Khamis, 25 Februari 2010

KDN! Kerajaan Bodoh Atau Kerajaan DiBodohkan!!!


Rabu Februari 24, 2010
Keluarga Teoh Gembira Anak Beng Hock Bawa Nama Keluarga

ALOR GAJAH: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock hari ini mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah meluluskan permohonan berhubung penggunaan nama Teoh bagi anak yang dilahirkan tunang mendiang, Soh Cher Wai.

Kakak mendiang, Teoh Lee Lan berkata mereka sekeluarga gembira apabila di beritahu Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya bahawa Beng Hock akan dinamakan sebagai bapa dalam sijil kelahiran bayi itu.

Katanya keluarganya memutuskan untuk menamakan bayi lelaki itu dengan nama Teoh Er Jia.

Komen


Semalam cucu tok selampit berkata -

Bagi saya anak yang lahir tanpa perkahwinan adalah anak luar nikah dan wanita yang melahirkan anak tanpa berkahwin hanyalah sekadar gundik. Jadi apakah alasan kita untuk membenarkan anak tersebut di '"bin"kan atau mempunyai nama "surname" TBH?

Mengikut Law Reform (Marriage & Divorce) Act 1976 (hereafter “LRA 1976”) dan Guardianship Act, mana-mana anak yang dilahirkan di luar perkahwinan yang tidak didaftarkan dibawah LRA 1976, adalah mengikut keturunan ibu. Justeru anak tersebut tidak boleh dinasabkan dengan TBH.


KDN perlu jelaskan segera kenapa ianya boleh dibenarkan?
Siapa yang menentukan bahawa anak dari perbuatan haram ini boleh menggunakan nama ini? Apakah undang-undang dan peraturan negara boleh diguna dan disesuaikan mengikut tekak dan cita rasa pegawai, pengarah, ketua pentadbir, ketua setiausaha atau menteri?

Kerajaan tidak perlu menambah lagi koleksi bacul, pengecut, amaran dan bodoh yang telah tersenarai hanya kerana ingin menjaga hati 2-3 puak!
Kerajaan tidak boleh berpolitik dalam isu yang menyentuh undang-undang!

Sejak bila pulak Kerajaan 1Malaysia membenarkan persundalan dalam negara? Status anak haram tetap anak haram! bayi itu tak berdosa tapi mak bapak nya yang melakukan persundalan luar nikah yang berdosa dan tidak bermoral. Sejak bila pulak Kerajaan 1Malaysai membela puak tidak bermoral? Itu belum lagi kita persoal kesahihan anak ini datang dari 1 benih, kalau datang dari banyak benih yang membaja macam mana? nak tambah nama bapak apa lagi? bodoh punya kerja...

Kerajaan 1Malaysia perlu jelaskan! jangan sampai rakyat teramai muak dan benci dengan sikap bodoh bacul yang berterusan ini! Negara ada undang-undang! Jangan biarkan rakyat yang membela dan menyokong Kerajaan 1Malaysia selama ini terus mengeluh dengan sikap Kerajaan ini.

Keadilan bukannya memberikan apa jua yang diminta, keadilan ialah dapat meletakkan sesuatu kepada hak nya. Baru Keadilan dapat ditegakkan. Baru rakyat didahulukan! Barulah pencapaian benar-benar diutamakan!

Jelaskan!!!

14 ulasan:

  1. Nampak sangat kerajaan macam takut dengan ancaman pembangkang. Takut isu ini di politikkan lagi. Tah la. . asyik takut je.

    BalasPadam
  2. Bila ade tanda tangan pihak atasan semua boleh jadi.
    Bab ini yg spy-spy tu boleh korek dan bongkar.

    BalasPadam
  3. Nanti bila terjumpa mana2 bayi tepi longkang ker, tepi tong sampah ker..sama2 lah kita BIN/BINTI kan dengan Najib ker,Hishamuddin ker,Nik Ajis ker, Ustaz LGE ker atau Mahfuz ker atau jarang2 sekali matrengganu !!!! Dunia....dunia....

    BalasPadam
  4. Salam Putera,

    Bangsa Cina mengakui sudah kira KAHWIN hanya dengan cara traditional mereka. Mungkin ini yang peguam mereka ketengahkan, lagi pun keluarga kedua pihak mengakui pasangan ini SEBAGAI berkahwin. Budaya mereka begitu, sedudukan adalah perkara biasa, tukar cincin sesama sendiri pun sudah boleh hidup serumah macam suami isteri sehingga hari rasmi perkahwinan.

    Namun, Mak Cik juga tidak setuju Kerajaan benarkan nama mendiang sebagai bapa bayi kerana tidak berkahwin secara RASMI walau pun telah melalui upacara tradisi minum teh.

    BUAT BAIK dengan dia orang ini pun tak ada faedahnya, mereka nampak yang tak baik sahaja.

    WaAllahuAlam, nampak sangat kita ni turut saja mahu mereka.

    BalasPadam
  5. salam MC,
    tindakan kerajaan hanya akan menambah biadap dan kurang ajar puak-puak komunis dalam negara!
    kerajaan perlu sedar, bangkit dan bertindak!
    terima kasih bro

    BalasPadam
  6. salam anon1239,
    kita bukannya kaki korek! tapi kalau ada spy yang mampu menunjukkan kebenaran apa salahnya!
    terima kasih

    BalasPadam
  7. salam matterengganu,
    tak payah bin kan bang mat la, nyusahkan jer..
    cuma tak mahu kes ini menjadi rujukan kepada kehendak yang bukan-bukan pada masa yang akan datang...
    terima kasih

    BalasPadam
  8. salam melayuangkat,
    setuju dengan pandangan makcik cuma undang-undang tetap undang-undang kan, jadi jangan ada yang boleh mengatasi undang-undang hanya kerana politik! melayu dipijak-pijak rasanya nih...ish..ish..ish.!!
    terima kasih

    BalasPadam
  9. salam hormat,
    salam saya menumpang di laluan,

    BalasPadam
  10. salam TION..
    silakan dan terima kasih kerana menumpang lalu

    BalasPadam
  11. tumpang luahan..

    Jelasnya dalam kerajaan ada sibacul, pengecut, gila kuasa, gila harta, semua gila...berani memberi amaran sahaja.

    BalasPadam
  12. kekadang apa yg berkaitan dgn pembangkang menjadi lebih mudah dan dipermudahkan di malaysia yg diperintah kerajaan bn ini. pelik sungguh aku.

    BalasPadam
  13. salam herokecik,
    huhuhu kesian kerajaan!
    terima kasih bro!

    BalasPadam
  14. salam anon 1227,
    gitulah kerajaan hari ini! parah beb!
    terima kasih

    BalasPadam