Memaparkan catatan dengan label azalina tarik diri tanding ketua wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label azalina tarik diri tanding ketua wanita. Papar semua catatan

Rabu, 11 September 2013

Azalina Kibar Bendera..



JOHOR BAHRU 10 Sept. - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) mengesahkan menarik diri daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bagi mengelakkan perpecahan dalam parti.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagaian Pengerang berkata, walaupun berat untuk menarik diri, namun demi perpaduan dan keutuhan parti keramat Melayu itu, beliau sanggup membuat keputusan tersebut.

"Saya tak mahu bibit-bibit perpecahan berlaku khususnya dalam Wanita UMNO yang merupakan tunjung kepada UMNO. Berikutan itu, saya buat keputusan untuk tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, tetapi akan mempertahankan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti bulan depan.

"Saya yakin walaupun tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, masih ada ruang dan peluang untuk membantu memantapkan parti menerusi jawatan MT," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.


Baca kupasan lanjut di sini

Lu Fikir La Sendiri!!!