Memaparkan catatan dengan label akta hasutan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akta hasutan. Papar semua catatan

Ahad, 7 Disember 2014

Akta Hasutan Kekal..!


BINTULU: Malaysia berhak membuat sebarang keputusan demi kepentingan keselamatan dan keamanan negara termasuk mengekalkan undang-undang sedia ada seperti Akta Hasutan 1948, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan mengekalkan akta itu adalah muktamad dan tidak perlu dikaji semula memandangkan ia telah dibincang dengan teliti serta mendapat pandangan semua pihak.
"Pihak luar tidak perlu campur tangan dalam hal ini," katanya selepas merasmikan perhimpunan agung tri-tahunan Parti Progresif Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) di sini, Sabtu.
Malaysia, tegas beliau, tidak pernah campur tangan isu dalaman negara luar dan mahu negara luar menghormati pendirian Malaysia sekarang.
Muhyiddin mengulas kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan Duta Besar Amerika Syarikat di Malaysia Joseph Kahn yang mengkritik keputusan kerajaan itu.
Pada 27 Nov lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dengan mengambil kira pandangan rakyat, Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan memasukkan dua peruntukan khas bagi mengukuhkan lagi akta itu.
Katanya kedua-dua peruntukan khas itu bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar daripada Malaysia.
"Akta Hasutan akan terus dikekalkan. Malah akan dipertahan, diperkuat dan diperkukuhkan," tegas Najib.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 24 November 2014

Apa Nak Panggil Pemimpin Jenis Ni..!


Nasib agama, bangsa dan negara dah berada dihujung tanduk...pemimpin ni kata jangan gelabah..! Kita tak gelabah kalau pemimpin menunjukkan sikap matang dan bertanggungjawab dalam membuat keputusan tapi kalau melihat keputusan yang dibuat selama 4 tahun ni..???

Mereka yang tak risau, tak kesah dan tak gelabah memang tak berjenis ler gamaknya..!

“Jangan gelabahlah, masalah dengan dia orang ini gelabah,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai mengulas desakan Gabungan NGO-NGO Melayu dan Bumiputera Penggerak Perpaduan Nasional yang mahu kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948.
Tengku Adnan berkata, kerajaan belum memutuskan sama ada akan meminda atau menghapuskan akta tersebut.
“Macam Akta Hasutan, saya tidak tahu semua kata macam hendak dimansuhkan, tetapi belum lagi. Saya ahli Kabinet, draf pun tidak ada.
“Akta itu telah dibawa oleh British pada 1948 dan kita hendak memperbaiki akta tersebut.
“Kita akan memastikan kepentingan Melayu, agama dan raja-raja tidak akan diganggu-gugat, walaupun akta itu dipinda ataupun ditukar,” tegasnya ketika ditemui The Rakyat Post.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad melalui alam ucapan khasnya sempena Konvensyen Perpaduan Nasional berkata, kerajaan telah membuat kesilapan dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau juga kecewa, apabila pemansuhan ISA dibuat tanpa memberi peluang kepada orang Melayu, NGO Melayu dan UMNO untuk menyuarakan pandangan mereka.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim mengakui, UMNO jarang diberi ruang memberikan pandangan berhubung isu-isu sedemikian.
“Saya percaya, apa yang sedang kita lakukan di bawah Bona Fide Friends of UMNO (BFFUMNO) adalah untuk memberi keseimbangan yang disuarakan Tun Hamid.
“Pada saya, kesediaan Perdana Menteri dalam kenyataan terbaru masih terbuka untuk memperoleh pandangan dari bawah, yang ini saya rasa kita perlu rebut, tetapi mengatakan tidak langsung mendengar mungkin agak keras.
“Saya boleh faham kekecewaan itu, apabila menjurus kepada sebuah parti yang tidak mendapat sokongan sekumpulan pengundi, tetapi masih memberi pertimbangan kepada kumpulan tersebut,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai cadangan kerjasama UMNO dan PAS, Razali tidak menolak kemungkinan ia boleh berlaku atas nama Melayu dan Islam.
Bagaimanapun, katanya kesatuan di dalam UMNO perlu diberi perhatian terlebih dahulu, sebelum cadangan itu diketengahkan.
“Orang Melayu Islam dalam parti yang sama perlu bersatu dalam erti kata yang sebenar, kemudian baru kita cakap tentang perbincangan antara UMNO dan PAS atas nama Melayu dan Islam.
“Kalau dua parti berbeza boleh bersatu, takkan ahli UMNO tidak boleh atau pun kalau dalam parti UMNO belum bersatu, hendak bersatu dua parti berbeza lagi susah.
“Tetapi, atas kepentingan agama Islam, perkara ini kita harus letakkan ke tepi dan jangan kita banyak sangat alasan,” ujarnya.
Apa nak panggil jenis ni?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 18 September 2014

Mimpi Ngeri Najib..!


Patut ler Najib tak nyenyak tidur semalam..! mimpi apa yang menyebabkan Najib tak nyenyak tidur..! Pastinya Najib tidak mahu kehilangan rakan baiknya..! kawan sejawatan dengannya..! Malah bos yang boleh meletakkan Najib sebaris dengan pemimpin dunia yang lain hasil dari pujian dan sanjungan yang diberikan oleh Amerika si polis dunia..!

Takkan Najib nak kehilangan semua itu..!

Atas nama ranking dunia, seperti biasa Najib akan beralasan yang sama..! Maka mudah la Akta Hasutan dilurutkan kepentingannya..!

PBB bukan main cepat mengata itu dan ini..! yang beratus ribu  kanak kanak, ibu/wanita dan orang orang tua mati di Palestin dan Myanmar PBB buat buat buta tuli pulak..!

Najib takkan mahu kehilangan semua kenikmatan dan layanan mesra yang diberikan oleh Amerika kepadanya..! 

Akta Hasutan masaalah dalam negara..! 'i will handle it' kata kata keramat yang selalu Najib guna..! Jangan peduli apa yang rakyat kata..! yang penting apa yang Amerika minta..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Khamis, 4 September 2014

Hina Kesucian Islam Asas Kepada Penghapusan Akta Hasutan..!


Anak ikan Anwar Aljub ni masih lagi dikira beruntung kerana masih banyak lagi lembu yang terhangguk gangguk percaya dengan idea merapu yang dikeluarkan oleh otak lembunya..!

Itu sebab masih banyak lagi lembu yang bergayut di puting tetek demi menagih susu basi yang dikeluarkan oleh ibu lembu..!

Contohnya...

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata mereka tidak yakin dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan akta yang sekarang ini digunakan untuk mengekang pengkritik pentadbirannya.
"PKR yakin Akta Hasutan tidak akan dimansuhkan oleh mana-mana pentadbiran Umno dan Barisan Nasional, malah mereka akan menggunakan peruntukan dalam akta lain untuk terus menekan pihak yang berbeza pendapat dengan mereka," kata ahli Parlimen Pandan itu pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Sedangkan kalau lembu lembu ni ada otak...tujuan kepala lembu ni mahu memansuhkan Akta Hasutan adalah bertujuan agar penghinaan kepada kesucian agama Islam akan dapat terus dilakukan semahu mahunya...!

Dek kerana banyak sangat meneguk susu basi maka sel sel otak mereka pun menjadi tepu dan beku...! Macam pencacai korok@clorox@ular orok orok kat bawah ni...

KUALA LUMPUR: Seorang ahli politik pembangkang, hari ini, didakwa atas pertuduhan menghasut di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Menurut laporan The Star Online, David Orok mengaku tidak bersalah di atas tuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948.

Orok dituduh atas dakwaan menyiarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad di laman Facebooknya pada Julai.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara tengah hari dan pukul 1.50 petang pada 4 Julai lalu di rumah tidak bernombor di Kg.Roun, Jalan Labuaya, Topokan di Tuaran.

Hakim Ummu Kalthom Abd Samad Orok, seorang ahli Parti Reformasi Negeri (STAR), membenarkan Orok diikat jamin sebanyak RM7,000 dan mengarahkannya menyerahkan paspot antarabangsanya serta melaporkan melaporkan diri ke Balai Polis Tuaran sekali seminggu sehingga tarikh perbicaraannya.


Tak gitu?

Jadi kita pun nak tengok...kat sebelah sini pun ada lembu susu basi tak???

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 1 Julai 2014

Tun M ~ Belajar Dari Kesilapan..!


Tak payah susah susah..! sikit ajer gunakan akal tu..!

SHAH ALAM – Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan akta baru hanya akan menyebabkan perbuatan menghasut boleh dilakukan dengan mudah di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, Akta Harmoni dan Akta Uniti tidak dapat menghalang perbuatan itu daripada berlaku, malah keadaan katanya mungkin menjadi lebih parah apabila pelampau di kalangan rakyat dengan sewenang-wenangnya boleh mengkritik institusi diraja.

Kerajaan ujar Dr Mahathir perlu belajar daripada pengalaman lepas apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berkaitannya dimansuhkan baru-baru ini.

“Kita sudah pun mansuh ISA dan akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan daripada pemansuhan kedua-dua akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas.

“Apabila Akta Hasutan digugurkan maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut. Kedua-dua akta baru berkenaan dengan harmoni dan uniti tidak akan menghalang hasutan yang akan berlaku,” katanya yang dipetik melalui tulisannya di blog, Chedet, hari ini.

Dr Mahathir turut melahirkan kebimbangan sekiranya perbuatan menghasut sampai ke tahap yang tidak dapat dibendung lagi apabila akta mengenainya dimansuhkan.  

“Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan.

“Di Thailand ada undang-undang “Les Mejeste” yang melarang sebarang cemuhan terhadap raja dan institusi raja. Tetapi di Malaysia undang-undang ini tidak ada,” katanya.

Tambah beliau, tidak ada undang-undang di negara ini yang boleh menghalang perkara tersebut berlaku setelah ISA dihapuskan dan sekiranya Akta Hasutan turut dimansuhkan.

“Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.

“Ramai mungkin yang akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja. Tetapi kerana hasutan dibenarkan mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka,” katanya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan huru-hara berlaku dalam negara kesan daripada sikap liberal yang diagungkan di negara ini.

Lu Fikir La Sendiri!!!