Memaparkan catatan dengan label 1mdb mahkamah najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1mdb mahkamah najib jahanam. Papar semua catatan

Rabu, 2 November 2016

1MDB ~ Perjalanan Kes Mahkamah Di Singapura..!


Negara yang menjaga kedaualatan undang undang tidak akan membenarkan penyelewengan dan rompakan bermaharajalela tanpa sebarang tindakan..!

Bekas pegawai bank BSI temankan Jho Low ke Las Vegas

Bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei meneman ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Jho Low menaiki jet peribadi dalam lawatan kerja, Mahkamah Singapura dimaklumkan.
Menurut Straits Times, bekas penyelia Yeo Kevin Swampillai mendedahkan Yeo menghadiri perlawanan tinju di Las Vegas dengan Low tahun lepas dengan bekas pegawai bank itu dikatakan ber'selfie' bersama bekas juara heavyweight Mike Tyson.
Swampillai yang merupakan warganegara Malaysia memperinci hubungan kerja yang erat antara Yeo dan Low.
Ketika memberi keterangan pada hari kedua perbicaraan berkaitan 1MDB, beliau berkata Yeo, 33, meninggalkan BSI Bank pada tahun 2014 selepas Low menyatakan 'berminat dalam mengambilnya atas keupayaan tertentu'.
Tambah beliau, Yeo yang merupakan rakyat Singapura menganggap ia sebagai peluang yang lebih baik oleh kerana Low 'sentiasa menjadi bahan berita, mempunyai status yang seakan-akan selebriti...dan terlibat dalam urusniaga pelaburan besar di seluruh dunia'.
Pihak pendakwa menimbulkan aspek hubungan erat antara Yeo dan Low sebagai salah satu sebab Yeo cuba untuk memesong keadilan dalam empat pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau.
Tujuh tuduhan lain melibatkan penipuan, pengubahan wang haram dan pemalsuan telah ditetapkan untuk perbicaraan pada tahun depan.
Bekas perancang kewangan BSI itu dituduh mempermudahkan urus niaga haram melibatkan 1MDB yang menjurus kepada penutupan BSI Bank di Singapura.
Sementara itu, Swampillai turut menambah, pendekatan yang diambil untuk menyembunyikan AS$5 juta (S$6.9 juta) dalam bentuk yuran rujukan yang diterima daripada 'melaksanakan pelbagai struktur' dan 'menjalankan urusniaga kewangan' bagi pihak pelanggan BSI.
Ujarnya lagi, idea untuk mendapatkan komisen itu muncul ketika kedua-dua mereka berada dalam perjalanan ke Labuan pada tahun 2012.

Sehari sebelum itu..

Bekas pegawai bank yang berkait rapat dengan 1MDB, Yeo Jiawei telah mengaut sejumlah S$26 juta atau RM78 juta pada usia 32, menurut laporan Straits Times Singapura.
Hal tersebut dimaklumkan kepada Mahkamah Singapura dengan bekas kakitangan BSI Bank itu didakwa atas empat pertuduhan antaranya pengubahan wang haram, pemalsuan dan penipuan.
Bekas penyelia Yeo, Kevin Swampillai memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut sebagai saksi.
Swampillai mengakui, beliau juga menjana sejumlah S$6.95 juta atau RM21 juta dalam 'keuntungan rahsia' dengan 'melaksanakan pelbagai struktur dan menjalankan urusan kewangan' untuk sekumpulan pelanggan BSI.
Beliau kini menganggur setelah BSI Bank bertindak menggantung pekerjaannya.
Swampillai memberi keterangan tentang bagaimana Yeo bersama-samanya bekerja dengan pihak pengantara untuk menjana 'untung rahsia'.
Tambah beliau, antara punca komisen rahsia tersebut adalah Bridge Partners Management International yang turut mengendalikan 'unit dana' 1MDB.
Satu lagi sumber komisen yang lain, jelas Swampillai, adalah kumpulan wang yang dinamakan Devonshire.

Menurut Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, Devonshire Capital Growth Fund adalah salah satu daripada tiga dana yang digunakan untuk mengalihkan dana AS$1.59 bilion dari 1MDB Global Investment Limited kepada Tanore Finance.
Beliau juga memberi keterangan bahawa Yeo telah meninggalkan BSI Bank pada tahun 2014 untuk bekerja dengan ahli perniagaan Malaysia bernama Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low.
Kertas takkan boleh membungkus api..! Itu baru permulaan, babak awal..! Kesannya sudah pun negara rasai apabila..

Duit SRC 'tersangkut' di Bank BSI, kata menteri

Wang pelaburan syarikat Kementerian Kewangan SRC International tidak dapat dikeluarkan dari Bank BSI selepas bank Switzerland itu berdepan siasatan berkaitan 1MDB, kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.
“Kebanyakan wangnya yang dilabur, mereka letak di Bank BSI.

“Oleh kerana Bank BSI sedang disiasat, saya diberitahu oleh pengurusan SRC bahawa wang itu berada di BSI Bank tetapi dibeku dan oleh itu mereka tidak dapat ambil balik.

“Tetapi saya tidak dapat beri kamu perincian lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama dalam Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas soalan berkaitan rancangan SRC untuk membayar faedah tahunan kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

SRC meminjam RM4 bilion daripada tabung itu.

Johari berkata mereka mempunyai rancangan untuk membayar faedah itu tetapi enggan mendedahkan maklumat lanjut.
SRC RM164 juta membayar faedah tahunan kepada KWAP tetapi jumlah itu dianggarkan akan meningkat kepada RM660 juga tahun depan, untuk melangsaikan pinjaman pokok.

BSI setakat ini berdepan prosiding jenayah, antaranya susulan kegagalan mematuhi peraturan antipengubahan wang haram dalam menguruskan transaksi berkaitan 1MDB.
Ia disiasat oleh pihak berkuasa Singapura dan Switzerland.

Mei lalu, Singapura juga mengarahkan BSI di kota itu ditutup.

Pihak berkuasa Switzerland, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) juga mengarahkan tindakan sama, dengan meluluskan pengambilalihan penuh BSI oleh EFG International.

Ini dilakukan dengan syarat BSI dibubarkan dalam tempoh 12 bulan melalui penyerapan dalam EFG International.
Tersangkut??? kenapa tersangkut??? Apa sebab duit rakyat dan negara boleh tersangkut pula?
Kalau benar bertanggungjawab kenapa pihak AG negara ni tak menghantar pasukan siasatan untuk bersama sama pihak berkuasa Singapura dan Switzerland menyelesaikan punca sangkut?
Kenapa pihak AG, Bank Negara, SPRM dan PDRM tidak berunding dan berbincang serta bekerjasama dengan DoJ untuk memastikan setiap sen harta dan hak rakyat negara ini selamat dan berjaya dibawa kembali?
Kenapa???
Lu Fikir La Sendiri!!!