Memaparkan catatan dengan label bacaan umum selangor zahid hisham najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bacaan umum selangor zahid hisham najib jahanam. Papar semua catatan

Rabu, 28 September 2016

PANAS ~ Hisham Popular Berbanding Zahid..!


Maknanya kalau sepupu letak jawatan...nak beri sepupu ganti ler..! Negara ni cuma puak ni sahaja ke boleh memerintah?

Satu kajian yang dijalankan sekitar Selangor mendapati bahawa Datuk Seri Hishammuddin Hussein adalah calon pilihan utama sebagai pengganti kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Namun, Hishamuddin hanya mengatasi Ahmad Zahid dengan peratusan yang terlalu kecil - iaitu sebanyak satu peratus.
Kajian yang dijalankan badan pemikir kerajaan negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) itu dijalankan sekitar negeri itu bermula 26 hingga 30 Ogos lalu.
Hasilnya menunjukkan bahawa 32 peratus daripada responden menyokong Hishamuddin sebagai pengganti Najib manakala 31 peratus lagi memilih Ahmad Zahid.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berada di tangga ketiga dengan memperolehi 28 peratus undian.
Keputusan kaji selidik itu dibentangkan di sebuah hotel di Shah Alam hari ini oleh Timbalan Pengerusi IDE, Profesor Datuk Mohammad Redzuan Othman.
Pecahan lebih terperinci daripada responden mengikut lingkungan umur menunjukkan bahawa Hishamuddin yang paling popular di kalangan kumpulan berumur 31 hingga 50 tahun.
Ahmad Zahid pula lebih popular di kalangan mereka yang berumur atas 51 tahun, manakala Khairy paling popular di kalangan belia berusia 21 hingga 30 tahun.
Apapun asasnya ialah mahukan najib berhenti..! najib letak jawatan..!
Selain itu persoalan yang terbesar ialah..boleh lagi ke Barisan Nasional berkuasa selepas PRU14 yang akan datang?
Lu Fikir La Sendiri!!!