oleh kerajaan haprak Tun Mahathir Pakatan Harapan (PH) dahulu.

    Kerajaan haprak PH dibawah Tun Mahathir secara senyap cuba menyertai Statut Rom pada 4 Mac 2019 Konvension ICERD.

    SEKURANG KURANGNYA ANWAR PATUH PADA RAJA RAJA MELAYU BUKAN SEPERTI MAHATHIR GUNTING DALAM LIPATAN BILA BERHADAPAN ISU RAJA MELAYU

    Sidang Bajet 2020 minggu ini. Anthony Loke Siew Fook, Ketua Parlimen DAP berkata "Kalau PH tolak Rang Undang-undang itu, Anwar akan dituduh ingkar nasihat Yang di-Pertuan Agong".

    “Faktor mematuhi nasihat Yang di-Pertuan Agong ini cukup menarik. Andainya betul Anwar telah mempersembahkan bukti 128 SD (Akuan Bersumpah) menyokong beliau, maka tindak balas Seri Paduka Baginda adalah penentu masa depan Ketua Pembangkang itu,” kata Anthony Loke dalam satu hantaran Facebook hari ini.

    https://www.malaysianow.com/berita/2020/11/09/ph-tak-sokong-belanjawan-2021-kecuali-tuntutan-dipenuhi-kata-anwar/

    Anwar perlu berhati-hati agar tindakannya tidak menimbulkan kemurkaan Baginda. Siapa lebih hormat YD Agung Tun atau Anwar?

    Peringatan kepada pemimpin sang fitnah sang penipu dan si pembohong, Fitnah musuh No 1 negara ini dan jangan jolok sarang tebuan ..!!

    BalasPadam