Khamis, 4 Februari 2016

Pandi Berhutang Najib..?


Masuk akal jugak..!

Apandi terhutang budi dengan Najib, kata Dr Mahathir 


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dapat memegang jawatannya kerana Datuk Seri Najib Razak melantiknya menerusi “representasi palsu dipersembahkan kepada Agong”, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu dalam artikel di blognya hari ini berkata, itu adalah sebab mengapa Apandi seperti tidak mahu menyediakan maklumat kepada rakan sejawatnya di Switzerland dengan sebarang bukti yang boleh menjejaskan perdana menteri.
“Peguam negara sekarang, yang mana diminta kerjasamanya oleh peguam negara Switzerland, dilantik oleh PM menerusi representasi palsu dipersembahkan kepada Agong.
“Ini bermakna peguam negara berhutang budi kepada PM untuk jawatannya. Bolehkah dia dijangka mendakwa orang yang memberikannya jawatan? Dia tahu penyandangnya disingkirkan kerana cuba melakukan perkara sama, peguam negara baharu nampaknya tidak suka untuk mendakwa PM.
“Maka itu sebab penolakannya terhadap laporan Bank Negara dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia). Dia juga nampaknya tidak akan menyediakan sebarang bukti kepada peguam negara Switzerland yang boleh menjejaskan majikannya,” tulis Dr Mahathir.
Dr Mahathir berkata peguam negara Switzerland dan Parlimen Eropah hanya dapat membongkar kebenarannya jika mereka faham undang-undang dan amalan Malaysia.
Untuk itu, mereka sepatutnya melantik peguam Malaysia untuk bekerja dengan mereka, kata perdana menteri paling lama berkhidmat itu.
Jumaat lalu, Peguam Negara Switzerland Michael Lauber berkata pihak berkuasa negara itu menemui kira-kira AS$4 bilion (RM16.8 bilion) mungkin diselewengkan daripada syarikat milik kerajaan Malaysia.
Penemuan itu dibuat ketika menyiasat 2 bekas pegawai 1MDB dan beberapa yang lain kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah membabitkan pegawai awam asing.
Apandi berkata beliau akan bekerjasama dengan Lauber, tetapi menambah siasatan berkaitan 1MDB tidak sama dengan kes sumbangan politik RM2.6 bilion Najib.
Dr Mahathir hari ini berkata, kenyataan itu “jelas” menunjukkan Apandi tidak mahu Lauber tahu sama ada wujud atau tidak pindahan wang ke akaun bank peribadi Najib yang datang daripada 1MDB.
Katanya, Apandi masih lagi belum membuktikan sumbangan itu benar-benar dari Arab Saudi.
“Tidak ada penerangan jelas bagaimana sejumlah besar wang itu dipindahkan ke dalam akaun Najib, bank yang digunakan penderma Arab berkenaan, sumber dana dan perniagaan penderma,” kata Dr Mahathir.
Walaupun Arab Saudi pernah menderma kepada pelbagai negara, ia bukan “hadiah peribadi” kepada individu tertentu, seperti kes Najib, katanya.
Dr Mahathir berkata dakwaan menyatakan wang itu didermakan sebagai penghargaan atas usaha Putrajaya memerangi keganasan tidak boleh dipercayai kerana Najib sudah pun berkata ia untuk memastikan kemenangan Umno dalam pilihan raya umum pada 2013. 

PEGUAM NEGARA KEPADA PEGUAM NEGARA

1. Berikutan keputusan Peguam Negara Malaysia (Tan Sri Mohamad Apandi Ali) bahawa laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menunjukkan tiada sebarang salah laku oleh Perdana Menteri berhubung dengan RM2.6 bilion dan RM42 juta di dalam akaun peribadinya, mungkin secara kebetulan pula, pihak berkuasa undang-undang Perancis telah memulakan tindakan undang-undang ke atas pembayaran yang kononnya bayaran perundingan kepada syarikat-syarikat di bawah kawalan Razak Baginda, rakan rapat kepada Dato’ Sri Najib. Kemudiannya Peguam Negara Switzerland mengeluarkan kenyataan media terhadap bekas pegawai dana milik kerajaan 1MDB dan orang-orang yang tidak dikenali, kerana disyaki merasuah pegawai-pegawai awam asing (Artikel 322septies Kanun Jenayah Switzerland – SCC), salah laku di pejabat awam (Artikel 314295 SCC), penyaluran wang haram, (Perkara 305bis279 SCC) dan salah urus jenayah (Perkara 158 SCC). Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah meminta pihak berkuasa Malaysia beri bantuan bersama. Permintaan bagi bantuan bersama ini meletakkan perjanjian dasar di antara Malaysia dan Switzerland kini dalam bentuk konkrit.

2. Penyiasatan oleh Peguam Negara Swiss telah mendedahkan tanda-tanda serius bahawa dana daripada syarikat-syarikat milik Kerajaan Malaysia telah disalahgunakan.

3. Peguam Negara telah menyatakan secara khusus PetroSaudi, SRC, Genting/Tanjong dan ADMIC.

4. Jumlah yang terlibat dinyatakan sejumlah USD 4 bilion. Oleh yang demikian, permintaan bantuan bersama adalah untuk menasihati syarikat-syarikat dan Kerajaan Malaysia mengenai keputusan penyesiatan jenayah oleh pihak Swiss, dengan tujuan untuk mengetahui sama ada skala kerugiannya itu dapat dibendung.

5. Peguam Negara Malaysia bertindak segera dengan menyatakan bahawa beliau dan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan berminat untuk mengemukakan semua fakta-fakta berkenaan 1MDB yang telah membawa kepada dakwaan baru-baru ini terhadap syarikat itu. Walau bagaimanapun dalam menyatakan bilangan pihak berkuasa yang terlibat dengan siasatan yang sedang dijalankan beliau menyebut hanya tiga iaitu, Jawatankuasa Kira-kira Awam, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Audit Negara. Tiada sebutan dibuat mengenai Bank Negara yang sebenarnya mengemukakan laporan.

6. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Peguam Negara menolak laporan ini tanpa penjelasan dan Bank Negara merayu terhadap penolakan itu. Rayuan itu telah ditolak juga oleh Peguam Negara.

7. Kini Peguam Negara telah menolak laporan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan arahan bahawa SPRM berhenti siasatannya.

8. Kandungan laporan-laporan ini adalah hasil siasatan yang serius oleh pihak berkuasa yang berwibawa. Adakah Peguam Negara sebagai tindak balas kepada permintaan Peguam Negara Swiss akan mengemukakan laporan-laporan ini untuk pemeriksaan dan penilaian mereka? Atau adakah Peguam Negara akan sewenang-sewenangnya menolak laporan-laporan ini sebagai tidak relevan bagi penyiasatan, penelitian dan penilaian oleh Peguam Negara Swiss terhadap kerugian sebanyak USD 4 bilion oleh 1MDB.

9. Sudah pun Peguam Negara memberi amaran bahawa “sebarang percubaan oleh pertubuhan-pertubuhan media untuk menghubungkaitkan kedua-dua set siasatan adalah tidak bertanggungjawab dan prejudis”. Jelas Peguam Negara tidak mahu Peguam Negara Swiss tahu sama ada wang dalam akaun-akaun peribadi Perdana Menteri datang dari 1MDB atau tidak.

10. Orang ramai sentiasa menegaskan bahawa dana di dalam akaun peribadi Dato’ Sri Najib adalah dari 1MDB. Peguam Negara ketika menolak kedua-dua laporan masih belum dapat membuktikan bahawa ianya adalah sumbangan dari Raja yang mangkat dan lain-lain individu Arab. Tidak ada keterangan yang jelas tentang bagaimana jumlah wang yang besar ini telah dipindahkan ke dalam akaun Najib, bank-bank yang digunakan oleh orang Arab, sumber dana, perniagaan penderma.

11. Pihak berkuasa Saudi telah pun mengisytiharkan bahawa tidak ada rekod yang menunjukkan bahawa Raja memberi apa-apa wang kepada Dato’ Sri Najib.

12. Arab Saudi biasa membuat sumbangan besar kepada Bahrain dan Jordan dan mungkin negara-negara lain. Tetapi ini bukanlah hadiah peribadi kepada individu. Ini adalah dari kerajaan mereka kepada kerajaan-kerajaan penerima.

13. Dakwaan bahawa USD700 juta ini adalah untuk memperjuang IS tidak boleh dipercayai kerana Najib secara terbuka mendakwa bahawa ianya adalah untuk UMNO bagi memenangi pilihan raya pada tahun 2013.

14. Memenangi pilihan raya di Malaysia tidak memerlukan berbilion Ringgit.

15. Wang itu dikatakan telah dipindahkan kepada bank-bank Singapura di mana ianya kononnya dibekukan. Jadi bagaimana dakwaan bahawa RM2.3 bilion telah dikembalikan kepada Arab Saudi? Atas apa alasan telah bank-bank Singapura melepaskannya??

16. Kesatuan Parlimen Eropah telah meluluskan satu resolusi mengutuk hakisan hak demokrasi di Malaysia. Ini mungkin disebabkan tangkapan sewenang-wenangnya seorang rakyat Malaysia yang telah membuat laporan polis bersama-sama dengan peguamnya, pemecatan Peguam Negara Malaysia sebelum ini yang tidak wajar, sebelum sahaja beliau dijangka membawa tuduhan terhadap PM, pengkasian Jawatankuasa Kira-Kira Wang dengan melantik ahli-ahlinya ke dalam Kerajaan. Tiada laporan dapat dibuat oleh pasukan petugas untuk menyiasat wang dalam akaun peribadi Najib. Tetapi Bank Negara telah membuat suatu laporannya sendiri.

17. Peguam Negara semasa, iaitu yang Peguam Negara Switzerland memohon kerjasama, telah dilantik oleh Perdana Menteri melalui maklumat kurang tepat yang dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong. Ini bermakna Peguam Negara terhutang budi dengan PM bagi kedudukannya. Bolehkah beliau diharapkan untuk mendakwa seseorang yang kepadanya dia terhutang kedudukannya? Dengan diketahui bahawa Peguam Negara sebelum ini yang digantinya itu telah dipecat kerana cuba untuk melakukan perkara yang sama, Peguam Negara baru ini tidak mungkin mirip membuat pertuduhan terhadap PM. Dengan demikian, penyingkiran laporan-laporan Bank Negara dan SPRM oleh beliau. Oleh itu, tidak berkemungkinan beliau akan menyerah kepada Peguam Negara Swiss apa-apa keterangan yang boleh mensabitkan majikannya.

18. Jika sebarang kebenaran hendak diperolehi oleh Peguam Negara Switzerland dan Parlimen Eropah, mereka perlu mengetahui perundangan dan amalan di Malaysia. Untuk ini, adalah penting bagi mereka melantik peguam-peguam Malaysia untuk berkerjasama dengan peguam mereka demi kepentingan keadilan.

Tulisan asal Tun M sila baca di chedet
Hutang berhutang akhirnya terlentang..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

19 ulasan:

  1. Memang pelik la, seorang suspek kes jenayah telah membuat cadangan kepada YDP Agong untuk melantik seorang Peguam Negara yang sepatutnya bertanggungjawab untuk meneliti kes berkaitan dengan suspek tersebut.

    Sudah tentu Peguam Negara itu akan memihak kepada suspek yang sedang disiasat itu kerana Peguam Negara itu dilantik atas cadangan oleh suspek, dan suspek masa beri cadangan tu pun, sudah tentu sudah ada kau tim dengan Peguam Negara yang hendak dilantik itu.

    Dari awal lagi Apandi Ali memang tidak layak untuk mengendalikan pertimbangan hasil siasatan kes melibatkan Najib ini, kerana Najib sebagai suspek kes utama kes tersebut yang membuat cadangan kepada YDP Agong untuk lantik Apandi jadi Peguam Negara yang akan mengendalikan pertimbangan kes melibatkan Najib itu.

    Perkara ini adalah suatu tindakan yang bercanggah dengan prinsip kedaulatan undang-undang, kerana suspek lantik peguam negara untuk teliti kes beliau samada untuk bawa ke mahkamah atau tidak, sudah tentu ada prejudis dalam pertimbangan Apandi Ali sebagai Peguam Negara yang dilantik oleh Najib yang merupakan suspek utama kes itu.

    Sebab itulah walaupun dari segi undang-undang, hasil siasatan oleh SPRM mendedahkan bahawa subjek kes telah ditemui dan ada prima facie untuk kes itu dibicarakan di mahkamah, tetapi Apandi buang kes dan Apandi telah jadi hakim pula dalam isu ini, Apandi telah bersikap ultra vires atau dalam bahasa mudahnya melampaui batas bidang kuasanya yang hanya meneliti samada kes itu ada prima facie untuk di bawa ke mahkamah atau tidak, bukannya untuk buat keputusan seseorang itu bersalah atau tidak, kerana tanggungjawab penghakiman adalah bidang kuasa hakim yang mengendalikan perbicaraan kes itu, bukannya kuasa Peguam Negara pun.

    Ingin saya tegaskan bahawa dalam siasatan kes melibatkan RM 2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib dan RM 42 juta dalam akaun peribadi Najib, subjek kes adalah adalah apakah benar wang sejumlah itu ada dalam akaun peribadi Najib, berdasarkan siasatan wang sejumlah itu memang ada dalam akaun peribadi Najib, dan ini membuktikan subjek kes adalah mempunyai merit dan prima facie untuk di dakwa di mahkamah.

    Berhubung samada Najib terima dari siapa wang itu, samada Najib dah pulangkan sebahagian dari wang itu, dan Najib tak tahu wang RM 42 juta itu wang SRC International yang masuk ke akaun peribadinya, itu adalah tanggungjawab Najib untuk buktikan di mahkamah, bukannya kerja Apandi Ali untuk rampas kuasa hakim, Apandi patut sedar dia adalah Peguam Negara, bukannya hakim yang mengendalikan kes berkenaan.

    Kedaulatan undang-undang telah dicabuli oleh Najib dan Apandi Ali, tetapi syukurlah Datuk Seri Khairuddin dan Datuk Zaid Ibrahim telah berusaha untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang dengan membawa perbuatan Apandi Ali itu untuk dipertimbangkan ke mahkamah supaya keputusan Apandi Ali itu disemak semula kerana berdasarkan apa yang berlaku, Apandi Ali telah melampaui bidang kuasa beliau dan mencampuri urusan hakim pula.

    Selamatkan negara ini, demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Putra Merdeka..Loya nak muntah bila nampak nama Mamakkutty haramjaddah mahathir pukimak nieh.

    Manusia lahanat, nie sebut aper sajer tak betul, salah, begitulah lahanat celaka mamakkuty biadap pukimak nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau ni Tanpa Nama4 Februari 2016 12:30 PTG baru lepas hisap dadah ke? Tun Dr. Mahathir adalah wira negara, beliau adalah pemimpin Malaysia yang berjaya memodenkan Malaysia, bukannya macam Najib, memporak perandakan negara ini, menggadaikan harta negara kepada kerajaan asing, orang macam Najib itu barulah pengkhianat.

      Manusia macam kau ni juga Tanpa Nama4 Februari 2016 12:30 PTG, adalah jenis macai belaan, jenis tak reti guna otak untuk berfikir, kau hanya tunggu habuan ditabur oleh Najib, kau berkerumun bersama macai-macai Najib yang lain kutip habuan, lepas tu korang melalak tak tentu hala, beri komen bodoh yang mencerminkan kebodohan korang ni.

      Zaman Tun Dr. Mahathir banyak pembangunan, zaman Najib pula harta negara dilelong ke negara asing, inilah beza dua pemimpin yang berwawasan dan hebat seperti Tun Dr. Mahathir berbanding pemimpin jenis penyangak macam Najib penyamun itu.

      Selamatkan negara ini demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  3. Kalau TDM salah..
    Betulkan dgn fakta bukan Memaki hamun...mencarut...kita ni melayu beradap lah... Kalau keturunan anda dicarut apa perasaan?kecuali ini memang makanan keturunan anda

    BalasPadam
  4. Sekiranya pihak kehakiman pun dah jadi lembu dicucuk hidung dan membiarkan Najib dan kuncu-kuncu memperkudakan undang-undang, maka jangan disalahkan rakyat jika rakyat turun ke jalanraya menuntut supaya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri, serta Peguam Negara dan hakim-hakim yang menjadi petualang negara letak jawatan dan dihadapkan ke tribunal yang dibentuk oleh Majlis Raja-Raja serta parlimen.

    Apa guna undang-undang jika untuk diperkotak katikkan dan diperkuda oleh orang yang menyalahgunakan kuasa?

    Rakyat apabila sudah meluat, sudah berasa sangat geram, berasa sangat benci dengan manusia-manusia keparat yang diberi amanah tetapi mengkhianati amanah, mengkhianat negara, mengkhianati rakyat, maka rakyat akan bangkit untuk mengajar golongan pengkhianat ini.

    Sedarlah bahawa samada Apandi, hakim, gaji mereka dibayar melalui wang yang dicukai dari rakyat, rakyat bayar cukai bagi membayar gaji Apandi sebagai Peguam Negara dan hakim adalah untuk pertahankan undang-undang, bukannya perkosa dan perkotak katikkan undang-undang untuk biarkan suspek jenayah lepas bebas walaupun buat jenayah.

    Kepada Najib, Zahid, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri, Khalid Abu Bakar, Apandi, dan para hakim, jangan salahkan rakyat jika rakyat bangkit menentang perkhianatan kamu semua terhadap negara, kerana golongan pengkhianat perlu diberikan pengajaran, jangan terkejut jika rakyat turun beramai-ramai ke jalan, membuat mogok di seluruh negara, membuat piket di seluruh negara, kerana rakyat hanya perjuangkan hak mereka untuk keadilan di negara ini, rakyat bayar cukai kepada kerajaan untuk bayar gaji Najib dan menterinya serta Peguam Negara seperi Apandi, serta hakim adalah supaya membuat kerja dengan betul, tapi kalau khianat rakyat, maka korang semualah yang bersalah.

    Sedarlah bahawa jika berlaku tindakan rakyat berarak beramai-ramai di jalan raya untuk mendesak undang-undang ditegakkan dengan sebetulnya, rakyat adalah mengikut apa yang sepatutnya, kerana rakyat pertahankan undang-undang, rakyat perlu keadilan, rakyat perlu dapat apa yang menjadi hak rakyat.

    Selamatkan negara ini demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  5. Putra Merdeka..tolong jgn siarkan komen yg maki hamun seperti haiwan di atas.

    BalasPadam
  6. Apandi dan Najib perlu faham, jika mereka tidak membantu pasukan penyiasat dari Switzerland itu, maka Malaysia akan dituduh sebagai sebuah negara yang menyeleweng dan membiarkan undang-undang dicabuli, Malaysia berhadapan dengan usul dikutuk oleh PBB jika pihak pihak penyiasat di Switzerland membuat aduan kepada kerajaan Switzerland dan pihak kerjaan Switzerland membuat aduan rasmi kepada PBB berhubung perkara ini.

    Najib dan Apandi jangan menjatuhkan maruah Malaysia hingga dipandang oleh masyarakat dunia sama macam rejim korup di Afrika dan di negara-negar Arab serta beberapa negara lain yang terkenal dengan sikap penyalagunakan undang-undang dan pencabulan undang-undang.

    Apakah kita rakyat Malaysia rela apabila akhbar di seluruh dunia memaparkan berita bahawa 'PBB meluluskan usul mengutuk tindakan Malaysia tidak memberikan kerjasama terhadap siasatan kes jenayah pengubahan wang haram melibatkan 1MDB'.

    Ini akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan Malaysia berhadapan dengan cemuhan masyarakat antarabangsa, ini berlaku kerana perangai buruk Najib dan Apandi serta kuncu-kuncu yang sudah tak tentu arah untuk elakkan diri dari pendakwaan undang-undang.

    Selamatkan negara ini demi kepentigan Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  7. Kehadapan Chai ternakan najib yang makan duit haram rakyat tidak izinkan,

    Soalan upsr : Sila jawab angka dibawah, berapakah jumlahnya?

    RM $16, 800, 000, 000. 000 000 000

    Soalan upsr : berapakah jumlahnya? (sila sebut chai ternakan sekalian)

    Soalan upsr berikutnya...

    Perdana Menteri mampundungsorongbantal Datuk seri najib ada menyebut angka seperti dibawah;

    26-9 = 15

    Soalan upsr seterusnya untuk chai ternakan sekalian;

    Adakah angka yang diberi seperti diatas, betul atau salah?

    Jawapan chai ternakan najib adalah seperti berikut;

    Yakinlah dengan angka yang diberi najib tu...tak masuk syurga jika tak yakin, najib tu ulul amri ibni ular, berdosa kalau fitnah, seterusnya jika najib suruh terjun ke lubuk buaya maka terjunlah, kalau disuruh lompat ke kandang singa maka lompatlah! lompatlah! lompatlah! Sama samalah kita menuju ke lembah bahagia.

    BalasPadam
  8. Hahahaha...
    Abu Bakar jgn layan komen macai keturunan lanun sulawesi tu...
    Kan ke mahathir prnah cakap pemimpin umno bodoh, penyokong sama bodoh.

    BalasPadam
  9. tak nak cakap banyak...

    MANA BUKTI representasi palsu tu?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tan Sri Gani disingkirkan dari jawatan dengan alasan beliau sakit, tetapi beliau bukanlah sakit tenat sampai tidak boleh ke pejabat, sedangkan pada hari beliau dipecat, beliau telah ke pejabatnya untuk bekerja, tetapi beliau telah dihalang dari memasuki pejabat Peguam Negara dengan alasan beliau bukan lagi Peguam Negara kerana telah disingkirkan dari jawatan tersebut.

      Ini membuktikan representasi Najib untuk menyingkirkan Tan Sri Gani daripada jawatan Peguam Negara adalah suatu penipuan, Tan Sri Gani memang ada penyakit, tetapi beliau bukanlah dalam keadaan sakit tenat hingga tidak boleh bekerja, buktinya beliau hadir ke pejabat untuk bekerja, tetapi dihalang untuk masuk ke pejabat pula.

      Kepada juak-juak Najib di Unit Biro IT yang diketuai oleh Ahmad Maslan, bila nak berhujah tu gunakan otak untuk berfikir sebelum berhujah, kerana hujah bodoh tak tentu hala akan dihentam hingga lunyai begitu sahajalah.

      Selamatkan negara ini demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
    2. Lagi pelik...gani patail dilantik ke dalam BOD company sarawak hydro pulak. Eh? Kononnya sakit tenat...

      Itu apa cerita?

      Padam
  10. Ni nak komen sikit..mudah2an Najib baca..aku rasa..pemakan2 dedak Najib ni talam dua muka lar...sambil makan..sambil gigit....sebab aku tengok kemain mereka mengutuk Tun M...bagi gelaran macam2...
    Adakah mereka ingat..dengan mengutuk..menggelar..maka orang akan semakin membenci Tun dan semakin sayang kat Najib?
    Jawapanya, rasanya TIDAK. Yang akan berlaku adalah sebaliknya..orang akan semakin membenci Najib..dan semakin mempercayai Tun.
    So..agak2 berbaloi ke Najib bayar pemakan2 dedak ni jika hasilnya backfire kpd sipemberi dedak..hehehe..

    BalasPadam
  11. Setuju sgt komen 12:43 terrbaiiikk
    Rakyat ramai2 turun kat klia nun...







    BalasPadam
  12. Terima kasih sangat buat Najib dan barisan menteri tak berwawasan beliau.. Hasil usaha keras beliau maka terlaksanalah kutipan cukai GST yang membawa maksud setiap individu di dalam Negara ini tak kira budak kecil sampai yang dah mati pun merupakan pembawar cukai. Tidak seperti dahulu yang banyak bunyi adalah kaum bukan Melayu yang kaya raya dan dikenakan cukai pendapatan individu. Mereka ini setiap hari menyumpah seranah kepada pemimpin Negara juga penjawat Awam yang mereka berhak berbuat begitu kerana dari duit merekalah yang membayar gaji penjawat2 tersebut yang majoritinya orang Melayu. Namun kini zaman dah berbeza sebab itu setiap hari Najib dan barisan pemimpin rosak akhlak yang setara dengan beliau makin dibenci dan makin lekat dengan makian seranah setiap rakyat kerana setiap rakyat adalah berhak dan kata2 mereka adalah azimat kerana setiap rakyat adalah pembayar cukai dan penyumbang kepada ekonomi dan pembangunan Negara... Anytime sahaja Negara ini akan terjunam ke dalam lembah kehinaan, satu2 cara untuk mencegah kehancuran menimpa ialah kita rakyat Malaysia bersatu menolak kepimpinan Najib yang ada pada hari ini tanpa menjejaskan parti pemerintah iaitu BN. Dengan itu sewajibnya Najib dijatuhkan dengan cara mengheret beliau ke muka pengadilan dengan apa jua cara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sokong 100%, sebab punca segala masalah sekarang ini bukannya disebabkan oleh Barisan Nasional, sebab Barisan Nasional dah terbukti bagus sejak tahun 1955 lagi, sejak kali pertama pilihanraya lagi, sejak sebelum merdeka lagi yang ketika itu dikenali sebagai Perikatan.

      Masalah sekarang ini adalah berpunca dari Najib dan kuncu-kuncu, Barisan Nasional perlu dipertahankan, tetapi Najib dan kuncu-kuncu perlu dihumban ke luar, mereka perlu didakwa ke mahkamah, jika didapati salah, humban pula mereka ke penjara.

      Tapi kalau ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional terus menjadi macai Najib, terus menjadi pekakas, terus menjadi alat, menjadi hamba sahaya Najib untuk membela apa sahaja yang dibuat oleh Najib tanpa peduli betul atau salah, maka Barisan Nasional dah jadi macam PKR, sebab PKR ada pun untuk kepentingan Anwar, apa Anwar buat semua ahli-ahli PKR sokong, apakah ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional nak jadikan Barisan Nasional seperti PKR? Najib kini dah jadi macam Anwar, dia mahu semua orang sokong apa yang dia buat, betul atau salah belakang kira, yang pening Najib syok sendiri dan memuaskan nafsu serakahnya, lantaklah parti jahanam ke, parti kalah pilihanraya ke, negara lingkup ke, rakyat sengsara ke, yang penting nafsu serakah dan syok sendiri Najib perlu dipuaskan sepuas-puasnya.

      Apakah ahli-ahli parti komponen rela diperlakukan oleh Najib sebagaimana Anwar memperlakukan ahli-ahli PKR seperti pekakas, alat, hamba sahaya Anwar demi memuaskan nafsu serakah Anwar itu?

      Selamatkan negara ini demi kepentingan Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  13. Mati hidup balik pun aku tknk undi umno/BN...Aku dh elergik sgt, terutama bila tgk lambang 1...
    Dah lama sgt perintah, mana ada parti dlm dunia perintah sampai 57tahun..
    Sbb melayu ramai bodoh mudah dibeli dgn kain pelikat sehelai dn rm100 maka umno/perintahlah smpai 57thn...
    Pemimpin dh jadi mcm firaun.
    Harta negara dh macam harta makbapak...
    Pokok dh rosak, buah dh berulat...
    Kita tebang saja pokok tu tanam pokok baru,baka terbaik, buah manis.
    Contoh....contoh...

    BalasPadam
  14. Aku elergik sgt tengok lambang dacing...
    Huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku alergik lambang roket.

      Tapi jika najip masih tak nak undur,percayalah.rakyat akan beralih arah.

      So kepada lambang dacing esp. Parti keris.Jangan jadi bodoh. Rakyat di bawah ni memang meluat dah.

      Padam