Memaparkan catatan dengan label Tun M Najib berhenti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tun M Najib berhenti. Papar semua catatan

Sabtu, 30 April 2016

Tun M Ulangi Gesaan..!


Barang dah rosak..! buang ajer la..!

Mahathir ulangi gesaan Najib letak jawatan

JITRA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi gesaan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Beliau berkata, ia perlu segera dibuat susulan kegagalan Najib menyelesaikan banyak isu berbangkit termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kehilangan wang berbilion ringgit.

“Kalau dia (Najib) tak digugurkan sekarang, saya yakin (BN) akan hancur dalam PRU14. Najib akan kalah, BN akan kalah dan Umno akan Kalah. Apa jadi lepas itu, sama-samalah kita lihat.

“Tapi kalau kita dapat gugurkan Najib sekarang, mungkin parti yang terbesar dalam Dewan dapat memilih pemimpin baru yang tidak mengulangi apa yang dilakukan Najib,” katanya pada program bicara isu-isu semasa Selamatkan Malaysia (Team B Umno) di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, di sini, malam semalam.

Menurutnya, parti keramat yang banyak berjasa itu juga kelihatan sudah tidak lagi berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

“Kenapa saya tinggalkan Umno? Kata pepatah Melayu kalau sayangkan anak, tangan-tangankan; sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Tapi saya juga tinggalkan Umno kerana sayang.

“Saya melihat Umno hari ini bergerak hanya untuk mempertahankan presidennya walaupun membuat benda yang salah. Mereka membisu kerana mungkin sudah disuap dedak ke dalam mulut mereka,” katanya.

Menurutnya, Umno yang dahulu memperjuangkan agama, bangsa dan negara sudah tidak lagi mengamalkan demokratik sebaliknya hanya untuk menyokong presiden parti dan perdana menteri.

“Melihat keadaan ini bahawa Umno tidak lagi memperjuangkan bangsa kita, saya tidak dapat lagi kekal dalam Umno. Sebab itu saya keluar Umno. Kita dapati Umno seolah-olah bisu dan tak boleh bercakap, bahkah dengar pun tak boleh.

“Dia percaya dengan duit boleh buat apa saja dan rakyat akan sokong kalau dia bagi duit. Sebab itu kita lihat dia ada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) RM500 setahun. Mungkin bagi sesetengah orang RM500 itu besar, tapi kebanyakan yang terima lebih RM500,” katanya.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 11 September 2014

PANAS > Saya Berhenti Jika Saya PM ~ Tun M..!!!


Tun M mengebom lagi..! Kali ini sekali lagi Tun tak minta Najib berhenti cuma Tun kata jika beliau masih lagi Perdana Menteri maka beliau akan meletakkan jawatan...!

Jangan angin satu badan..! terutama kepada para pengampu dan para punahsihat..! jangan takut kerana kenyataan Tun M ini hanya berada di MalayMail Online selama 2 jam sahaja sebelum ditarik balik petang semalam..!


Dr M: If I am the present prime minister, I would resign


The Malay Mail Online – 2 hours 36 minutes...

KUALA LUMPUR, Sept 10 — Tun Dr Mahathir Mohamad continued his offensive against Putrajaya today, saying he would step down were he the prime minister of the current administration.

The former prime minister accused Putrajaya of failing to provide strong leadership and put Malaysia on the right path to development.

“If I am the present prime minister, I would resign,” Dr Mahathir said when asked by the audience on what his successors had failed to achieve and what he would do if he was still head of the government today.

Before that, Dr Mahathir had criticised Putrajaya’s various transformation programmes, calling them populist measures to win approval rather than develop the nation.

He also lashed out at the government’s continuation of direct cash handouts in the form of the 1 Malaysia People’s Aid (BR1M), saying it was only promoting public dependency on government support.


Tentunya Utusan, rehat tido makan ( RTM ), TV3 dan lain lain media arus perdana tidak akan sesekali mengeluarkan kenyataan tersebut..! 

Jadi boleh lah berdepan dengan Najib dan mendabik dada bahawa anda telah bekerja dan berjaya mengekang isu tersebut...malah sedang berusaha untuk mempastikan Tun M tutup mulut dan datang memohon maaf kepada Najib macam DAPig dan Anwar Aljub buat tu..!

Tun M bercakap bagi pihak dirinya..! bukan diri Najib...! Yang menjawat jawatan sekarang ialah Najib bukan Tun M..takde kena mengena pun..! maka apa yang nak gundah gulana..!

Tun M pun bukan reti sindir, perli dan sinis..! kan Tun M terkenal dengan cakap lurus..cakap tegak tegak...! buat apa nak menyindir nyindir...!

Lu FIkir La Sendiri!!!