Memaparkan catatan dengan label bintulu mp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bintulu mp. Papar semua catatan

Isnin, 30 Mei 2016

Ini Namanya Seni Memancing..!


Zaman ni semua boleh berlaku...! Al maklum Sarawak ada kekosongan jawatan..! Wahid pun dah nak berhenti..! Selain itu sekurang kurang 2 Timbalan perlu di isi..! Tak pun boleh cipta baru..! Apa ada hal..!

Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) mahu semua pihak tidak teregsa-gesa membuat kesimpulan tentang cadangan pindaan bagi meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Presidennya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata usul Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibentangkan Anggota Parlimen Marang dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 26 Mei tidak sepatutnya mencetuskan spekulasi tidak berasas, tanpa memberi peluang kepada Hadi memberi penjelasan terperinci tentang pindaan dicadangkan itu terlebih dahulu.

“Beliau (Hadi) masih perlu membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan seterusnya, jika anggota dewan mendapati pindaan itu bercanggah dengan kepentingan orang Islam atau ia dikuatkuasakan terhadap bukan Islam, sudah tentulah dewan tidak akan membiarkan rang undang-undang itu diluluskan," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Kes PKFZ dah selesai ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!