Rabu, 2 Disember 2020

Akal Budi & Telur Pun Kena Dominan Bro..!



Siapa pun tahu bahawa UMNO memang sebuah parti dominan dalam negara. Malah kerana dominasi UMNO lah maka terbentuk  Perikatan atau Kapal Layar bersama sama MCA dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara 63 tahun yang lalu.

Malah atas dominasi UMNO dalam gabungan Kapal Layar mahupun Barisan Nasional selepas 1974 terus memperkukuh semangat muhibbah didalam perkongsian kuasa bersama rakan rakan komponen yang lain.

Makanya apabila Ketua Penerangan UMNO, Sdr Shahril Hamdan menggesa agar UMNO tetap dominan di dalam persada politik tanahair ianya hadir dengan dua keadaan. Pro dan kontra.

Pro kerana UMNO memang dominan jika di ukur dari segi size keahlian dan juga geografi cawangannya di seluruh negara. Malah memang UMNO dan BN dominan jika di ukur dari jumlah kerusi yang di menangi.

Namun kontranya, atas segala kekuatan yang UMNO miliki ia telah kehilangan sokongan bagi membentuk kerajaan. Bukan sahaja  jumlah peratus undi yang diterima menurun di dalam PRU yang lalu malah UMNO juga telah kehilangan jumlah kerusi yang seharusnya ia menangi. Mungkin akan ada yang menepuk nepuk meja mengatakan sekiranya lompatan demi lompatan tidak berlaku ia membuktikan bahawa UMNO tetap dominan. Ada benarnya.., namun hakikatnya dalam bahasa mudah UMNO kalah. UMNO tidak memegang kuasa. UMNO terpuruk tidak memerintah.

Dalam suasana politik mutakhir ini, apakah UMNO masih lagi kekal dominan? Apakah kuasa Perdana Menteri yang terlepas ke tangan orang lain masih lagi di katakan UMNO dominan? Di Perak negeri Presiden parti bersama panglima berantainya tapi parti bunga yang hanya memiliki 1 kerusi sebagai MB boleh lagi UMNO mendabik dada bahawa ia masih dominan?

Persiapan pilihan raya umum antara topik perbincangan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang diadakan hari ini.-Gambar FB Muhyiddin Yassin.

PAS, yang dikatakan sahabat baik dalam senang dan susah lalu terbentuk la MN. UMNO mengira ngira la dengan PAS bahawa akan membolot 129 kerusi Parlimen di dalam PRU15 yang akan datang dengan kekuatan ahli serta pengundi dari kedua dua parti. Namun hari ini...apakah gambar di atas membuktikan bahawa UMNO masih tetap dominan?

Ya. UMNO masih dominan dan tetap dominan jika... Jika UMNO boleh mengenepikan semua pemimpin yang membawa masaalah kepada parti.

Bagaimana orang seperti Shahril, Fuad, Jazlan dan ramai lagi yang kalah berpuluh dan berbelas ribu undi boleh di benarkan bercakap bagi pihak UMNO. Bagaimana UMNO masih bergayut dengan sesetengah Ketua Bahagian yang terus menerus menongkat langit seolah olah jawatan tersebut merupakan warisan yang mesti dia  bolot selama ini. Malangnya mereka masih di berikan tempat dan menjadi rujukan oleh sesetengah puak di dalam UMNO untuk menggerakkan parti. Walhal bertanding PRU tak pernah menang walau sekali. Tapi bila diberi kepada calon lain, siang siang dah tahu kalah dek kerana hasad dan dengki.

UMNO yang lemah di peringkat kepimpinan sedang cuba dilemah dan di rosak kan di peringkat akar umbi. Akar umbi UMNO masih kekal kuat dan sentiasa bersemangat. Malangnya sesetengah pemimpin mengambil peluang demi kelangsungan politik peribadi untuk terus menunggang parti. Sesungguhnya ahli dan rakyat bertambah meluat dan semakin benci. 

Dominan dari segi bilangan kerusi tapi semakin mengecil dari sudut sokongan undi. Dominan apa lagi?

Cukuplah mendewa dewakan pemimpin yang jelas salah dan telah membawa UMNO ke lembah kehinaan. Jangan di biar UMNO terus rosak dengan terus membariskan mereka yang bermasaalah menghinggapi parti yang amat berjasa selama ini.

PAS dan Bunga sebenarnya segan dengan UMNO tapi apabila melihat kepimpinan yang mewakili UMNO langsung hilang hormat malah menafikan UMNO untuk terus berada sebaris dengan mereka.

Nak berada sebaris pun mereka tak benarkan jauh sekali lah nak membenarkan pemimpin UMNO ke hadapan.

Ahli UMNO kena terima hakikat bahawa keadaan politik berbeza, pendekatan juga mesti berbeza, Takkan la tak belajar lagi bagaimana bunga yang minoriti boleh memegang kuasa. Politik kena berseni. Dalam politik, tiada musuh sepanjang zaman, tiada kawan sepanjang hayat. Kepala kena ligat demi kelangsungan perjuangan parti bukan peribadi.

Cerdik dan jangan emosi, kalau kita betul orang parti, kalau kita betul taat dan setia kepada perjuangan parti, kita kena buat keputusan. Keputusan yang paling utama ialah buang segala penyakit yang menghinggapi parti.

Beritahu akar umbi bahawa UMNO sudah bersih dan suci. Beritahu rakyat bahawa UMNO sudah berubah dan sedang mengatur strategi, beritahu dunia bahawa UMNO cukup bersedia untuk kembali berkuasa. Beritahu ahli bahawa kita bukan tak sayang Ceaser tapi kita sayang Rome lebih dari Ceaser.

Faham??? Lu Fikir La Sendiri..!

13 ulasan:

  1. Dominan maknanya parti yg menang byk kerusi....
    Kenapa susah sgt nk faham...
    Kalau kita lihat keputusan pru14, parti dominan ialah Umno dan BN. Tapi PH berjaya memerintah sbb parti yg tak dominan bergabung sesama mereka membentuk PH...

    Bersatu dpt jadi PM sbb parti2 lain dah kena tipu dgn madey...

    Bila bersatu keluar dari PH dan madey letak jawatan, masa tu ada krisis kepimpinan negara...
    Tak ada sesiapa yg ada majoriti untuk jadi PM...

    Masa tu dgn muka tak malu, bersatu berharap dgn umno dan pas serta gbs untuk jadi PM...

    Bila dh jadi PM, berlakulah adil.
    Mn parti yg terbyk dlm kerajaan hari ni kenalah diberi jawatan yg sesuai.
    Jgn bolot semua yg penting2...
    Yg paling penting jgn jadi PH2.0..

    Umno/BN telah dapat kembalikan kekuatan bersama pas dlm MN...sbb tu 5 prk sblm PH tumbang, BN menang selesa...Bersatu pun kalah 2 prk..

    Apa pun, yg penting adil dan jgn ambil kesempatan....

    Bersatu pun kalau diikutkan memang tak perlu wujud pun...
    Parti yg menang dan berkuasa atas ehsan...
    Bila tak ada kuasa nanti, percayalah..ianya akan mati secara perlahan lahan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buang dulu penyamun perasuah baru cerita dominan.

      Padam
    2. Mantap!!! Tepat & Fakta. Sokong 100%

      Padam
  2. DOMINAN, KORUP, JUAL AGAMA. MELAYU hampeh.

    BalasPadam
  3. Antara Bajet 2021, Kampung Kastam Bossku vs Kg Buah Pala Bang Non di Pulau Pinang. Jangan kata kami tak payong..!!

    Kg Kastam di Pulau Pinang Datuk Seri Najib Tun Razak tetap berusaha menunaikan janji yang telah dibuat.

    Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dia tetap ingat janji-janji yang diikrarkan kepada rakyat ketika menjawat jawatan perdana menteri sebelum inii. Dan selepas tidak lagi mempunyai kuasa sebagai perdana menteri, beliau tetap berusaha bersuara agar apa yang dijanjikan dapat ditunaikan kepada rakyat.

    Antara janjinya termasuk kepada 15 keluarga Kampung Kastam, Pulau Pinang yang diancam pengusiran daripada pihak pemaju.

    “Saya pernah memberi jaminan bahawa kebajikan dan keperluan setiap ahli keluarga Kg Kastam akan dipenuhi dan terjamin. Saya tidak lupa. Saya cuba berusaha.

    “Alhamdulillah, dapat juga hari ini. Saya serahkan cek pampasan berjumlah RM70,000 kepada setiap 15 keluarga Kg Kastam. Semoga dapat dimanfaatkan dengan baik oleh para penduduk. Najib janji, Najib akan tepati janji,” kata Bossku.

    Kampung Buah Pala - Aljub buat apa..!?

    Kg Buah Pala Anwar Ibrahim kata berikan saya 2 minggu, bukan 2 bolan atau 2 tahun, saya janji dalam masa 2 minggu masalah penduduk Kg Pala selesai.

    link video bawah ni haah tonton dan hadam

    https://youtu.be/FcN6XMU8UGw

    Terkini...

    Antara belanjawan yang telah diluluskan melalui cara undi bekah bahagi setakat ini ialah:-

    1 – Jabatan Perdana Menteri, Disokong oleh 105 dan ditolak oleh 95 Ahli Parlimen
    2 – Kementerian Kewangan, Disokong oleh 106 dan ditolak oleh 95 Ahli Parlimen
    3 – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, 108 menyokong, 95 menolak

    Belanjawan diluluskan melalui cara undi suara pula ialah:
    1 – Kementerian Luar
    2 – Kementerian Perpaduan
    3 – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
    4 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar

    No wonder Bajet 2021 PN(7) vs PH(0) tak ada bilangan asyik menipu membohong tak abis abis..!!

    Dari dolu lagi dah pesan jangan lantik pemimpin utara jadi PM... hampehh


    lu fikir lah sendiri

    BalasPadam
  4. Tiga parti Melayu dalam kerajaan akan menjadi masaalah besar di kemudian hari kerana meraka akan saling bercakaran merebut pengaruh.Jika terpaksa dua parti pun dah kira okey...mengambil kira catatan sejarah penunubuhan kerajaan BN tahun 1974 di mana Pas berada di dalam nya.

    Walaupun akhirnya PAS terkeluar dari BN tapi itu adalah formula terbaik setakat ini.Jadi satu parti harus ditamatkan riwayat.Riwayat parti mana kah yang harus ditamatkan.Adakah parti PAS atau parti Umno atau parti BERSATU.Umno dan PAS parti yang mempunyai tunjang dan kuat di akar umbi.Sedang BERSATU hanya ibarat kiambang di air tenang.Ahli dan jentera pun amat lah ciput.

    Jika salah satu PAS dan BN berada diluar gabungan ini sudah tentu akan memberi masaalah.Silap-silap hari dan bulan keputusan PRU 15 tidak akan kemana di mana kekecuhan seperti ini pasti akan berulang atau yang lebih parah Pakatan Hancing akan kembali menguasai Puterajaya.

    Mahu tidak mahu penyelesaian nya hanya PAS dan BN yang mesti bergabung tinggalkan lah BERSATU jika mereka tidak mahu membubarkan parti mereka kerana hanya BN dan PAS yang boleh menyelesaikan kekusutan ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas dan BN? Pas hanya ada MN. Mca +mic tak join MN. Ko nak kata BN sekarang ada pas? Otak letak mana

      Padam
    2. Mantap!!! Tepat & Fakta. Sokong 100%. MN = Umno & Pas, BN = MN & Mca + Mic + whatever la

      Padam
  5. MN=Umno+PAS,BN=Umno+MCA+MIC+whatever.Oleh itu BN+PAS atau MN+BN adalah paling mantap=kerajaan 2/3 majority=Kerajaan stabil...insyaAllah

    BalasPadam
  6. Pas ni pun satu hal suka sangat membela parti serpihan.Pas tak pernah belajar dari sejarah apabila dia bermati-matian membela dan menyokong PKR sehingga PKR menjadi kuat.Kalau tidak kerana Pas mungkin PKR sudah tidak wujud dalam persada politik Malaysia.

    Tapi apa balasan PKR kepada Pas.Apa kah Pas dilayan sama seperti PKR melayan DAP ketika masih dalam gabungan.Akhir nya Pas terpelanting dari Pakatan Rakyat.

    Hari ini Pas nampak nya mengulangi sejarah apabila mula membelai dan membajai satu lagi parti serpihan iaitu parti BERSATU.Apa kah Pas tidak belajar dari sejarah yang baru berlalu.

    Sedangkan sejarah perbalahan dia dengan Umno sangatlah panjang dan penuh dengan permusuhan.Bila satu saat tanpa dijangka tiba-tiba bersua dititik pertemuan yang penuh dramatik tanpa dijangka hari ini Pas boleh berubah sekali lagi.Hari ini seolah-olah Pas akan meninggalkan Umno untuk bersama PERIBUMI BERSATU.

    Peristiwa perdamaian yang berlinangan air mata antara kedua penyokong yang menjadi peristiwa pecah panggung begitu mudah dilupakan oleh kepimpnan Pas hanya kerana nak bela parti serpihan.Pelik sungguh Pas ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sukak hati la pas nk belai sapa. Cemburu ke.kihkihkih

      Padam
  7. Pecat CEO KWSP yang ada hubungan rapat dengan Daim. CEO KWSP mula nak i-Sinar di tukar pada 'i-kencing'

    Susulan pengumuman perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar, bekas perdana menteri Najib Razak menerusi Facebooknya mempersoalkan masih menunggu kenyataan sahih daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kementerian Kewangan mengenai perkara itu.

    Dalam hantaran di Facebook hari ini, beliau menulis ringkas dengan menyatakan masih menunggu perincian terbaru i-Sinar KWSP dan berharap penantian itu tidak berakhir kekecewaan.

    “Masih i-tunggu untuk perincian terbaru i-sinar KWSP. Harap-harap tak bertukar menjadi i-kecewa atau i-kencing nanti”

    Pecat now

    BalasPadam
  8. Orang parti munge tentu suka dok atas tengkok Pas kerana mereka tidak ada jentera.Tukang pacak bendera pun takdak.Jika ada pru jentera Pas lah nanti yang jadi tukang pacak nya.Itu lah nasib kerajaan pengkhianat,kerajaan tebuk atap.....nak kemana agak nya selepas ini.

    BalasPadam