Memaparkan catatan dengan label KORPORAT KASTAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KORPORAT KASTAM. Papar semua catatan

Rabu, 29 Januari 2014

HOT ~ Kastam Menunggu Giliran..!


Idea siapa pulak tetiba Kastam nak di korporatkan..! dikorporat atau nak dikeparat kan oleh para punahsihat@punaisihat..!

Takde angin takde ribut…tetiba ajer pengumuman dibuat…

"Kajian menyeluruh akan dibuat selama tiga hingga empat bulan untuk melihat sama ada pengkorporatan itu dapat dilaksanakan atau tidak," katanya.

Kajian itu, katanya, akan turut meliputi pelbagai perkara termasuk isu kelayakan dan perjawatan anggota dan pegawai di dalam KDRM.

Najib berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-32 di Dewan Sultan Iskandar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini Ahad.

Kenapa pengumuman ini dibuat pun rakyat sudah boleh menjangkakan..! para konSETAN yang dah melaba berbilion ringgit selama 4 tahun ini nampaknya sudah tidak akan mampu bersabar dengan Jabatan yang berjaya mengutip hasil RM33.12 Bilion tahun lalu. Tahun ini Jabatan Kastan Diraja Malaysia ini mensasarkan kutipan cukai sebanyak RM36 Bilion.

Bilion bilion tu..! hasil bertambah..! GST akan diperkenalkan..! tentu ada penyamun yang sudah menyediakan kertas kerja yang bakal memaksa kerajaan menerima cadangan mereka.! 

Setelah dikoporatkan tentu terbuka dan terkangkang la Jabatan berjasa ini..! rasanya perkataan Diraja juga akan diterajang keluar..! penjenamaan baru beb..! mesti logo baru akan diperkenalkan..! liberal mana main raja raja ni bro..!


Pihak KSN dan JPA perlu bertegas dalam isu ini..! banyak maklumat yang diterima meragui cadangan ini..! anggota Kastam sendiri dikatakan tidak mahu keterbukaan yang mengundang orang luar masuk mengambil jawatan penting didalam agensi ini…!

Jangan hanya kerana mahu menjaga perut dan tembolok para konSETAN kerajaan akan bertambah kehilangan sokongan dari kakitangan mereka sendiri seperti mana di Kementerian Pendidikan sekarang ini..!

Akhirnya sokongan hilang, orang lain yang kenyang..! yang kebulur dan menderita???

Lu Fikir La Sendiri!!!