Memaparkan catatan dengan label cameron highland palanivel sprm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cameron highland palanivel sprm. Papar semua catatan

Selasa, 25 November 2014

PANAS ~ Ada Menteri Yang Bakal Di Siasat SPRM..!


Apa tujuan Menteri ni buat kenyataan sebegini? Untuk menuding jari? atau untuk menyelamatkan diri? Soalnya kenapa baru sekarang?

SPRM perlu menyiasat dakwaan Menteri ni..! SPRM perlu heret Menteri ni untuk membuka cerita yang dia dakwa tu..!

Kenapa selama ni Menteri mendiamkan diri? kenapa sebagai pemimpin kerajaan yang berkuasa Menteri ni gagal mengatasi penyelewengan yang berlaku di depan mata? Apa Menteri ni pun 'makan'?

Itu sebab pembangkang selalu mendakwa pemimpin BN korup..! Kerana membiarkan kemungkaran didepan mata..! Kenapa Menteri menyembunyikan segala bukti dan gagal mengambil tindakan?

Sekiranya benar dakwaan Menteri ni maka SPRM wajar mengambil tindakan tegas dan berkesan..! Jangan dilepaskan walau seorang pun yang terlibat..!

CAMERON HIGHLANDS - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel mengakui kewujudan dan mengenali dalang yang terlibat dalam penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands tetapi tidak boleh 'bercakap banyak'.

Aktiviti haram itu terdedah luas baru-baru ini bila berlaku bencana banjir kilat berlumpur dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.

Palanivel, anggota Parlimen Cameron Highlands, berkata walaupun mempunyai bukti bergambar beliau tidak boleh 'bercakap banyak' atau mendedahkan lebih banyak mengenai perkara itu.

"Dulu, kira-kira 20 tahun lalu, Cameron Highlands kawasan terpelihara. Tidak ada penerokaan tanah haram. Pertanian cukup baik. Petani mengusahakan pertanian menguntungkan. Mereka eksport hasil ke Singapura dan negara-negara lain pada nilai hingga RM2 bilion.

"Tetapi sekarang sesuatu berlaku. Saya masih tidak dapat mengawalnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.

Palanivel berkata Persatuan Pekebun Sayur dari masyarakat Cina di sini juga membuat aduan kepadanya mengenai ada pihak tertentu yang bertindak menarah bukit.

"Mereka selalu mengadu kepada saya bahawa bukit dirosakkan. Ada 'sesuatu di sebalik sesuatu'. Saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak.

Pendedahan ni bagus dan dialau alukan..! NAMUN pendedahan ni juga menceritakan siapa dan sikap sebenar Menteri ni sebagai seorang pemimpin yang seharusnya membela nasib rakyat selama ini..! Berani kerana benar..!

Kebenaran perlu ditegakkan dimasa kemungkaran berlaku didepan mata..! Bukan mendiamkan diri..! Pemimpin apa macam ni..!

Akai ada ker..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!