
Rabu Februari 24, 2010
Keluarga Teoh Gembira Anak Beng Hock Bawa Nama Keluarga
ALOR GAJAH: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan permohonan berhubung penggunaan nama Teoh bagi anak yang dilahirkan tunang mendiang, Soh Cher Wai.
Kakak mendiang, Teoh Lee Lan berkata mereka sekeluarga gembira apabila di beritahu Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya bahawa Beng Hock akan dinamakan sebagai bapa dalam sijil kelahiran bayi itu.
Katanya keluarganya memutuskan untuk menamakan bayi lelaki itu dengan nama Teoh Er Jia.
Komen
Semalam cucu tok selampit berkata -
Bagi saya anak yang lahir tanpa perkahwinan adalah anak luar nikah dan wanita yang melahirkan anak tanpa berkahwin hanyalah sekadar gundik. Jadi apakah alasan kita untuk membenarkan anak tersebut di '"bin"kan atau mempunyai nama "surname" TBH?
Mengikut Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976 (hereafter “LRA 1976”) dan Guardianship Act, mana-mana anak yang dilahirkan di luar perkahwinan yang tidak didaftarkan dibawah LRA 1976, adalah mengikut keturunan ibu. Justeru anak tersebut tidak boleh dinasabkan dengan TBH.
KDN perlu jelaskan segera kenapa ianya boleh dibenarkan?
Siapa yang menentukan bahawa anak dari perbuatan haram ini boleh menggunakan nama ini? Apakah undang-undang dan peraturan negara boleh diguna dan disesuaikan mengikut tekak dan cita rasa pegawai, pengarah, ketua pentadbir, ketua setiausaha atau menteri?
Kerajaan tidak perlu menambah lagi koleksi bacul, pengecut, amaran dan bodoh yang telah tersenarai hanya kerana ingin menjaga hati 2-3 puak!
Kerajaan tidak boleh berpolitik dalam isu yang menyentuh undang-undang!
Sejak bila pulak Kerajaan 1Malaysia membenarkan persundalan dalam negara? Status anak haram tetap anak haram! bayi itu tak berdosa tapi mak bapak nya yang melakukan persundalan luar nikah yang berdosa dan tidak bermoral. Sejak bila pulak Kerajaan 1Malaysai membela puak tidak bermoral? Itu belum lagi kita persoal kesahihan anak ini datang dari 1 benih, kalau datang dari banyak benih yang membaja macam mana? nak tambah nama bapak apa lagi? bodoh punya kerja...
Kerajaan 1Malaysia perlu jelaskan! jangan sampai rakyat teramai muak dan benci dengan sikap bodoh bacul yang berterusan ini! Negara ada undang-undang! Jangan biarkan rakyat yang membela dan menyokong Kerajaan 1Malaysia selama ini terus mengeluh dengan sikap Kerajaan ini.
Keadilan bukannya memberikan apa jua yang diminta, keadilan ialah dapat meletakkan sesuatu kepada hak nya. Baru Keadilan dapat ditegakkan. Baru rakyat didahulukan! Barulah pencapaian benar-benar diutamakan!
Jelaskan!!!