Rabu, 29 Januari 2014

HOT ~ Kastam Menunggu Giliran..!


Idea siapa pulak tetiba Kastam nak di korporatkan..! dikorporat atau nak dikeparat kan oleh para punahsihat@punaisihat..!

Takde angin takde ribut…tetiba ajer pengumuman dibuat…

"Kajian menyeluruh akan dibuat selama tiga hingga empat bulan untuk melihat sama ada pengkorporatan itu dapat dilaksanakan atau tidak," katanya.

Kajian itu, katanya, akan turut meliputi pelbagai perkara termasuk isu kelayakan dan perjawatan anggota dan pegawai di dalam KDRM.

Najib berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-32 di Dewan Sultan Iskandar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini Ahad.

Kenapa pengumuman ini dibuat pun rakyat sudah boleh menjangkakan..! para konSETAN yang dah melaba berbilion ringgit selama 4 tahun ini nampaknya sudah tidak akan mampu bersabar dengan Jabatan yang berjaya mengutip hasil RM33.12 Bilion tahun lalu. Tahun ini Jabatan Kastan Diraja Malaysia ini mensasarkan kutipan cukai sebanyak RM36 Bilion.

Bilion bilion tu..! hasil bertambah..! GST akan diperkenalkan..! tentu ada penyamun yang sudah menyediakan kertas kerja yang bakal memaksa kerajaan menerima cadangan mereka.! 

Setelah dikoporatkan tentu terbuka dan terkangkang la Jabatan berjasa ini..! rasanya perkataan Diraja juga akan diterajang keluar..! penjenamaan baru beb..! mesti logo baru akan diperkenalkan..! liberal mana main raja raja ni bro..!


Pihak KSN dan JPA perlu bertegas dalam isu ini..! banyak maklumat yang diterima meragui cadangan ini..! anggota Kastam sendiri dikatakan tidak mahu keterbukaan yang mengundang orang luar masuk mengambil jawatan penting didalam agensi ini…!

Jangan hanya kerana mahu menjaga perut dan tembolok para konSETAN kerajaan akan bertambah kehilangan sokongan dari kakitangan mereka sendiri seperti mana di Kementerian Pendidikan sekarang ini..!

Akhirnya sokongan hilang, orang lain yang kenyang..! yang kebulur dan menderita???

Lu Fikir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. ini semua terjadi bila Al Quran tidak dijadikan panduan, sebaliknya idea2 kafir tu yang diterima. Pemimpin yang jahil dan bodoh memang akan tunduk kepada tekanan kafir. Bila Najib nak berhenti ikut cakap punahsihat? . Punaisihat Selangor dan letak jwtnnya terus nak umum jadi MB. Najib bila lagi nak tukar atau singkir situkang musnah tu

    BalasPadam
  2. Kenapa la korang ni bodoh... KASTAM akan di LEMBAGAKAN mcm LHDN untuk jadi lebih efisien.. kalau takde ilmu jgn bersuara..

    BalasPadam
  3. Ada beza Lembaga dengan Korporat... Lembaga macam LHDN masih dalam kawalan Kerajaan... yang dok kata buruk tu otak berkarat lagi keparat !

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..dengki lebih tu..cba dia tu anggota kastam syaplah mlut nya

      Padam
  4. Tidak ada justifkasi dan keperluan untuk korporatkan Jabatan Kastam (JK). Sebagai rakyat jangan buat sesuatu untuk memuaskan nafsu golongan tertentu. Dengan pelaksanaan GSTtentu banyak peluang untuk "buat" duit oleh golongan tertentu. Akan ramai lah krooni UMNO berjawatan sebagai pegarah, pengerusi, ceo. Akan ada syarikat2 puak2 golongan tertentu dapat kontrak2 besar seperti ICT, consultant, outsourcing. Kerja2 untuk pensyarikatan dan perundangan akan dikontrakkan kepada institusi kewangan adik beradik?. Pegawai kastam jangan nak syok sendiri dengan sekim gaji koporat. Fungsi kastam dan eksais bukan satu perniagaan, tetapi sebuah sumber hasil kerajaan untuk kebajikan rakyat dan Negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju.. jabatan mcm kastam xperlu utk dikorporatkn.. adlh lebih baik menaik traf kastam tu sndri jd suruhanjaya umpamanya kalu nk jd lebih efisyen.. buat apa nk downgrade. kastam ni bkn sahaja mengutip cukai, tp menjaga keselamatan negara.. xsetuju kastam dilembagakn..

      Padam
    2. AKU TAK SETUJU DIKORPORAT KAN... GAJI MAKIN SIKIT....... XDE PILIHAN SAMA ADA TERIMA DIKORPORAT KAN ATAU RESIGN JE.... KESIAN BETUL PEGAWAI KASTAM SEMALAYSIA....

      Padam
  5. Sesuatu entity kerajaan yg dikorporat ada pengawalan kerajaan.Kerajaan ada "share".Jika diswastakan entity kerajaan dilepaskan bebas?

    Dalam keadaan ekonomi tak menentu sekarang eloklah ditangguh dulu agenda mengkorporatkan Jabatan Kastam dan Eksais.JKE dah cukup efficient dan effective.Jika ada kelemahan elok diperbaiki bukan dikorporatkan secara total.

    JKE bukan setakat utk kutip cukai.Ianya lebih dari itu.Sempadan negara wajib diawasi.

    Bagilah peluang utk GST.

    Jgn nak lepaskan satu lagi money-spinner.Cukup dulu dgn POS,Tenaga etc.Jika keadaan ekonomi dah lebih baik baru fikirkan agenda tersebut.Tangguh dulu.Bukan semua boleh dikorporatkan.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. yg sebetulnya skrg ni Jabatan Kastam Diraja Malaysia dipendekkan kepada JKDM.. bkn KDRM..

      Padam
  7. mengkorporatkan kastam tidak akan menyelesaikan masalah, contoh yang terbaik ialah MAS (HAMPIR BANKRAP) , sebenarnya parti politikyang patut diswastakan, ahli politk selalu kacau urusan pengambilan pihak atasan jabatan yang diswastakan seperti memberi jawatan kepada politician yang kalah dalam pilihanraya.

    BalasPadam
  8. Mengkorporatkan kastam tidak akan menyelesaikan masalah, contoh yang terbaik ialah MAS (HAMPIR BANKRAP) , sebenarnya parti politik yang patut diswastakan atau diberi target seperti swasta (mana parti politik yang tidak mencapai target akan dibubarkan dalam pilihanraya akan datang), ahli politk selalu kacau urusan pengambilan pihak atasan jabatan yang diswastakan seperti memberi jawatan kepada politician yang kalah dalam pilihanraya. PETRONAS menawarkan jawatan konsultant kepada bekas perdana menteri adalah contoh terbaik.(Proton melantik bekas perdana menteri kita sebagai konsultan pada 16 mei 2014 tapi kenapa kena bagi gaji, kan dia suka bagi pendapat)

    BalasPadam
  9. Btul2, bkn hanya MAS, tp proton??? Petronas?? Kalu betul swasta mcm AirAsia OK jgk, xde nk rugi pn, siap bleh beli kelab luar lg...

    BalasPadam
  10. betul tu...saya dalam delima nie..nak berhenti hutang bayak nak teruskan takde jaminan abis apa yang saya ada? kastam akan hilang semua kalau benda nie jadi tapi malaysia akan hilang segalanya...fikirkanlah

    BalasPadam