Memaparkan catatan dengan label apandi najib tun m. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label apandi najib tun m. Papar semua catatan

Khamis, 4 Februari 2016

Pandi Berhutang Najib..?


Masuk akal jugak..!

Apandi terhutang budi dengan Najib, kata Dr Mahathir 


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dapat memegang jawatannya kerana Datuk Seri Najib Razak melantiknya menerusi “representasi palsu dipersembahkan kepada Agong”, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu dalam artikel di blognya hari ini berkata, itu adalah sebab mengapa Apandi seperti tidak mahu menyediakan maklumat kepada rakan sejawatnya di Switzerland dengan sebarang bukti yang boleh menjejaskan perdana menteri.
“Peguam negara sekarang, yang mana diminta kerjasamanya oleh peguam negara Switzerland, dilantik oleh PM menerusi representasi palsu dipersembahkan kepada Agong.
“Ini bermakna peguam negara berhutang budi kepada PM untuk jawatannya. Bolehkah dia dijangka mendakwa orang yang memberikannya jawatan? Dia tahu penyandangnya disingkirkan kerana cuba melakukan perkara sama, peguam negara baharu nampaknya tidak suka untuk mendakwa PM.
“Maka itu sebab penolakannya terhadap laporan Bank Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Dia juga nampaknya tidak akan menyediakan sebarang bukti kepada peguam negara Switzerland yang boleh menjejaskan majikannya,” tulis Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata peguam negara Switzerland dan Parlimen Eropah hanya dapat membongkar kebenarannya jika mereka faham undang-undang dan amalan Malaysia.
Untuk itu, mereka sepatutnya melantik peguam Malaysia untuk bekerja dengan mereka, kata perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
Jumaat lalu, Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata pihak berkuasa negara itu menemui kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) mungkin diselewengkan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia.
Penemuan itu dibuat ketika menyiasat 2 bekas pegawai 1MDB dan beberapa yang lain kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah membabitkan pegawai awam asing.
Apandi berkata beliau akan bekerjasama dengan Lauber, tetapi menambah siasatan berkaitan 1MDB tidak sama dengan kes sumbangan politik RM2.6 bilion Najib.
Dr Mahathir hari ini berkata, kenyataan itu “jelas” menunjukkan Apandi tidak mahu Lauber tahu sama ada wujud atau tidak pindahan wang ke akaun bank peribadi Najib yang datang daripada 1MDB.
Katanya, Apandi masih lagi belum membuktikan sumbangan itu benar-benar dari Arab Saudi.
“Tidak ada penerangan jelas bagaimana sejumlah besar wang itu dipindahkan ke dalam akaun Najib, bank yang digunakan penderma Arab berkenaan, sumber dana dan perniagaan penderma,” kata Dr Mahathir.
Walaupun Arab Saudi pernah menderma kepada pelbagai negara, ia bukan “hadiah peribadi” kepada individu tertentu, seperti kes Najib, katanya.
Dr Mahathir berkata dakwaan menyatakan wang itu didermakan sebagai penghargaan atas usaha Putrajaya memerangi keganasan tidak boleh dipercayai kerana Najib sudah pun berkata ia untuk memastikan kemenangan Umno dalam pilihan raya umum pada 2013. 

PEGUAM NEGARA KEPADA PEGUAM NEGARA

1. Berikutan keputusan Peguam Negara Malaysia (Tan Sri Mohamad Apandi Ali) bahawa laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menunjukkan tiada sebarang salah laku oleh Perdana Menteri berhubung dengan RM2.6 bilion dan RM42 juta di dalam akaun peribadinya, mungkin secara kebetulan pula, pihak berkuasa undang-undang Perancis telah memulakan tindakan undang-undang ke atas pembayaran yang kononnya bayaran perundingan kepada syarikat-syarikat di bawah kawalan Razak Baginda, rakan rapat kepada Dato’ Sri Najib. Kemudiannya Peguam Negara Switzerland mengeluarkan kenyataan media terhadap bekas pegawai dana milik kerajaan 1MDB dan orang-orang yang tidak dikenali, kerana disyaki merasuah pegawai-pegawai awam asing (Artikel 322septies Kanun Jenayah Switzerland – SCC), salah laku di pejabat awam (Artikel 314295 SCC), penyaluran wang haram, (Perkara 305bis279 SCC) dan salah urus jenayah (Perkara 158 SCC). Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah meminta pihak berkuasa Malaysia beri bantuan bersama. Permintaan bagi bantuan bersama ini meletakkan perjanjian dasar di antara Malaysia dan Switzerland kini dalam bentuk konkrit.

2. Penyiasatan oleh Peguam Negara Swiss telah mendedahkan tanda-tanda serius bahawa dana daripada syarikat-syarikat milik Kerajaan Malaysia telah disalahgunakan.

3. Peguam Negara telah menyatakan secara khusus PetroSaudi, SRC, Genting/Tanjong dan ADMIC.

4. Jumlah yang terlibat dinyatakan sejumlah USD 4 bilion. Oleh yang demikian, permintaan bantuan bersama adalah untuk menasihati syarikat-syarikat dan Kerajaan Malaysia mengenai keputusan penyesiatan jenayah oleh pihak Swiss, dengan tujuan untuk mengetahui sama ada skala kerugiannya itu dapat dibendung.

5. Peguam Negara Malaysia bertindak segera dengan menyatakan bahawa beliau dan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan berminat untuk mengemukakan semua fakta-fakta berkenaan 1MDB yang telah membawa kepada dakwaan baru-baru ini terhadap syarikat itu. Walau bagaimanapun dalam menyatakan bilangan pihak berkuasa yang terlibat dengan siasatan yang sedang dijalankan beliau menyebut hanya tiga iaitu, Jawatankuasa Kira-kira Awam, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Audit Negara. Tiada sebutan dibuat mengenai Bank Negara yang sebenarnya mengemukakan laporan.

6. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Peguam Negara menolak laporan ini tanpa penjelasan dan Bank Negara merayu terhadap penolakan itu. Rayuan itu telah ditolak juga oleh Peguam Negara.

7. Kini Peguam Negara telah menolak laporan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan arahan bahawa SPRM berhenti siasatannya.

8. Kandungan laporan-laporan ini adalah hasil siasatan yang serius oleh pihak berkuasa yang berwibawa. Adakah Peguam Negara sebagai tindak balas kepada permintaan Peguam Negara Swiss akan mengemukakan laporan-laporan ini untuk pemeriksaan dan penilaian mereka? Atau adakah Peguam Negara akan sewenang-sewenangnya menolak laporan-laporan ini sebagai tidak relevan bagi penyiasatan, penelitian dan penilaian oleh Peguam Negara Swiss terhadap kerugian sebanyak USD 4 bilion oleh 1MDB.

9. Sudah pun Peguam Negara memberi amaran bahawa “sebarang percubaan oleh pertubuhan-pertubuhan media untuk menghubungkaitkan kedua-dua set siasatan adalah tidak bertanggungjawab dan prejudis”. Jelas Peguam Negara tidak mahu Peguam Negara Swiss tahu sama ada wang dalam akaun-akaun peribadi Perdana Menteri datang dari 1MDB atau tidak.

10. Orang ramai sentiasa menegaskan bahawa dana di dalam akaun peribadi Dato’ Sri Najib adalah dari 1MDB. Peguam Negara ketika menolak kedua-dua laporan masih belum dapat membuktikan bahawa ianya adalah sumbangan dari Raja yang mangkat dan lain-lain individu Arab. Tidak ada keterangan yang jelas tentang bagaimana jumlah wang yang besar ini telah dipindahkan ke dalam akaun Najib, bank-bank yang digunakan oleh orang Arab, sumber dana, perniagaan penderma.

11. Pihak berkuasa Saudi telah pun mengisytiharkan bahawa tidak ada rekod yang menunjukkan bahawa Raja memberi apa-apa wang kepada Dato’ Sri Najib.

12. Arab Saudi biasa membuat sumbangan besar kepada Bahrain dan Jordan dan mungkin negara-negara lain. Tetapi ini bukanlah hadiah peribadi kepada individu. Ini adalah dari kerajaan mereka kepada kerajaan-kerajaan penerima.

13. Dakwaan bahawa USD700 juta ini adalah untuk memperjuang IS tidak boleh dipercayai kerana Najib secara terbuka mendakwa bahawa ianya adalah untuk UMNO bagi memenangi pilihan raya pada tahun 2013.

14. Memenangi pilihan raya di Malaysia tidak memerlukan berbilion Ringgit.

15. Wang itu dikatakan telah dipindahkan kepada bank-bank Singapura di mana ianya kononnya dibekukan. Jadi bagaimana dakwaan bahawa RM2.3 bilion telah dikembalikan kepada Arab Saudi? Atas apa alasan telah bank-bank Singapura melepaskannya??

16. Kesatuan Parlimen Eropah telah meluluskan satu resolusi mengutuk hakisan hak demokrasi di Malaysia. Ini mungkin disebabkan tangkapan sewenang-wenangnya seorang rakyat Malaysia yang telah membuat laporan polis bersama-sama dengan peguamnya, pemecatan Peguam Negara Malaysia sebelum ini yang tidak wajar, sebelum sahaja beliau dijangka membawa tuduhan terhadap PM, pengkasian Jawatankuasa Kira-Kira Wang dengan melantik ahli-ahlinya ke dalam Kerajaan. Tiada laporan dapat dibuat oleh pasukan petugas untuk menyiasat wang dalam akaun peribadi Najib. Tetapi Bank Negara telah membuat suatu laporannya sendiri.

17. Peguam Negara semasa, iaitu yang Peguam Negara Switzerland memohon kerjasama, telah dilantik oleh Perdana Menteri melalui maklumat kurang tepat yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong. Ini bermakna Peguam Negara terhutang budi dengan PM bagi kedudukannya. Bolehkah beliau diharapkan untuk mendakwa seseorang yang kepadanya dia terhutang kedudukannya? Dengan diketahui bahawa Peguam Negara sebelum ini yang digantinya itu telah dipecat kerana cuba untuk melakukan perkara yang sama, Peguam Negara baru ini tidak mungkin mirip membuat pertuduhan terhadap PM. Dengan demikian, penyingkiran laporan-laporan Bank Negara dan SPRM oleh beliau. Oleh itu, tidak berkemungkinan beliau akan menyerah kepada Peguam Negara Swiss apa-apa keterangan yang boleh mensabitkan majikannya.

18. Jika sebarang kebenaran hendak diperolehi oleh Peguam Negara Switzerland dan Parlimen Eropah, mereka perlu mengetahui perundangan dan amalan di Malaysia. Untuk ini, adalah penting bagi mereka melantik peguam-peguam Malaysia untuk berkerjasama dengan peguam mereka demi kepentingan keadilan.

Tulisan asal Tun M sila baca di chedet
Hutang berhutang akhirnya terlentang..!
Lu Fikir La Sendiri!!!