Jumaat, 2 Januari 2015

Banjir Terkini..!

Syukur Alhamdulilah..!

  • Banjir
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Pahang dan Perak semakin baik dengan bilangan mangsa dipindahkan terus menurun setakat malam ini.

Bilangan mangsa di pusat pemindahan banjir di Johor dan Terengganu pula tidak berubah berbanding petang tadi, manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat sedikit.

Di PAHANG, jumlah mangsa menurun sedikit kepada 43,624 orang berbanding 43,840 orang petang tadi di 193 pusat pemindahan dalam lapan daerah.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Temerloh menempatkan mangsa paling ramai iaitu 20,962 orang di 69 pusat diikuti Pekan (10,885 orang di 36 pusat), Jerantut (4,024/34), Bera (3,521/18), Maran (2,438/21), Kuantan (1,074/empat), Lipis (671/10) dan Rompin (49/satu).

Di PERAK, jumlah mangsa sehingga malam ini menurun kepada 7,158 orang daripada 1,945 keluarga berbanding 7,346 mangsa daripada 2,013 keluarga di 48 pusat pemindahan di lima daerah.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata mangsa banjir di daerah Perak Tengah menurun kepada 5,159 orang daripada 1,417 keluarga.

Di Kuala Kangsar jumlah mangsa seramai 853 orang, Hulu Perak (739 orang), Manjung (131 orang) dan Hilir Perak (276 orang).

Di KELANTAN, jumlah mangsa menurun sedikit iaitu daripada 26,149 orang petang tadi kepada 26,029 orang malam ini.

Menurut MKN Kelantan, kesemua mangsa yang terdiri daripada 6,418 keluarga ditempatkan di 139 pusat pemindahan di enam jajahan.

Setakat ini, jumlah mangsa di Tanah Merah adalah sebanyak 14,184 orang, Tumpat (124), Kuala Krai (5,645), Kota Baharu (515), Machang (2,555) dan Gua Musang (3,006).

Di JOHOR, mangsa banjir dari data petang tadi tidak berubah dengan 116 orang dari 24 keluarga sehingga pukul 8 malam.

Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, masih ada enam pusat pemindahan iaitu satu di daerah Batu Pahat dan lima di daerah Segamat.

Jumlah mangsa di TERENGGANU masih 143 orang malam ini di pusat pemindahan Sekolah Menengah Durian Mentangau, Dungun, demikian menurut portal MKN Terengganu.

Setakat 9 malam di SABAH, seramai 615 mangsa daripada 194 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan di daerah Kota Belud, berbanding 406 mangsa daripada 130 keluarga petang tadi. - Bernama

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan