Memaparkan catatan dengan label banjir terkini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir terkini. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Januari 2015

Banjir Terkini..!

Syukur Alhamdulilah..!

  • Banjir
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Pahang dan Perak semakin baik dengan bilangan mangsa dipindahkan terus menurun setakat malam ini.

Bilangan mangsa di pusat pemindahan banjir di Johor dan Terengganu pula tidak berubah berbanding petang tadi, manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat sedikit.

Di PAHANG, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 43,624 orang berbanding 43,840 orang petang tadi di 193 pusat pemindahan dalam lapan daerah.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 20,962 orang di 69 pusat diikuti Pekan (10,885 orang di 36 pusat), Jerantut (4,024/34), Bera (3,521/18), Maran (2,438/21), Kuantan (1,074/empat), Lipis (671/10) dan Rompin (49/satu).

Di PERAK, jumlah mangsa sehingga malam ini menurun kepada 7,158 orang daripada 1,945 keluarga berbanding 7,346 mangsa daripada 2,013 keluarga di 48 pusat pemindahan di lima daerah.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata mangsa banjir di daerah Perak Tengah menurun kepada 5,159 orang daripada 1,417 keluarga.

Di Kuala Kangsar jumlah mangsa seramai 853 orang, Hulu Perak (739 orang), Manjung (131 orang) dan Hilir Perak (276 orang).

Di KELANTAN, jumlah mangsa menurun sedikit iaitu daripada 26,149 orang petang tadi kepada 26,029 orang malam ini.

Menurut MKN Kelantan, kesemua mangsa yang terdiri daripada 6,418 keluarga ditempatkan di 139 pusat pemindahan di enam jajahan.

Setakat ini, jumlah mangsa di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (124), Kuala Krai (5,645), Kota Baharu (515), Machang (2,555) dan Gua Musang (3,006).

Di JOHOR, mangsa banjir dari data petang tadi tidak berubah dengan 116 orang dari 24 keluarga sehingga pukul 8 malam.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, masih ada enam pusat pemindahan iaitu satu di daerah Batu Pahat dan lima di daerah Segamat.

Jumlah mangsa di TERENGGANU masih 143 orang malam ini di pusat pemindahan Sekolah Menengah Durian Mentangau, Dungun, demikian menurut portal MKN Terengganu.

Setakat 9 malam di SABAH, seramai 615 mangsa daripada 194 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di daerah Kota Belud, berbanding 406 mangsa daripada 130 keluarga petang tadi. - Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 28 Disember 2014

BANJIR SETAKAT MALAM INI...!

Lu Fikir La Sendiri..!

Banjir Di Negeri Sembilan, Kedah Pulih, Kelantan Masih Teruk

Diterbitkan: Sabtu, 27 Disember 2014 11:33 PM

Pemandangan dari udara keadaan banjir teruk sekitar Bandar Kota Baru akibat limpahan air dari Sungai Kelantan pada Sabtu. - fotoBERNAMA
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Negeri Sembilan dan Kedah telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing manakala di Kelantan, Terengganu dan Pahang masih serius.

Keadaan banjir di Kelantan masih buruk dengan lebih 80,000 mangsa masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir.

Angka terkini mangsa banjir di negeri itu malam ini tidak dapat disahkan oleh pihak berkuasa setakat ini berikutan sesetengah kawasan gagal dihubungi.

Setakat tengah hari Sabtu, sebanyak 81,925 mangsa banjir direkodkan di negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut meninjau situasi banjir di negeri itu pada Sabtu.

Di TERENGGANU, keadaan banjir menunjukkan penurunan mangsa kepada 34,709 daripada 8,596 keluarga berbanding 35,085 orang petang Sabtu.

Jumlah mangsa banjir di PAHANG berkurangan kepada 31,774 orang malam ini berbanding 33,973 orang petang Sabtu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 10,174 orang di 34 pusat pemindahan yang beroperasi.

Lapan lagi daerah yang terjejas ialah Jerantut menempatkan 6,427 orang diikuti Temerloh (4,617 orang), Maran (3,455 orang), Pekan (3,324 orang), Lipis (2,647 orang), Bera (855 orang), Raub (262 orang) dan Rompin (13 orang), katanya.

Di PERAK, jumlah mangsa yang dipindahkan di keempat-empat kawasan iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan Kerian yang terjejas akibat bencana banjir setakat malam ini meningkat 57 orang kepada 7,010 orang berbanding 6,953 mangsa petang tadi.

Menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak, kesemua mereka ditempatkan di 55 pusat pemindahan banjir dengan 3,479 mangsa direkodkan di Perak Tengah, Kuala Kangsar (2,683) Hulu Perak (657) dan Kerian (191).

Di SELANGOR, jumlah mangsa meningkat kepada 115 orang malam ini berbanding 85 mangsa tengah hari tadi yang ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu SK Binjai dan SK Abdul Samad.

Di PERLIS, turut menunjukkan penurunan jumlah mangsa kepada 77 orang pada malam ini berbanding 100 mangsa, petang Sabtu.

Johor pula mencatatkan 425 mangsa dari Kluang, Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi dan Segamat pada malam ini berbanding 439 mangsa petang Sabtu.