Setelah sebulan berbolak balik akhirnya pihak Bernama menyatakan..
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong.
"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.
Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong.
"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.
"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. - Bernama
Kelemahan kita ialah tidak halus dalam meneliti sebarang gambar yang bakal dikeluarkan, lambat dalam menyelesaikan masaalah dan lambat dalam menyatakan kebenaran! Apa yang dimaksudkan dengan pihak ia dihantar? apakah pihak Bernama tidak mempunyai pusat pencucian gambar dalaman mereka sendiri? atau menerima gambar dari wartawan kawasan lalu menerbitkannya tanpa melihat dengan teliti? jika begitu pihak editor telah melakukan kesalahan serius atas kelemahan yang amat ketara!
Pihak kita kena ingat dan sentiasa berwaspada bahawa anasir puak pembangkang ni wujud dimana mana dan sentiasa bersedia untuk merosak dan sabotaj kita semua! kita kena akui bahawa kerja kotor lagi jahat ini adalah kerja utama dan kelebihan yang menjadi kekuatan mereka! spin master!
Perlu dilihat apakah ada pengkhianat dikalangan orang kita didalam Bernama! pihak luar yang diberikan amanah untuk sebarang gambar perlu dinilai semula! jangan leka! kerana 'hantu' ada dimana mana!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!

