Memaparkan catatan dengan label 1mdb parlimen najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1mdb parlimen najib jahanam. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Oktober 2016

Tutup Ajer La Parlimen..!


Apa nak jadi dengan pentadbiran negara ni?

Isu yang menjadi sebutan satu alam..! Satu dunia mengeji kepimpinan negara kerananya..! Siasatan dan hukuman berjalan di luar negara..! 


Tapi Parlimen kita...



Bekas anggota Kabinet yang terlibat dalam perbahasan Bajet 2017 mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Pasal apa yang saya dengar kelmarin, keputusan kabinet konon tidak dilaksanakan. Itu adalah informasi dalam kabinet," kata Pandikar pada sidang akhbar di bilik resepsi parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ucapan-ucapan oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal telah melanggar mana-mana peraturan dewan.
Ini kerana ketiga-tiga ucapan mereka menyentuh mengenai dakwaan skandal 1MDB.
Rahsia apa lagi? dah jelas telanjang bogel dan memalukan..! Terbukti dan berdokumen..! 
Apakah membongkar jenayah dan menegakkan kebenaran telah menjadi kesalahan di dalam negara?
Apakah membela hak rakyat dan negara sudah menjadi jenayah didalam negara?
Apakah mendesak agar kemuliaan undang undang tertegak dengan mempertahankan hak rakyat dan kedaulatan negara dari dirompak sudah menjadi kesalahan dan berdosa?
Kenapa tidak bertindak atas kesalahan yang dilaporkan berbanding cara laporan itu disampaikan?
Apakah 1MDB dan sekutunya terlalu suci untuk dipertahankan sedemikian rupa? Apakah 1MDB berada diatas Perlembagaan?
Nampaknya 1MDB seakan sudah menjadi lembu suci..! sudah menjadi taruhan penting lagi utama kepimpinan untuk terus kekal berkuasa..!
Soalnya..kenapa tidak dihujah, ditentang dan dibawa ke pengadilan segala tuduhan yang diperkatakan oleh dunia?
Kenapa berlindung disebalik kuasa yang sementara?
Parlimen ialah Dewan yang mulia yang mewakili suara rakyat untuk kepentingan negara..! Itu sebab Ahli Dewan mempunyai imunitit untuk berhujah dan menyuarakannya..!

Kalau kepentingan rakyat dan negara sudah tidak boleh disuara dan menjadi kesalahan untuk membahaskannya..! Parlimen dah jadi Dewan apa?

Lu Fikir La Sendiri!!!