Isnin, 24 November 2014

Apa Nak Panggil Pemimpin Jenis Ni..!


Nasib agama, bangsa dan negara dah berada dihujung tanduk...pemimpin ni kata jangan gelabah..! Kita tak gelabah kalau pemimpin menunjukkan sikap matang dan bertanggungjawab dalam membuat keputusan tapi kalau melihat keputusan yang dibuat selama 4 tahun ni..???

Mereka yang tak risau, tak kesah dan tak gelabah memang tak berjenis ler gamaknya..!

“Jangan gelabahlah, masalah dengan dia orang ini gelabah,” kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai mengulas desakan Gabungan NGO-NGO Melayu dan Bumiputera Penggerak Perpaduan Nasional yang mahu kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948.
Tengku Adnan berkata, kerajaan belum memutuskan sama ada akan meminda atau menghapuskan akta tersebut.
“Macam Akta Hasutan, saya tidak tahu semua kata macam hendak dimansuhkan, tetapi belum lagi. Saya ahli Kabinet, draf pun tidak ada.
“Akta itu telah dibawa oleh British pada 1948 dan kita hendak memperbaiki akta tersebut.
“Kita akan memastikan kepentingan Melayu, agama dan raja-raja tidak akan diganggu-gugat, walaupun akta itu dipinda ataupun ditukar,” tegasnya ketika ditemui The Rakyat Post.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad melalui alam ucapan khasnya sempena Konvensyen Perpaduan Nasional berkata, kerajaan telah membuat kesilapan dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau juga kecewa, apabila pemansuhan ISA dibuat tanpa memberi peluang kepada orang Melayu, NGO Melayu dan UMNO untuk menyuarakan pandangan mereka.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim mengakui, UMNO jarang diberi ruang memberikan pandangan berhubung isu-isu sedemikian.
“Saya percaya, apa yang sedang kita lakukan di bawah Bona Fide Friends of UMNO (BFFUMNO) adalah untuk memberi keseimbangan yang disuarakan Tun Hamid.
“Pada saya, kesediaan Perdana Menteri dalam kenyataan terbaru masih terbuka untuk memperoleh pandangan dari bawah, yang ini saya rasa kita perlu rebut, tetapi mengatakan tidak langsung mendengar mungkin agak keras.
“Saya boleh faham kekecewaan itu, apabila menjurus kepada sebuah parti yang tidak mendapat sokongan sekumpulan pengundi, tetapi masih memberi pertimbangan kepada kumpulan tersebut,” ujarnya.
Mengulas lanjut mengenai cadangan kerjasama UMNO dan PAS, Razali tidak menolak kemungkinan ia boleh berlaku atas nama Melayu dan Islam.
Bagaimanapun, katanya kesatuan di dalam UMNO perlu diberi perhatian terlebih dahulu, sebelum cadangan itu diketengahkan.
“Orang Melayu Islam dalam parti yang sama perlu bersatu dalam erti kata yang sebenar, kemudian baru kita cakap tentang perbincangan antara UMNO dan PAS atas nama Melayu dan Islam.
“Kalau dua parti berbeza boleh bersatu, takkan ahli UMNO tidak boleh atau pun kalau dalam parti UMNO belum bersatu, hendak bersatu dua parti berbeza lagi susah.
“Tetapi, atas kepentingan agama Islam, perkara ini kita harus letakkan ke tepi dan jangan kita banyak sangat alasan,” ujarnya.
Apa nak panggil jenis ni?
Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Najib Razak BAPA PENGHAPUSAN AKTA.

    BalasPadam
  2. Seorang yang bersikap playsafe amat tidak sesuai memimpin sebuah parti bangsa seperti umno..Pendirian beliau bergantung kepada situasi semasa yang sentiasa berubah-ubah. Seorang yang playsafe lazimnya lebih mementingkan diri sendiri selamat tanpa memperdulikan apa orang lain kata.
    Keterbukaan juga adalah sikap semula jadi seorang yang playsafe supaya dirinya lebih disukai ramai. Orang yang playsafe biasanya tidak berfikiran jauh sebab fikirannya lebih bergantung kepada kekuatan atau pengaruh orang lain. Sikap yes boss serta suka membodek dan dibodek adalah sebahagian dari kehidupannya..
    Amat malang bagi orang melayu dan islam di negara ini andainya mendapat pemimpin yang sedemikian. Mungkin sudah terlambat untuk membetulkan seseorang jika sikap playsafe telah menjadi mentaliti dan budaya kehidupannya..tambahan pula jika dirinya sedang berada di puncak kuasa..

    BalasPadam
  3. pemimpin sekarang bukan bertindak atas kepentingan rakyat tapi berasaskan satu panggilan telefon.

    BalasPadam
  4. Terlalu riak apa yang dikatakan oleh adnan,siapa yang gelabah Putrajaya pun boleh dpt undi hampir 6000?semua kakitangan kerajaan tu,macam ni la next Pru kita tgk siapa yang gelabah,siapa yang balik indon ikut Bini!!!!!

    BalasPadam