Tak tahu nak cakap apa..dunia..dunia! baca sendiri ler..
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan
seorang murid tahun lima yang dipercayai dilarikan teman lelakinya
berusia 17 tahun ketika mangsa keluar bersama neneknya di sebuah pasar
raya di Bukit Sentosa, Sabtu lalu.
Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, yang juga murid Sekolah Kebangsaan
Taman Permata, Kuala Lumpur itu dipercayai dilarikan remaja terbabit,
Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, kira-kira pukul 2.30 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan
Zulkepli Bedin berkata, kedua-duanya mengenali satu sama lain ketika
bermain permainan dalam talian, kira-kira tiga bulan lalu.
Katanya, namun apabila perhubungan itu diketahui, keluarga mangsa melarang mereka berjumpa.
"Berdasarkan laporan keluarga mangsa, suspek dikatakan pernah cuba
menghantar cincin tunang dengan hasrat mahu meneruskan perhubungan itu.
"Mangsa yang tinggal di Taman Permata, Hulu Kelang kemudian dihantar
untuk tinggal di rumah datuk dan neneknya di Taman Bukit Sentosa di sini
baru-baru ini.
"Tetapi Sabtu lalu, ketika mangsa dibawa keluar oleh neneknya di
sebuah pasar raya, dia berpura-pura hendak ke tandas tetapi kemudian
melarikan diri bersama suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup
(CCTV) di situ," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Hulu
Selangor di sini hari ini.
Menurut Zulkepli, pemeriksaan CCTV turut mendapati Teratai Kamilia
tidak dipaksa mengikut suspek sebaliknya melakukannya secara sukarela.
Katanya, Teratai Kamilia sebelum ini pernah menghilangkan diri selama
sehari pada 8 Januari lalu tetapi pulang semula ke rumah selepas
dipujuk oleh keluarganya.
"Sehingga kini, kita masih tidak mendapat sebarang maklumat untuk
mengesan mangsa dan kali terakhir dia dilihat adalah di Tampoi, Johor.
"Polis meminta orang ramai yang melihatnya segera melaporkan kepada
pihak berkuasa di balai-balai terdekat," katanya dan memberitahu, kes
disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
LU FIKIR LA SENDIRI!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan