Sabtu, 24 November 2012

Pembahas Usul Tidak Dibenarkan Berdoa K.O Di Perhimpunan Agung UMNO..


Jangan ikut macam parti anak setan tu..! jangan ditiru cara sesat lagi menyesatkan puak hamPAS..!

pau2xx

Menjelang Perhimpunan Agung Umno 2012 minggu depan, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta agar perwakilan yang terlibat dalam perbahasan ' kawal diri' dalam tutur kata mereka agar tidak menyakitkan hati orang lain.

Katanya sekalipun tiada sebarang sekatan dikenakan namun ada isu-isu sensitif tertentu yang mungkin boleh membuat orang lain terasa hati.

Tengku Adnan menyatakan demikian kepada wartawan selepas memberikan taklimat media berhubung perhimpunan itu di ibupejabat UMNO di PWTC,Kuala Lumpur petang Jumaat.

“Hendak sebut-sebutlah, tetapi jangan hendak menyakitkan hati orang lain,” katanya.

Sekalipun tidak menyebut secara spesifik isu-isu sensitif berkenaan namun ia jelas merujuk kepada hal-hal yang ada kaitan antara kaum di negara ini. Pengalaman dari beberapa perhimpunan lampau,pembangkang cukup galak nak main isu-isu berbangkit dari perbahasan perwakilan untuk cetuskan polimek.

Pada taklimat itu Tengku Adnan memberitahu perhimpunan kali ini akan disertai oleh 5,447  perwakilan dari seluruh negara. Katanya segala persiapan kini sudah di peringkat akhir dan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Kami di ibu pejabat Umno yakin perhimpunan agung akan berjalan dengan lancar," katanya .

pau3xx

Menurut Tengku Adnan Perhimpunan Agung Umno 2012 yang bakal bermula petang Selasa ini dengan majlis taklimat Presiden kepada semua perwakilan secara tertutup di Dewan Merdeka PWTC.

Pada sebelah malamnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan serentak persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di situ. Mesyuarat penuh sayap-sayap parti itu akan diadakan sehari suntuk pada hari Rabu.

Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan perhimpunan induk parti itu pada pagi Khamis di Dewan Merdeka. Perhimpunan kali ini juga diserikan dengan kehadiran seramai 52 delegasi mewakili 20 parti dari 18 buah negara di peringkat antarabangsa. Dalam pada itu  67 perwakilan Kelab Umno Luar Negara akan turut hadir.

Seperti biasa Perhimpunan Agung UMNO terus menjadi media event dan kali ini 1,782 wartawan dari 102 agensi media tempatan dan antarabangsa akan membuat liputan. Tarikan utama perhimpunan kali ini ialah kerana suasana ambang pilihanraya umum ke 13.-AGENDA DAILY

UMNO TAK BUAT KERJA JAHAT..! LU FIKIR LA SENDIRI!!!

4 ulasan:

  1. UMNO KALAU NAK KUAT LAGI PASTIKAN TIDAK MENUNJUK NUNJUK KEMEWAHAN MATERIAL.... RASUAH LAGI SATU PENYAKIT DLM UMNO. TAK RAMAI AHLI UMNO YANG BAIK BERHUJAH DAN BERLANDASKAN FAKTA SAHIH.

    BalasPadam
  2. SETAN KHAWARIJ PASRAEL PLAK BERLUMBA2 NAK DOAKAN ORG PECAH PERUT...MANE PUNYE MAHZAB DIORANG IKUT TAH..TP WA RASE MMG DIORANG IKUT MAHZAB YAHUDI MABOK KEHKEHKEHKEH

    BalasPadam
  3. Rasuah mana2 pun ada.. bukan UMNO saja.. tengok PAS dengan konsesi balak yg entah apa2.. ko tak sebut ada unsur rasuah pun.. poorahhhhh!!..

    BalasPadam
  4. sentimen agama mmg dah lama di mainkan oleh PAS. Mereka skrg mcm main 4x100 meter, lepas je PKR menyokong kebebasan agama termasuk org melayu, org2 PAS pula amik giliran memurtadkan UMNO dan doakan kemusnahan, lepas ni baton akan di pass ke DAP, kita tunggu la pulak apa isu yg DAP nak mainkan. Para pemimpinan UMNO pun jangan la tido mcm PRU 12 dulu...sekarang ni byk cawangan dan bahagian di pimpin oleh org2 yg sibuk merebutkan jawatan semata mata nak kejar projek2 kerajaan, mereka yg dah berjawatan ader masanya tak buat keje, cuma sibuk pikir diri sendiri mcmana nak menang. Pihak UMNO juga haruslah berubah, ada menteri besar (x nak sebut lah namenya) yg lebih mementingkan diri sendiri dan adik beradik saja..elok lah di tukar menteri besar yg sedemikian rupa, jika UMNO ingin kekal berkuasa. Kadang2 ada benar nya tuduhan pembangkang. Nasihat saya, yg duduk di atas tu pi ler buat kerjarumah sikit, tanyalah kepada pada penduduk siapakan pilihan mereka termasuklah jawatan menteri besar...dapatkan feed back dari rakyat yg mengundi, jgn sibuk sgt dengar kelentong pemimpin UMNO yg sayang sgt nak lepaskan jawatan mereka.Saya percaya, beberapa negeri akan jatuh ketgn pembangkang kalu UMNO masih mengekalkan org2 yg mempunyai sifat bodek yg kuat ( kaki kipas) tapi tak menjalankan tugas dgn baik. Jgn sibuk duduk di kerusi empok lama2...mintak sgt UMNO memilih calon yg beragama dan bertanggungjawab pada bangsa, ugama dan negara.

    BalasPadam