Jangan ikut macam parti anak setan tu..! jangan ditiru cara sesat lagi menyesatkan puak hamPAS..!

Menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu depan, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta agar perwakilan yang terlibat dalam perbahasan ' kawal diri' dalam tutur kata mereka agar tidak menyakitkan hati orang lain.
Katanya sekalipun tiada sebarang sekatan dikenakan namun ada isu-isu sensitif tertentu yang mungkin boleh membuat orang lain terasa hati.
Tengku Adnan menyatakan demikian kepada wartawan selepas memberikan taklimat media berhubung perhimpunan itu di ibupejabat UMNO di PWTC,Kuala Lumpur petang Jumaat.
“Hendak sebut-sebutlah, tetapi jangan hendak menyakitkan hati orang lain,” katanya.
Sekalipun tidak menyebut secara spesifik isu-isu sensitif berkenaan namun ia jelas merujuk kepada hal-hal yang ada kaitan antara kaum di negara ini. Pengalaman dari beberapa perhimpunan lampau,pembangkang cukup galak nak main isu-isu berbangkit dari perbahasan perwakilan untuk cetuskan polimek.
Pada taklimat itu Tengku Adnan memberitahu perhimpunan kali ini akan disertai oleh 5,447 perwakilan dari seluruh negara. Katanya segala persiapan kini sudah di peringkat akhir dan mengikut jadual yang ditetapkan.
"Kami di ibu pejabat Umno yakin perhimpunan agung akan berjalan dengan lancar," katanya .

Menurut Tengku Adnan Perhimpunan Agung Umno 2012 yang bakal bermula petang Selasa ini dengan majlis taklimat Presiden kepada semua perwakilan secara tertutup di Dewan Merdeka PWTC.
Pada sebelah malamnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan serentak persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di situ. Mesyuarat penuh sayap-sayap parti itu akan diadakan sehari suntuk pada hari Rabu.
Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan perhimpunan induk parti itu pada pagi Khamis di Dewan Merdeka. Perhimpunan kali ini juga diserikan dengan kehadiran seramai 52 delegasi mewakili 20 parti dari 18 buah negara di peringkat antarabangsa. Dalam pada itu 67 perwakilan Kelab Umno Luar Negara akan turut hadir.
Seperti biasa Perhimpunan Agung UMNO terus menjadi media event dan kali ini 1,782 wartawan dari 102 agensi media tempatan dan antarabangsa akan membuat liputan. Tarikan utama perhimpunan kali ini ialah kerana suasana ambang pilihanraya umum ke 13.-AGENDA DAILY
UMNO TAK BUAT KERJA JAHAT..! LU FIKIR LA SENDIRI!!!
