Apa tujuan Menteri ni buat kenyataan sebegini? Untuk menuding jari? atau untuk menyelamatkan diri? Soalnya kenapa baru sekarang?
SPRM perlu menyiasat dakwaan Menteri ni..! SPRM perlu heret Menteri ni untuk membuka cerita yang dia dakwa tu..!
Kenapa selama ni Menteri mendiamkan diri? kenapa sebagai pemimpin kerajaan yang berkuasa Menteri ni gagal mengatasi penyelewengan yang berlaku di depan mata? Apa Menteri ni pun 'makan'?
Itu sebab pembangkang selalu mendakwa pemimpin BN korup..! Kerana membiarkan kemungkaran didepan mata..! Kenapa Menteri menyembunyikan segala bukti dan gagal mengambil tindakan?
Sekiranya benar dakwaan Menteri ni maka SPRM wajar mengambil tindakan tegas dan berkesan..! Jangan dilepaskan walau seorang pun yang terlibat..!
CAMERON HIGHLANDS - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel mengakui kewujudan dan mengenali dalang yang terlibat dalam penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands tetapi tidak boleh 'bercakap banyak'.
Aktiviti haram itu terdedah luas baru-baru ini bila berlaku bencana banjir kilat berlumpur dan tanah runtuh di kawasan tanah tinggi itu.
Palanivel, anggota Parlimen Cameron Highlands, berkata walaupun mempunyai bukti bergambar beliau tidak boleh 'bercakap banyak' atau mendedahkan lebih banyak mengenai perkara itu.
"Dulu, kira-kira 20 tahun lalu, Cameron Highlands kawasan terpelihara. Tidak ada penerokaan tanah haram. Pertanian cukup baik. Petani mengusahakan pertanian menguntungkan. Mereka eksport hasil ke Singapura dan negara-negara lain pada nilai hingga RM2 bilion.
"Tetapi sekarang sesuatu berlaku. Saya masih tidak dapat mengawalnya," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menghadiri Mesyuarat Khas Bencana Banjir Kilat dan Tanah Runtuh Cameron Highlands yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands.
Palanivel berkata Persatuan Pekebun Sayur dari masyarakat Cina di sini juga membuat aduan kepadanya mengenai ada pihak tertentu yang bertindak menarah bukit.
"Mereka selalu mengadu kepada saya bahawa bukit dirosakkan. Ada 'sesuatu di sebalik sesuatu'. Saya tidak boleh dedahkan terlalu banyak.

Pendedahan ni bagus dan dialau alukan..! NAMUN pendedahan ni juga menceritakan siapa dan sikap sebenar Menteri ni sebagai seorang pemimpin yang seharusnya membela nasib rakyat selama ini..! Berani kerana benar..!
Kebenaran perlu ditegakkan dimasa kemungkaran berlaku didepan mata..! Bukan mendiamkan diri..! Pemimpin apa macam ni..!
Akai ada ker..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Menteri yang ugut nak saman utusan tu ke?
BalasPadamRakyat perihatin dari CH diperlukan untuk membuat lapuran plis dan ke SPRM ketas Palinavel yang menyembunyi siapa yang terlibat dalam dalang pencerobohan tanah haram CH.
BalasPadamKerana dengan lapuran oleh penduduk sahaja pihak polis atau SPRM boleh memanggil Palanivel tamp[il memberikan kleterangan , jika dia cuba sembunyi , dakwaan terhadap nya boleh dikenakan.
Terserah kepada penduduk CH mahu atau tidak mahu kerana ini lah masa nya , kita bukan menghasut tetapi jika benar ingin mencari kebenaran siapa atau siapa terlibat ini lah masa nya. Palnivel sendiri mengakui' tahu siap[a dalang tersbut'
Tangkap & bersihkan Malaysia dari samseng gangster taik kucing.
BalasPadamZaman dah berubah komunikasi dah bagus..logik dah ada dlm otak. Mana ada samseng yg sekuat ISIL di Malaysia.
Kalau ada Polis korup pecat. tak cukup polis panggil askar mcm Siam, tak cukup lagi panggil UN bom markas samswng setan.
Mana2 pegawai & menteri yg ikut cakap setan / dirasuah samseng mesti dihukum mati. Contohi China & Korea hukum mati pengkhianat.
Asal aku, kroni dan anak beranak kaya raya hidup bahagia cukuple...Menteri bee end...
BalasPadamCameron Highland adalah tempat masyhur perlancungan. Kerosakan besar mukabumi CH adalah perbuatan menjarah tanah untuk pembangunan. Aktiviti pemotongan bukit dan kontur tanah tinggi ini adalah konfigurasi pelan pembangunan yang sangat rakus dan tidak mengambilkira sensitiviti penduduk setempat dan khazanah alam CH.
BalasPadamKependudukan haram pendatang asing dikawasan rezab sungai telah dijadikan bahan pengalihan cerita sebenar CH. Isu pokok yang perlu dijawab oleh kerajaan negeri Pahang adalah bagaimana kebenaran kelulusan atau permit bagi membenarkan kawasan strategik tanah tinggi CH dibangunkan atau diusahakan oleh pihak berkepentingan diberi begitu mudah tanpa ada pertimbangan dari sudut ancaman sosial dan kesan kepada alam sekitar?
palanivel pun satu hal.... adnan pun satu hal... dah berbelas tahun cameron highland kena tarah... dia buat apa.... senyap jee... majlis daerah ke pejabat tanah ke semua bawah kuasa dia... dah tu sekarang lepas tangan... dia Menteri Besar Pahang tapi yg bertindak Muhyidin pulak...
BalasPadamIngat Adnan... MB tu maksudnya Menteri Besar bukan Menteri Bahlol