Memaparkan catatan dengan label blogger prihatin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger prihatin. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Januari 2013

Astagfirullahalazim...!



Tak tahu nak cakap apa..dunia..dunia! baca sendiri ler..

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang murid tahun lima yang dipercayai dilarikan teman lelakinya berusia 17 tahun ketika mangsa keluar bersama neneknya di sebuah pasar raya di Bukit Sentosa, Sabtu lalu.

Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, yang juga murid Sekolah Kebangsaan Taman Permata, Kuala Lumpur itu dipercayai dilarikan remaja terbabit, Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, kira-kira pukul 2.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Zulkepli Bedin berkata, kedua-duanya mengenali satu sama lain ketika bermain permainan dalam talian, kira-kira tiga bulan lalu.

Katanya, namun apabila perhubungan itu diketahui, keluarga mangsa melarang mereka berjumpa.
"Berdasarkan laporan keluarga mangsa, suspek dikatakan pernah cuba menghantar cincin tunang dengan hasrat mahu meneruskan perhubungan itu.

"Mangsa yang tinggal di Taman Permata, Hulu Kelang kemudian dihantar untuk tinggal di rumah datuk dan neneknya di Taman Bukit Sentosa di sini baru-baru ini.

"Tetapi Sabtu lalu, ketika mangsa dibawa keluar oleh neneknya di sebuah pasar raya, dia berpura-pura hendak ke tandas tetapi kemudian melarikan diri bersama suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di situ," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor di sini hari ini.

Menurut Zulkepli, pemeriksaan CCTV turut mendapati Teratai Kamilia tidak dipaksa mengikut suspek sebaliknya melakukannya secara sukarela.

Katanya, Teratai Kamilia sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari pada 8 Januari lalu tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya.

"Sehingga kini, kita masih tidak mendapat sebarang maklumat untuk mengesan mangsa dan kali terakhir dia dilihat adalah di Tampoi, Johor.

"Polis meminta orang ramai yang melihatnya segera melaporkan kepada pihak berkuasa di balai-balai terdekat," katanya dan memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Sabtu, 24 Mac 2012

Ada Apa Dengan Cikgu Ni?


















Blogger parihatin..! kalau anak murid hilang biasa juga kita dengar! tapi kalau dah cikgu yang hilang mesti ada masaalah! apa pun tolong la kepada siapa yang terjumpa, ternampak, terserempak...lapor kan kepada pihak Polis atau keluarga cukgu ni...!

ANDAI ANDA TERLIHAT ATAU TERJUMPA WANITA SEPERTI DI DALAM GAMBAR TERSEBUT, SILA HUBUNGI KE BALAI POLIS TERHAMPIR ATAU ANDA BOLEH HUBUNGI TERUS KE TALIAN 019-7986520 ATAU 07-8952486 (BAPA WANITA TERSEBUT).

UNTUK MAKLUMAN HANGPA, WANITA TERSEBUT IALAH ANAK SEORANG GURU YANG DIPERCAYAI TELAH DILARIKAN OLEH SEORANG LELAKI.WANITA TERSEBUT DIPERCAYAI MENGHILANGKAN DIRI DILUAR KESEDARAN DIRINYA (BERKEMUNGKINAN DISIHIR / DIPUKAU).

MAKLUMAT MENGENAI WANITA TERSEBUT SEPERTI BERIKUT :

NAMA : SITI AZLIZA BINTI JOHAN
UMUR : 27 TAHUN
STATUS : BUJANG PEKERJAAN : GURU
WARNA KULIT : CERAH TINGGI : 5 kaki 6 inci
LOKASI TERAKHIR : BANDAR KOTA TINGGI
HARAP DAPAT DISEBARKAN KEPADA ORANG YANG LAIN.
PERTOLONGAN KALIAN AMAT DIHARAPKAN.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 21 Februari 2012

Blogger Prihatin...Bantuan Kewangan Diperlukan..!

Blogger Prihatin!!! Bantuan Kewangan Amat Diperlukan..! Mohon Sumbangan...

PENTING..!! Mohon Bantuan Anda.., Hulurkanlah Derma Ikhlas Walaupun RM1 Untuk Menyelamatkan Nyawa Faris...

Dipetik dari Blog Mazidulakmal.com

Tanyalah kepada wanita bergelar ibu, majoriti mereka sanggup menggantikan nyawa sendiri demi untuk melihat anak dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini.

Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka cintai terlantar menanggung derita.

Saya tidak mengenali ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, sebelum menghubungi bapanya, Shamrulismawi Ismail, 38 tahun pagi tadi.

Melihat airmata bergenang di bawah kelopak matanya, saya dapat menjangkakan anak kecil itu berada dalam kesakitan dan ketakutan teramat. Lebih malang, dalam keadaan sebegitu, dia barangkali tidak berupaya untuk meluahkan derita ditempuhnya.

Saya percaya gambar sama membuatkan banyak hati tersentuh selagi kita semua bergelar manusia.

Perhatikan, wajah comel Faris sebelum ini belajar di sekolah di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

"Sejak bila Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center)?," tanya saya.

"Sejak 1 Februari, masa itu dia kena sawan dan ada kesan kepada otak. Hari ke empat doktor ambil air tulang belakang dan dia dilaporkan dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH.

Ringkasnya, barah darah... Semalam ketika terlantar, dia nampak berupaya menggeleng-gelengkan kepala walaupun doktor kata paru-paru tidak begitu berfungsi dan hati dia bengkak. Doktor hendak dia berehat dan kemudian diberikan ubat tidur," ujar Shamrulismawi Ismail ayah Faris..

Faris disahkan mengidap HLH, penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Sila klik surat di bawah untuk mengetahui duka sedang dilalui Faris dan keluarga.

Untuk rekod, Sham, kakitangan Standard Chartered Bank.

"Sham, saya percaya ramai pembaca blog saya mampu menghulurkan bantuan. Cuma, lazimnya setiap kita ingin menyumbang, memerlukan kepastian berhubung fakta sebenar, sebab itu saya menghubungi awak," jelas saya.

"Dalam waktu terdekat, saya akan menghantarkan salinan laporan pengesahan doktor dan gambar terkini Faris," balasnya.

"Insurance coverage macamana?," soal saya.

"Saya punya RM25,000, isteri (Zuraini Mohamad) punya RM15,000," jawab Sham.

Bil hospital Faris setelah 18 hari dimasukkan ke hospital, kira-kira RM75,000.

Dalam erti kata lain, Sham dan keluarga memerlukan lebih RM30,000 lagi untuk membiayai kos perubatan anak bongsu mereka.

Hulurkan RM1, RM2, RM5 atau berapa sahaja jumlah termampu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga Faris. Untuk rekod, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Sebelum ini rakyat Malaysia berulang kali terbuka hati untuk membantu warga asing antara mereka di Gaza dan Somalia, Afrika, inikan pula anak kecil rakyat negara kita sendiri.

Kredit buat Blog Mazidul Akmal Sidek dan Blog MIK

Lu FIkir La Sendiri!!!

Selasa, 20 September 2011

Blogger Prihatin! Budak Hilang!!! Tolong Sebarkan..




















Nama : Fazlin bt Shamsudin
Umur : 15 tahun
Jika terjumpa sila hubungi 014-2629267
Hilang semenjak Jumaat 16 September yang lalu.
Mudah mudahan selamat dan segera dijumpai...

Ahad, 19 Disember 2010

Blogger Perihatin! Kanak Kanak Mangsa Culik Telah Ditemui...Syukurlah..

Mangsa yang dilaporkan diculik telah ditemui dengan tangan nya terikat di sepohon pokok.

Walaubagaimana pun beliau selamat

Syukurlah...