Semakin dekat tempoh pemilihan, semakin pelbagai cerita yang berwarna warni keluar...! Terbaru dilaporkan calon yang menawarkan diri menentang Ketua Wanita UMNO Dato Seri Azalina Othman Said dilaporkan sudah dilamar...Azalina sudah dipinang..!
Azalina bukan dipinang oleh mana mana lelaki untuk memperisterikannya, Azalina dilaporkan sudah di 'nasihat' kan @ di 'bisik' kan untuk tidak menentang Shahrizat didalam pemilihan yang bakal berlangsung bulan depan...!
Dalam keghairahan Shahrizat menerima sokongan setakat ini di 7 negeri secara rasmi, pelik juga kenapa Azalina pulak dinasihatkan untuk tidak menentangnya. Kalau mengikut arus sokongan yang dimiliki oleh Shahrizat pasti Azalina patah riuk jika mencabarnya di kerusi Ketua Wanita UMNO nanti.
Kekuatan luar biasa dan sokongan yang dimiliki oleh Shahrizat rasanya tidak akan sesekali menyebabkan Ketua Wanita UMNO itu gerun kepada Azalina, berdiri bulu roma pun belum tentu...
Dipihak Azalina pula, takkan lah setelah menyatakan hasrat tetiba Azalina teringat akan kesepaduan wanita UMNO yang konon tidak boleh diganggu gugat, heran juga tetiba Azalina menitikberatkan kesan perpecahan yang bakal berlaku jika beliau terus mahu mencabar Shahrizat.
Pastinya perpecahan dikalangan Wanita UMNO tidak akan berlaku jika sokongan terhadap Shahrizat dijadikan ukuran. Jadi apa kah pegangan yang mampu menyebabkan Azalina benar benar menarik diri? Pasti BESAU kesannya kepada Azalina sendiri...sebab Azalina sahaja yang mampu menjawabnya...
Jika begitu, apakah selepas ini akan ada juga 'urutan' kepada Isa dan Ali diperingkat Naib Presiden?
Apakah tidak mustahil Isa akan di 'urut' bagi jawatan Ketua Penerangan dan Ali sebagai Setiausaha Agung? sekiranya tak makan dengan 'urut' pasti keduanya akan di 'picit' dengan pelbagai andaian yang boleh kita buat?
Apakah budaya urut dan picit ini juga merupakan satu lagi transformasi politik yang sedang dihidang dan disuap kepada ahli UMNO hari ini? Kalau benar...!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Ahli Parlimen Pengerang yang juga bekas Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said khabarnya akan menarik diri daripada bertanding jawatan ketua wanita Umno Malaysia.
Azalina, yang sebelum ini menyatakan hasratnya secara terbuka untuk menentang penyandang jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebaliknya mungkin akan hanya bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi.
Sumber dalaman pasukan kempennya memberitahu, keputusan itu diambil selepas Azalina bertemu dan berbincang dengan beberapa pemimpin tertinggi parti.
“Beliau adalah seorang yang sayangkan Umno. Beliau juga adalah seorang yang setia kepada parti dan mendengar nasihat pucuk pimpinan. Walaupun beliau seorang pejuang dan bersedia menyahut apa jua cabaran tetapi beliau adalah seorang yang menghormati nasihat yang diberikan kepadanya,” kata sumber dalaman itu.
Sehubungan dengan itu, Azalina dijangka membuat satu kenyataan penting berhubung keputusan muktamadnya pada 20 September ini.
Tarikh pendaftaran untuk bertanding jawatan dalam Pemuda, Wanita dan Puteri dijadualkan berlangsung pada 21 September.
Azalina, yang merupakan pengasas Pergerakan Puteri Umno telah berhadapan dengan cabaran dan rintangan yang besar sejak mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan ketua wanita khususnya selepas seorang demi seorang kepimpinan parti menyatakan sokongan terbuka mereka kepada Shahrizat.
Malah adalah difahamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menasihati Azalina agar menimbang semula keputusannya untuk mencabar Shahrizat.
Urut mengurut jika membawa bahagian apa salahnya
BalasPadamKalau yg macam gambar tu OK..tp Azalina...sekali..macam jantan daa..
BalasPadam